4 posisi seks yang diam-diam dibenci isteri, suami wajib tahu!

Tak semua posisi berasmara digemari oleh isteri. Termasuklah 4 ilustrasi hubungan intim ini. Semak kenapa isteri anda diam-diam tak menyukai gaya seks ini.

Pasti anda suami isteri mahu hubungan di ranjang yang tak membosankan, betul tak? Jika begitu, anda pasti mahu mencuba ilustrasi hubungan intim yang berbeza-beza setiap malam.

Tapi, tahukah anda, ada sesetengah ilustrasi hubungan intim yang dibenci isteri? Isteri ini sebenarnya “malas” nak beritahu suami mereka yang mereka tidak sukakan gaya-gaya ini.

Mungkin kerana mereka takut, ingin menjaga hati atau tidak mahu hubungan intim kalian renggang.

Jadi sebab itulah penting untuk suami mengetahui 4 ilustrasi hubungan intim yang dibenci isteri ini. Tidaklah mereka “terpaksa” hendak melakukannya 🙂

4 ilustrasi hubungan intim yang dibenci isteri

1. Posisi seks “doggy style”

Beberapa wanita memang amat menggemari ilustrasi hubungan intim ini, namun ada juga isteri yang tidak menggemarinya. Ini kerana gaya doggy menyakitkan buat mereka.

Menurut Dr Sara Gottfried, seorang pakar seks terkenal, hal ini boleh terjadi kerana pembentukan serviks wanita tersebut terlalu keras. Ia kemudiannya menyebabkan penetrasi yang dalam jadi tidak “sedap” dan menyakitkan.

“Biasanya hal ini terjadi kerana suami terlalu ganas ketika melakukan penetrasi. Pelincir yang tidak cukup pada isteri akan menyebabkan mereka kesakitan.”

Untuk mencegah isteri anda kesakitan, anda perlulah melakukan dayungan dalam kadar perlahan dan tidak terlalu ganas. Jangan lupa untuk rangsang isteri!

Ilustrasi hubungan intim dibenci isteri #2. Woman on top

Beberapa kajian mendapati, ilustrasi hubungan intim woman on top paling dibenci isteri kerana mereka kurang berkeyakinan diri.

Dr Gottfried mendedahkan, hal ini kerana wanita tidak tahu bagaimana perut dan payudara mereka kelihatan dalam posisi ini. Jadi, mereka rasa tidak yakin.

Malah, isteri anda juga mungkin membenci posisi seks ini kerana mereka perlu melakukan semua gerakan dan tidak dapat merasai rangsangan.

Apapun, jika anda menyukai gaya ini, anda kenalah bijak merangsang dan membelai isteri. Barulah mereka lebih yakin dan tidak menganggap mereka perlu melakukan “semua gerakan” 😉

3. Posisi “reverse cowgirl”

Ramai isteri tidak menggemari aksi ini kerana mereka menganggap ia tidaklah seseksi seperti yang disangka.

Mereka tidak selesa apabila melakukan posisi ini. Malah, zakar suami juga lebih berisiko untuk patah dalam posisi ini

Barangkali wanita ramai membenci posisi ini kerana tidak yakin dengan punggung mereka dan tidak mendapat kenikmatan dalam masa yang sama.

4. Posisi seks missionary

Walaupun posisi ini amat terkenal sejak zaman dahulu lagi, namun sebenarnya, ada juga isteri yang tidak menyukai cara ini. Mengapa?

Penyebabnya adalah kerana posisi missionary kurang merangsang titik sensitif di vagina. Ia akhirnya membuatkan isteri anda terpaksa menambah stimulasi agar boleh klimaks.

Dr. Gottfried juga mendedahkan, apabila saiz zakar suami kecil, posisi missionary akan menyukarkan isteri untuk capai klimaks. Sebab itu, ramai isteri “berlakon-lakon puas” ketika melakukan posisi ini.

*****

Apa pandangan anda? Kalau anda pula, apa posisi seks yang dalam diam anda paling tak suka?

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Fitriyani dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Baca juga:

https://my.theasianparent.comgaya-hubungan-yg-disukai-istri/

Penulis

Ayu Idris