Penyeksaan mental selalu dilakukan oleh pasangan yang bijak memanipulasi keadaan pasangannya yang lain. Oleh itu, jika pasangan anda bijak memanipulasi kelemahan anda, maka jangan membuang masa anda untuk terus mencintai orang seperti itu.
Ini kerana pendera biasanya sangat pandai menyamarkan sikap manipulasi mereka sebagai cinta dan kasih sayang. Berikut adalah beberapa contoh tingkah laku yang kelihatan seperti cinta tetapi sebenarnya ialah penderaan, dipetik daripada laman Bustle dan FamilyShare.
“Ini kerana saya cintakan awak!”
Jika pasangan anda kuat cemburu, anda boleh mengesan sikap cemburunya dengan kata-kata yang buat anda rasa bersalah terhadap diri anda.
Pasangan seperti ini kerap berkata “ini kerana saya cintakan awak”. Pasangan anda harus percaya dan menghormati anda, bukan mengawal setiap tingkah laku anda.
Mengongkong anda
Menghabiskan masa dengan pasangan anda adalah perkara normal untuk pasangan yang sedang hangat bercinta atau yang baru berumahtangga. Tetapi, jika dia bersikap mengongkong kehidupan sosial anda dengan orang lain, anda patut berhati-hati.
Jika pasangan anda sudah mula mengawal kehidupan sosial anda bersama rakan-rakan atau keluarga anda, anda patut berfikir samada untuk meneruskan ataupun tidak hubungan ini sebelum keadaan bertambah rumit.
Mengawal semua perbelanjaan anda
Sebagai pasangan yang bercinta ataupun berumahtangga, terutamanya perempuan rasa dihargai bila pasangan kita memberikan atau menanggung perbelanjaan diri kita.
Tetapi, jika sampai di tahap anda tidak dapat menggunakan wang anda sendiri untuk perbelanjaan diri anda sendiri kerana dikatakan anda membazir, ini sudah keterlaluan.
Jika pasangan anda kerap bertanya, mengapa anda membazir duit membeli barangan yang anda mahukan walaupun pada dasarnya anda memang amat memerlukannya, ini adalah tanda pasangan anda sedang membuli anda.
Jika baru bercinta, fikirkanlah jika anda patut meneruskan hubungan itu. Jika bertunang,perpisahan adalah langkah terbaik sebelum pasangan anda menyeksa anda dengan lebih teruk semasa berkahwin kelak.
Mencederakan diri sendiri
Jika pasangan anda suka mencederakan diri sendiri mahupun mengugut untuk membunuh diri untuk menguji kesetiaan dan cinta anda terhadap dirinya, ini adalah caranya untuk mengawal anda.
Laporkan dan rujuk pasangan anda kepada doktor pakar tetapi jangan cuba untuk tinggalkan pasangan anda pada masa ini. Berikan sokongan dan motivasi terhadap pasangan anda untuk sembuh.
Menggunakan hadiah untuk mengumpan anda
Memberi hadiah adalah salah satu cara untuk menghargai pasangan anda. Tetapi, jika pasangan anda bertindak untuk cuba mengawal perbelanjaan anda tetapi dalam satu masa dia masih memberikan hadiah, ini adalah cara pasangan anda memanipulasi anda.
Fikirkan jalan yang terbaik untuk mengajar pasangan anda supaya cuba ikhlas untuk melakukan sesuatu perkara.
“Saya nak yang terbaik untuk anda”
Pasangan anda bukan mahukan yang terbaik untuk anda, sebenarnya dia mahukan yang terbaik untuk diri anda sendiri. Kenalpasti apa yang pasangan anda lakukan adalah yang terbaik ataupun hanya memikirnya dirinya seorang sahaja.
Jika dia selalu mengawal anda dan tidak memberikan anda peluang untuk bertemu keluarga sendiri atau mendidik anak mengikut cara anda tersendiri, anda patut bersuara menyatakan hak anda sebagai seorang manusia.
Rencana diterjemah daripada The Asian Parent Philippines