iPhone ibu ini terkunci selama 48 tahun gara-gara anak sendiri!

Kasihan ibu ini. Gara-gara ingin memberi anaknya menonton video ilmiah online, iPhone terkunci sehingga 48 tahun! Apa harus dibuat jika iPhone terkunci?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita tidak berfikir panjang apabila memberi telefon bimbit kepada anak-anak untuk mereka main. Tapi kadang-kadang, ia boleh menyebabkan kita menyesal seperti kes iPhone terkunci dari Shanghai ini.

iPhone ibu ini terkunci selama berdekad-dekad! Lebih tepat lagi, anaknya telah mengunci iPhone ibunya selama hampir 48 tahun! Ha… macam mana nak buat tu? Punya lama iPhone terkunci habislah!

iPhone terkunci selama 48 tahun gara-gara anak sendiri

Oriental Daily dan sebuah akhbar Cina melaporkan Lu, ibu kepada anak berusia 2 tahun, terkejut apabila mendapati bahawa iPhone miliknya telah terkunci selama hampir 48 tahun.

Lu sebelum ini memberikan iPhone miliknya kepada anak lelaki beliau supaya anaknya boleh menonton rancangan ilmiah secara online sementara Lu keluar sebentar.

Tetapi, entah bagaimana terjadi, apabila Lu mengambil telefonnya semula, dia sedar yang dia tidak memasukkan kata laluannya. Skrin menunjukkan bahawa iPhone terkunci dan dia hanya boleh log masuk selepas 25,114,984 minit bersamaan dengan 47.8 tahun!

Menurut pengakuan si anak, semasa menggunakan telefon ibunya, dia tidak sengaja telah mengaktifkan sistem sekuriti Iphone. Dia kemudiannya memasukkan kata laluan yang salah beberapa kali, dan menyebabkan iPhone terkunci untuk satu jangka masa yang lama.

Setiap kali dia memasukkan kata laluan yang salah, masa untuk mengunci iPhone tersebut makin meningkat. Meningkat punya meningkat sehinggalah 48 tahun! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

iPhone terkunci: Ini komen dari pakar

Lu mengharapkan masalah iPhone terkunci itu boleh diselesaikan dengan sendirinya. Jadi, dia bercadang untuk tunggu saja sehingga iPhone yang terkunci itu akan “membuka kuncinya”.

Tapi selepas 2 bulan, keadaan masih sama. Lalu Lu merujuk ke Apple Store.

Apple Store memberitahu Lu bahawa satu-satunya cara untuk buka telefonnya adalah dengan memformat semula telefonnya itu. Tapi ini bermakna segala data dalam telefon bimbit tersebut akan dipadamkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lu tidak setuju untuk memformat semula iPhone miliknya kerana dia tidak membuat sebarang backup. Tapi pada masa yang sama dia tahu yang dia tidak ada pilihan lain.

Lu berkata: “Dalam masa 47 tahun, saya mungkin tak dapat menggunakan telefon lagi. Tapi saya tak sabar untuk tunggu sehingga 47 tahun dan beritahu kepada cucu saya ini adalah salah bapanya!”

Salah satu pekerja di Apple Store tersebut mengesahkan masalah ini berlaku pada iPhone yang menggunakan ios lama. Menurut seorang juruteknik, Wei Chunlong, ada juga kes di mana iPhone terkunci selama 80 tahun.

Macam-macam hal kan? Ibu bapa jaga-jaga ya! Jangan terlalu leka bagi anak main smartphone kita sampai terkunci bertahun-tahun begini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Singapore

Baca juga:

https://my.theasianparent.comanak-suka-menggigit-handphone

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar