Ini Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila kita melihat wajah bayi yang baru lahir, sudah tentu kita terus diberikan naluri untuk melindungi mereka dari segala ancaman dan bahaya, kan? Sebenarnya, perlindungan yang paling baik yang kita boleh berikan pada mereka adalah memastikan mereka mendapat semua imunisasi bayi.

Sejak dunia dilanda pandemik dan banyak masalah kesihatan lain, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini mengambil langkah lebih berjaga-jaga dengan memperkenalkan jadual imunisasi bayi terbaharu untuk perlindungan anak-anak kecil. 

Dan bermula Disember 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan bahawa vaksin Peumococal adalah wajib diambil semua bayi dan boleh didapati di Klinik Kesihatan KKM di seluruh Malaysia1.

Tan Sri Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa vaksin pneumokokal konjugat (PCV) diberikan untuk mencegah pelbagai penyakit disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae atau pneumokokus yang boleh mengakibatkan penyakit radang paru-paru (pneumonia), radang sinus (sinusitis), jangkitan telinga tengah (otitis media), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis) serta jangkitan bakteria dalam darah (septicaemia)1.

[JADUAL TERKINI] Imunisasi Bayi: Jadual Vaksinasi Yang Disarankan Oleh KKM.

Imej diadaptasi dari From the Desk of the Director-General of Health Malaysia

TERKINI: Penambahan Vaksin Pneumokokal.

Menurut kenyataan KKM, terdapat penambahan Vaksin dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan iaitu2:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Vaksin Pneumokokal
  • Ia adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya yang telah berumur 5 bulan atau lebih, jadual imunisasi pneumokokal akan disesuaikan mengikut umur oleh fasiliti kesihatan KKM.

Berikut dikongsikan Jadual Vaksin Imunisasi Terkini Bagi Bayi Dan Kanak-Kanak 2021 yang dikeluarkan KKM sebagai panduan dan rujukan semua pihak khususnya para ibu bapa.

Jadual Vaksin Imunisasi Kebangsaan KKM Bayi Dan Kanak-Kanak.

Jadual bagi tahun 2022 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Berikut merupakan Jadual Vaksin Imunisasi Kebangsaan KKM bagi rujukan kesemua ibu bapa di luar sana2:

Jadual Imunisasi Kebangsaan2

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan


Jadual diadaptasi dari Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia 2021

Hepatitis B Kombinasi vaksin yang menawarkan perlindungan terhadap Hepatitis B (jangkitan hati) 0 Bulan (Dos 1). Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah katanya dalam kenyataan menegaskan supaya ibu dan bapa membuat temu janji untuk mendapatkan imunisasi anak di fasiliti kesihatan kerajaan2.

Program imunisasi adalah cegahan untuk melindungi penularan wabak-wabak penyakit, salah satunya adalah human papillomavirus melalui suntikan vaksin.

Jadual Vaksin Imunisasi Tambahan.

Berikut disertakan juga jadual vaksin imunisasi tambahan yang disarankan dan boleh didapati di klinik dan hospital swasta pada kadar bayaran tertentu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Imej diadaptasi dari Immunise4Life

Ibu bapa perlu juga mengetahui bahawa vaksin imunisasi tambahan ini disarankan agar dapat mengelak daripada penyakit yang dinyatakan seperti berikut2:

#1: Rotavirus (1 bulan 15 hari – 5 bulan (2 atau 3 kali dos primer).

Vaksin yang menawarkan perlindungan terhadap Rotavirus (virus yang menyebabkan muntah dan cirit birit yang teruk). Diberi selang 4 minggu.

#2: Pneumococcal (4 bulan hingga 6 bulan (2 dos primer) & 15 bulan (Dos Booster)2.

Vaksin yang memberi perlindungan bagi penyakit yang disebabkan oleh pneumokokus (boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, meningitis dan lain-lain).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3: Influenza (6 bulan hingga 18 bulan (dos primer).

Vaksin yang menawarkan perlindungan daripada jangkitan virus pada hidung, paru-paru, dan tekak, 2 dos akan diberi selang 1 bulan bagi 8 tahun pertamaserta 1 dos setiap tahun.

#4: Meningococcal (2 Bulan ke atas (dos primer).

Vaksin yang menawarkan perlindungan bagi penyakit akibat jangkitan bakteria pada lapisan otak dan saraf tunjang yang boleh menyebabkan hilang upaya yang kekal.

#5: Hepatits A (12 bulan ke atas (dos primer).

Vaksin yang menawarkan perlindungan bagi penyakit jangkitan pada organ hati disebabkan virus hepatitis A. Diberi selang 6 bulan.

#6: Varicella (12 Bulan ke atas (dos primer).

Vaksin yang menawarkan perlindungan bagi penyakit (cacar air)  mudah berjangkit yang menyebabkan deman dan kulit yang melepuh. Diberi sekurang-kurangnya selang 3 bulan.

Vaksin Bayi: Kenapa Ibu Bapa Disarankan Beri Imunisasi Untuk Bayi?

Vaksin untuk bayi penting kerana bayi mempunyai sistem imunisasi yang lemah4.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan memberikan vaksin untuk bayi mengikut jadual yang ditetapkan, anda boleh melindungi bayi anda dari penyakit-penyakit yang membahayakan seperti5:

  • Tibi (batuk kering) – Boleh menyebabkan jangkitan yang serius pada radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) dan terus merebak kepada organ lain.
  • Difteria – Toksik dikeluarkan oleh bakteria boleh menyebabkan saluran pernafasan yang tersumbat6.
  • Pertusis (batuk kokol) – Ia akan menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak7.
  • Tetanus – Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang (kancing gigi).
  • Haemophilus influenzae jenis B (Hib) – Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak (meningitis).
  • Hepatitis B – Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa depan.
  • Polio – Virus ini boleh menyebabkan kelumpuhan atau kematian.
  • Campak – Virus ini boleh menyebabkan demam, cirit-birit, muntah-muntah, jangkitan kepada otak (encephalitis) and paru-paru (pneumonia)8.
  • Beguk – Virus ini menyebabkan radang saraf otak (meningitis) yang disebabkan oleh virus dan jangkitan kepada testis (orchitis)9.
  • Rubella – Virus rubella merebak di kalangan manusia, ibu hamil, terutamanya kehamilan bagi tiga bulan yang pertama dan mengakibatkan keguguran, kematian janin, kelahiran mati atau kecacatan kelahiran (congenital rubella syndrome)10.
  • Pnemokokus – Bakteria ini boleh menyebabkan penyakit teruk seperti meningitis atau jangkitan yang lebih ringan seperti sinusitis atau jangkitan telinga.
  • Rotavirus – Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk dan dehidrasi.
  • Virus Human Papilloma – Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat genital.
  • Varicella ((Cacar air) – Virus ini boleh menyebabkan ruam lepuh berisi cecair dan demam, virus ini juga boleh menyebabkan kayap (shingles) kepada orang dewasa jika virus aktif semula11.
  • Influenza – Virus ini boleh menyebabkan wabak flu atau musim selesema12.
  • Meningococcal – Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan otak, saraf tunjang (meningitis) dan darah yang teruk13
  • Hepatitis A – Virus ini boleh menyebabkan jangkitan hati jangka pendek14.

Apa Kesan Sampingan Vaksin Untuk Bayi?

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Ramai ibu bapa yang ragu-ragu untuk memberikan vaksin untuk anak kerana ragu-ragu dengan keselamatan vaksin.

Anda perlu tahu bahawa semua vaksin yang diberikan adalah selaras dengan cadangan World Health Organization (WHO) dan telah melalui kajian yang ketat dan tegas sebelum digunakan oleh orang ramai. Kesan sampingannya pula bersifat ringan dan mempunyai batasannya sendiri. Manakala kesan sampingan yang serius jarang berlaku15.

Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada tempat yang disuntik15. Jika kesan sampingan berlaku, sila rujuk kepada doktor anda. 

Walau bagaimanapun, ibu bapa disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor jika berlaku keadaan berikut16:

  • Menangis berterusan
  • Rasa sangat lemah
  • Tidak boleh bangun
  • Demam melebihi 40° C.
  • Kesukaran bernafas.

Walau bagaimanapun, ibu bapa juga perlulah menjaga kebersihan diri, mendapatkan nasihat daripada pakar kanak-kanak tentang masalah kesihatan bayi anda dan sentiasa peka dengan persekitaran anak-anak.

Pastikan bayi anda tidak terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat.

MY-ROT-00222 Jun/2022

References:

  1. From the Desk of the Director-General of Health Malaysia. Kenyataan Akhbar KPK 24 November 2020 – Pelaksanaan Pemberian Vaksin Pneumokokal Di Bawah Program Imunisasi Kebangsaan Untuk Kanak-Kanak. Available From: https://kpkesihatan.com/2020/11/24/kenyataan-akhbar-kpk-24-november-2020-pelaksanaan-pemberian-vaksin-pneumokokal-di-bawah-program-imunisasi-kebangsaan-untuk-kanak-kanak/. Last Accessed 15 Jun 2022.
  2. Info Sihat. Jadual Imunisasi Kebangsaan 2021. https://www.infosihat.gov.my/penerbitan-multimedia/garis-panduan/item/jadual-imunisasi-kebangsaan-terkini.html. Last accessed 18 July 2022.
  3. Immunise4Life. 5 Additional Recommended Vaccines for Children. Available from:  https://immunise4life.my/5-additional-vaccines-for-children/. Last Accessed 13 Jun 2022.
  4. MyHealth. Immunisation: Facts and Myths. Available From: https://www.myhealth.gov.my/imunisasi-fakta-dan-kemusykilan/. Last Accessed 02 Jun 2022.
  5. UNICEF. Vaccines and the diseases they prevent. Available From: https://www.unicef.org/parenting/health/vaccines-and-diseases-they-prevent. Last Accessed 12 May 2022.
  6. Mayo Clinic. Diphtheria. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diphtheria/symptoms-causes/syc-20351897. Last Accessed 10 June 2022.
  7. National Health Services (NHS). Whooping cough. Available From: https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/infections-and-poisoning/whooping-cough. Last Accessed 10 June 2022.
  8. Mayo Clinic. Measles. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/measles/symptoms-causes/syc-20374857. Last accessed 09 June 2022.
  9. National Health Services (NHS). Mumps – Complications. Available From: https://www.nhs.uk/conditions/mumps/complications/Last accessed 09 June 2022. 
  10. World Health Organization (WHO). Rubella. Available From: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/rubella. Last accessed 09 June 2022. 
  11. MyHEALTH. Chickenpox. Available From: https://www.myhealth.gov.my/en/chickenpox/. Last Accessed 01 June 2022.
  12. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Types of Influenza Viruses. Available From: https://www.cdc.gov/flu/about/viruses/types.htm. Last Accessed 17 June 2022.
  13. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). Meningococcal Disease. Available From: https://www.cdc.gov/meningococcal/index.html. Last Accessed 17 June 2022.
  14. Centers for Disease Control and Prevention (CDC). What is Hepatitis A. Available From: https://www.cdc.gov/hepatitis/hav/afaq.htm#overview. Last Accessed 17 June 2022.
  15. World Health Organization (WHO). Vaccines and Immunization: Vaccine Safety Q&A. Available From: https://www.who.int/news-room/questions-and-answers/item/vaccines-and-immunization-vaccine-safety. Last Accessed 15 June 2022.
  16. Seattle Children’s Hospital. Immunization Reactions. Available From: https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/immunization-reactions/. Last Accessed 15 June 2022.