Nak Bagi Atau Tidak? Ini Kebaikan & Keburukan iPad Untuk Bayi Anda

iPad untuk anak patutkah diberi walaupun anak meminta-minta? Ini yang parents perlu tahu, sebenarnya ada kebaikan dan keburukannya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak anda seronok main iPad yang anda berikan? 

Nampaknya, anak anda dah jumpa alat permainan baru! Mengapa tidak? Mana-mana kanak-kanak mahupun bayi seawal 12 bulan pasti akan menyukai iPad mahupun apa juga gadget.

Dengan paparan skrin dan warna-warna yang menarik, ianya umpama sesuatu yang magis buat anak anda pada saat anak anda menyentuh skrin iPad sahaja, warna dan bentuknya mula berubah. Tidak lupa juga dengan lagu-lagu kanak-kanak yang boleh membuatkan anak anda ralit dengan iPad dan leka bermain dengan aplikasis yang tersedia didalamnya. 

Adakah anda rasa bersalah kerana anda selalu berikan anak anda iPad apabila berada di tempat makan atau pun di tempat yang memerlukan anak anda untuk fokus?

Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan kerana pada masa ini, terdapat ramai ibu bapa yang memberikan anak mereka iPad ataupun gadget untuk mengalihkan perhatian mereka daripada berlari ke sana ke sini. Secara kesimpulannya, iPad ini membantu anak untuk duduk diam. 

Umur berapa yang sesuai untuk beri anak main iPad atau gadget lain?

Kredit: Unsplash

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Umum untuk kita ketahui bahawa terdapat banyak kesan buruk akibat menonton TV dalam kalangan bayi dan kanak-kanak seawal umur 2 tahun ke bawah. 

Namun, bagaimana pula dengan iPad atau permainan aplikasi dalam tablet yang lain?

Menurut jurucakap daripada American Academy of Pediatrics berkata bahawa tiada kajian atau data yang menunjukkan bahawa penggunaan iPad membawa kesan buruk kepada kanak-kanak. Jadi, ianya merupakan satu ketidakpastian kerana tidak semestinya iPad juga memberikan kesan yang sama seperti screen time TV bagi kanak-kanak.

Sungguhpun begitu anda dinasihatkan tidak memberi iPad untuk anak anda yang berusia 2 tahun ke bawah. 

Sekiranya anda nak memberikan iPad kepada anak anda, ianya bergantung sepenuhnya kepada anda dan apa tujuan anda berikan iPad kepada anak anda. Anda perlu menimbang baik dan buruk sebelum anda membuat keputusan membelikan anak anda iPad.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apakah Kebaikan iPad untuk anak?

Kredit: Unsplash

#1 Sumber pembelajaran yang menyeronokkan!

iPad dilihat sebagai pengganti buku yang mana penggunaannya khusus untuk pendidikan kanak-kanak. Dengan pelbagai visual menarik disusuli dengan muzik-muzik menarik, pembelajaran menggunakan iPad akan jadi lebih menyeronokkan! Tak ada la bosan je anak anda kan. 

Terdapat pendapat yang menyatakan bahawa iPad membantu bayi kecil untuk belajar kerana bayi kecil masih tidak mempunyai keupayaan motor menurut TheGuardian. Justeru, penggunaan iPad atau tablet membantu anak menguasai pembelajaran kerana tablet untuk kanak-kanak direka khas untuk membantu proses pembelajaran.

#2 Menggalakkan kreativiti

Kredit: Unsplash

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat banyak lambakan aplikasis yang direka khas untuk penggunaan bayi dan kanak-kanak.

iPad dan aplikasi ini akan membantu menggalakkan dan meningkatkan kreativiti anak anda. Ianya dipenuhi dengan pelbagai penceritaan menarik sarat dengan visual yang membantu anak anda untuk belajar dengan lebih baik.

Anda boleh memilih aplikasi drawing atau writing! iPad mempunyai pen stylus yang boleh anak anda gunakan untuk mewarna dan melukis. Anda hanya perlu muat turun sahaja aplikasi ini dan biarkan anak anda bermain sepuas hati. 

#3 Lebih selamat daripada televisyen

Anda mungkin akan menghadapi masalah untuk mengawal rancangan di televisyen yang mana kandungannya adalah tidak sesuai untuk ditayangkan kepada anak-anak yang masih kecil. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lagi-lagi dengan iklan yang sentiasa ditayangkan. Kesemua ini diluar kawalan anda. 

Berbeza dengan iPad atau tablet, anda boleh monitor dan pilih kandungan di dalamnya dan hanya muat turun aplikasi yang sesuai dengan anak anda. 

Anda boleh memilih Setting Parental Control yang sesuai untuk tontonan anak anda, dan juga bawa iPad ke mana sahaja. Jadi anak anda boleh belajar dengan mudah dimana sahaja pada bila-bila masa. 

Keburukan iPad dan gadget seumpamanya

Walaupun iPad mempunyai kelebihannya yang tersendiri sebagai satu sumber pendidikan dan juga hiburan buat anak anda, penggunaannya juga tidak terlepas daripada keburukan.

#1 Menggantikan interaksi dan komunikasi

Apabila anda biarkan anak anda dengan iPad atau tablet, anda sebenarnya menjadikan anak anda tidak pandai bergaul dengan orang lain. Ianya turut menyebabkan anak anda mempunyai masalah untuk bersosial dan berinteraksi kerana terlalu banyak bergantung dengan iPad. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak anda tidak akan rasa untuk bermain kerana dah terlalu sibuk dengan iPad. 

#2 Ketagihan

Anak anda menghabiskan terlalu banyak masa dengan iPad?

iPad atau gadget boleh menyebabkan ketagihan yang berlebihan untuk anak anda. Apabila anak anda terlalu leka dengan iPad, ketagihan anda akan menjadi lebih teruk hari demi hari sekiranya dibiarkan.

Walaupun penggunaan teknologi membantu anak anda untuk belajar dengan lebih baik, tetapi penggunaan berterusan akan menyebabkan anak anda tidak dapat menguasai kemahiran yang lebih penting seperti kemahiran motor, kognitif dan lain-lain.

#3 Impak negatif terhadap tingkah laku anak

Kalau anak anda dah seronok sangat main gadget, memang senanglah badan anak anda untuk cenderung mendapat obesiti.

Mana taknya, anak anda pasti akan memilih untuk bermain dengan iPad daripada bermain sebarang aktiviti fizikal. Jadi, kita boleh simpulkan disini bahawa penggunaannya turut menhindari anak anda daripada melakukan sebarang aktiviti fizikal.

Bukan itu sahaja, disebabkan anak anda terlalu bergantung dengan iPad, anak anda pasti akan mengamuk dan meragam bila anda nak ambil balik iPad anda. 

Nak bagi atau tidak? Ini caranya

Penggunaan iPad ada baik dan buruknya. 

Penting bagi ibu bapa untuk mengimbang kedua-kedua perkara dan menggunakan iPad untuk tujuan kebaikan.

  • Tetapkan peraturan menggunakan iPad sewaktu awal-awal anda beri kepada anak.
  • Hanya 1 jam sahaja sehari masa dibenarkan.
  • Muat turun aplikasi berkaitan sahaja.
  • Jangan beri iPad setiap kali anak meragam.
  • Main iPad bersama anak dan ajar anak mengenai perkara yang anak lihat dan baca.
  • Sentiasa kawal apa yang anak lihat dalam iPad.
  • Jangan letak iPad dibilik tidur anak kerana boleh mengganggu konsentrasi anak sebelum tidur. 

Sumber: Kanak-kanak & Gadget

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahaya Beri Gadjet/Tablet Pada Bayi Bawah 2 Tahun, Boleh Ganggu Perkembangan Fizikal & Kognitif!

Penulis

Nina Osman