Elakkan Isi Ketam (Filamen Sticks) Dalam Diet Anak, Boleh Mudaratkan Kesihatan Si Manja

Isi ketam tiruan, filamen sticks atau sering dipanggil crab sticks diketahui bukan diperbuat daripada isi ketam.

Ramai yang sudah tahu bahasa crab stick yang dijual di pasaran bukan diperbuat daripada isi ketam. Namun disebabkan rasa yang enak dan tahan lama ia antara menu wajib terutama ketika makan steamboat. Adakah selamat untuk berikan crab stick pada kanak-kanak?

Cara Filamen Stick Atau Isi Ketam Dihasilkan

Bahan utama penghasilannnya adalah isi ikan atau sisa ikan yang dikisar. Rasa dan teksturnya dihasilkan menggunakan perisa khas dan pewarna makanan. 

Bahan tambahan atau pengawet juga digunakan untuk memastikan jangka hayat crab stick bertahan lama. Ada juga pengilang yang tidak menggunakan isi ikan tetapi menggantikannya secara artificial yang mengurangkan khasiatnya terutama kepada kanak-kanak. 

Diketahui bahasa tiada langsung is ketam di dalamnya sebaliknya, stik ini dibuat daripada kanji, perisa tambahan, bahan tambahan sintetik, sisa ikan atau gantian sisa, pewarna dan garam.

Daging ketam sangat maha jadi adalah tidak logik jika stik ini boleh dijual terlalu murah.  

isi ketam

Pengenalan Filamen Sticks Dalam Diet Kanak-Kanak

Pengenalan filamen sticks atau crab sticks dalam menu kanak-kanak boleh dilakukan apabila anak berumur 5 tahun ke atas. Pada usia ini, sistem pencernaan kanak-kanak sudah lebih matang dan mampu memproses dan mencerna makanan ini dengan lebih baik. Semasa memberi makanan ini kepada anak, perhatikan reaksi tubuh mereka dan mulakan dengan kuantiti kecil.

Jika anda memutuskan untuk membeli produk ini untuk kanak-kanak, elakkan memilih filamen sticks yang paling murah di pasaran. Produk murah sering kali dihasilkan daripada bahan pengganti ikan dan bahan berkanji yang kurang berkualiti.

Namun jika anak anda ada beberapa permasalahan ini elak beri isi ketam tiruan ini kepada mereka:

  • Alergi terhadap protein ikan, soya, dan makanan laut: Kanak-kanak dengan alergi terhadap bahan-bahan ini perlu mengelakkan crab sticks.
  • Masalah gastrointestinal kronik: Kanak-kanak dengan masalah pencernaan yang kronik tidak sesuai diberi produk ini.

Bahaya Filamen Sticks/Crab Sticks Kepada Kanak-Kanak

Filamen sticks (termasuk crab sticks) boleh menjadi makanan ringan yang menarik, tetapi ada beberapa risiko dan bahaya yang perlu dipertimbangkan ketika memperkenalkan makanan ini kepada kanak-kanak. 

1. Kandungan Bahan Tambahan, Pengawet

Banyak filamen sticks, termasuk crab sticks, mengandungi bahan pengawet dan perasa tambahan. Pengawet ini mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak, terutamanya jika mereka mempunyai sensitiviti atau alahan makanan.

2.Pewarna, Perasa Tiruan

Pewarna dan perasa tiruan boleh menyebabkan reaksi alahan pada sesetengah kanak-kanak. Sentiasa semak label untuk memastikan produk tersebut tidak mengandungi bahan yang mungkin menyebabkan masalah.

3.Kandungan Garam, Gula

Filamen sticks sering kali mengandungi kandungan garam yang tinggi. Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, yang mungkin mempengaruhi kesihatan jantung dan ginjal anak pada masa hadapan.

4.Masalah Alahan

Crab sticks, walaupun merupakan produk tiruan, masih boleh menyebabkan alahan makanan laut pada kanak-kanak yang sensitif atau alergik terhadap makanan laut.

5. Nutrisi, Keseimbangan Diet

Walaupun crab sticks boleh memberikan protein, mereka mungkin tidak mempunyai kandungan nutrien yang sama seperti ketam sebenar atau sumber protein lain yang lebih semulajadi. Pastikan diet anak anda seimbang dengan pelbagai jenis makanan berkhasiat.

6. Penggunaan dalam Diet

Jangan bergantung terlalu banyak pada filamen sticks sebagai sumber makanan utama. Sebaliknya, mereka boleh digunakan sebagai snek sekali-sekala dalam diet yang seimbang.

Pilihan Filamen Sticks Untuk Anak

  • Semak Label: Selalu periksa label produk untuk bahan-bahan yang digunakan dan kandungan nutrisi.
  • Masak Dengan Betul: Walaupun banyak produk ini sudah dimasak, pastikan mereka disediakan dengan cara yang bersih dan sesuai untuk mengelakkan risiko jangkitan.
  • Konsultasi Doktor: Jika anda mempunyai kebimbangan tentang alahan atau kesan kesihatan, berunding dengan pakar kesihatan atau doktor.

howtogetrid

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Panduan Diet Pemakanan Untuk Anak Obesiti @ Terlalu Gemuk, #5 Paling Kena Elak!

Baca juga: Garis Panduan Diperlukan untuk Menangani Obesiti Di Kalangan Kanak Kanak

Baca juga: Kanak-Kanak Gemuk Mungkin Menjadi Dewasa Yang Obese: Lembaga Promosi Kesihatan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!