7 cara mendapatkan anak kembar yang anda patut cuba

Adakah anda bertanya-tanya bagaimana cara mendapatkan anak kembar? Berikut beberapa cara dan faktor yang dapat meningkatkan peluang mendapatkan bayi kembar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah, pasti seronok ya kalau kita dapat bayi kembar. Tambahan pula jika anda jenis yang suka mengenakan pakaian anak-anak, mesti lebih excited lagi. Tapi, bagaimana cara mendapatkan anak kembar?

Jom kita tengok 7 cara untuk meningkatkan peluang untuk hamil anak kembar seperti di bawah ini:

7 cara mendapatkan anak kembar yang boleh anda cuba

1. Ambil asid folik

Kredit: healthcare.lipsita.com

Asid folik sebelum konsepsi dipercayai mampu meningkatkan kemungkinan mendapatkan kehamilan kembar.

Semasa kehamilan, asid folik berfungsi mengurangi risiko bayi cacat lahir.

2. Suami memakan kerang

Kerang kaya dengan kandungan mineral zink yang boleh meningkatkan pengeluaran sperma.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan pengeluaran kualiti sperma yang lebih, semakin besar kemungkinan untuk dapat mempersenyawakan dua telur.

Namun perlu diketahui bahawa kerang dari perairan yang tercemar boleh mengandungi logam berat yang tidak baik untuk kesihatan.

3. Ibu perlu banyak makan ubi

Kredit: MomJunction

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pengambilan ubi mampu merangsang ovari menghasilkan sel telur sepanjang masa ovulasi. 

Hal ini terbukti bahawa banyak perempuan hamil dengan anak kembar di kawasan yang makanan utamanya adalah ubi!

4. Berusaha hamil setelah berhenti makan pil perancang

Ini lagi satu cara mendapatkan anak kembar yang juga mudah untuk dilakukan.

Anda boleh cuba untuk hamil sebaik sahaja anda telah berhenti mengambil pil perancang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika anda berhenti makan pil perancang, tubuh akan berusaha untuk mengatur hormon.

Pada bulan-bulan setelah berhenti mengambil pil tersebut, ovari akan cenderung menghasilkan sel telur yang berlebihan, sehingga akan meningkatkan peluang terjadinya kehamilan kembar.

5. Pengambilan suplemen hormon

Makanan tambahan hormon merangsang ovari untuk menghasilkan telur. Ini membolehkan ovari untuk menghasilkan lebih daripada satu telur semasa ovulasi.

Pastikan anda mendapatkan pengesahan dari doktor anda dahulu sebelum mengambil makanan tambahan ini.

6. Berat badan ibu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beberapa penyelidikan menyebutkan bahawa ibu dengan berat badan yang lebih dari ideal memiliki kemungkinan untuk mendapatkan bayi kembar.

Keadaan ibu yang cukup berisi dan sihat akan mempengaruhi keadaan rahim serta kualiti dan penghasilan sel telur.

Jadi, salah satu cara mendapatkan anak kembar adalah dengan menjaga diet khasiat anda dan pasangan semasa ovulasi dan persenyawaan.

7. Mengikuti program bayi tabung kembar

Program ini dilakukan dengan menanamkan embrio kembar ke dalam rahim ibu. Anda boleh pergi ke hospital yang ada menyediakan program bayi tabung dan berunding terlebih dahulu.

Adakah anda berpeluang untuk mendapatkan anak kembar? Jom semak ciri-cirinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa yang lebih berpeluang dapat anak kembar?

Selain 7 cara mendapatkan anak kembar di atas, ada beberapa perkara yang membuat kita lebih mudah mendapatkan si kembar.

1. Latar belakang keluarga

Jika anda mempunyai sejarah kehamilan bayi kembar dalam keluarga, ertinya anda berpeluang untuk mendapatkan bayi kembar.

Kelahiran kembar, secara amnya mudah terjadi secara turun menurun.

Jika ibu anda atau keturunan ibu anda ke atas memiliki sejarah kelahiran kembar, maka anda juga kemungkinan mempunyai gen hiperovulasi.

Hiperovulasi adalah pelepasan sel telur secara berlebihan sehingga terjadi janin kembar.

2. Usia ibu saat hamil

Semakin matang usia ibu ketika hamil,  semakin tinggi peluang untuk terjadinya kehamilan bayi kembar. Kebanyakkan kehamilan kembar terjadi pada wanita di atas 35 tahun.

Kenapa? Logiknya adalah, menjelang pra-menopause, ovari sering melepaskan lebih dari 1 sel telur setiap bulan.

Bahkan penyelidikan menunjukkan sebanyak 17% kehamilan kembar terjadi pada wanita 45 tahun ke atas.

Tapi, keadaan kehamilan pada usia ini perlu dipantau kerana risiko komplikasi kehamilan adalah lebih tinggi pada usia lanjut begini, terutamanya jika hamil anak kembar.

3. Pernah mengalami kelahiran bayi kembar

Ibu yang pernah memiliki bayi kembar sebelum ini akan memiliki peluang memiliki bayi kembar pada kehamilan berikutnya!