Bila Isteri Dalam Pantang, Ini Rupanya Peranan Si Ayah - Bukan Duduk Rumah Tengok TV Saja Ya!

Ketika isteri dalam pantang, waktu itulah mereka sangat memerlukan suami. Ini sebenarnya tanggungjawab suami pada isteri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila sepasang suami isteri diijab kabulkan, maka mereka telah membuat perjanjian untuk bersama dalam susah dan senang. Tidak kiralah ketika si suami mungkin kekangan pendapatan, atau si isteri mempunyai kekurangan. Apatah lagi ketika isteri dalam pantang, lagilah mereka perlu bersama dalam tempoh ini!

Tempoh hamil mungkin menjadi salah satu tempoh paling sukar dalam kehidupan seorang ibu. Kemudian, diikuti pula dengan proses bersalin dan tempoh berpantang. Sepanjang tempoh mencabar ini, bukan sahaja fizikal ibu, malah emosinya juga perlu dijaga dengan rapi. Sebagai seorang suami, di sinilah anda boleh memainkan peranan sebaiknya untuk memastikan isteri tercinta sentiasa selesa dan happy.

Namun, bukan mudah untuk seorang lelaki, terutamanya bagi mereka yang tidak pernah mempunyai pengalaman untuk menjaga wanita yang hamil. Emosi wanita hamil mungkin lebih sensitif dan mudah terusik. Silap langkah sahaja, habislah kena layan rajuk 3 hari, 3 malam!

Isteri dalam pantang tempoh paling mencabar 

Selepas bersalin, si isteri memerlukan rehat yang secukupnya. Proses bersalin bukanlah suatu hal yang mudah. Walaupun seorang ibu itu mungkin bertuah dapat melahirkan anak dengan mudah kerana bukaan yang terbuka dengan cepat, tetapi percayalah, isteri anda masih kepenatan dan kesakitan.

Tambahan pula bagi para ibu yang perlu bersalin secara Caesar. Sakitnya kekal ngilu sampai bila-bila! Apatah lagi pada tempoh sesudah bersalin.

Oleh sebab itu, suami perlu memainkan peranan penting dalam memastikan isteri sentiasa selasa dan bahagia. Emosi dan fizikal isteri juga perlu dijaga rapi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi apasi suami boleh lakukan dalam memastikan kebahagiaan isteri sepanjang tempoh berpantang?

Apakah peranan bapa ketika isteri dalam pantang?

Kredit: Unsplash

Kerap kali kita membaca cerita bahawa isteri banyak makan hati apabila dihantar untuk berpantang bersama ibu mertuanya. Walaupun ibu mertua isteri mungkin seorang yang baik dan caknakan kebajikan isteri anda, tetapi bagi si isteri, beliau masih orang luar dan cara layanan si ibu mertua tentulah berbeza dari layanan ibu kandung isteri sendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahan pula, dalam hal menjaga isteri berpantang, tugas penjagaan sepatutnya terletak pada suami dan bukan pada keluarga mertua mahupun keluarga isteri.

Tidak mengapa! Mari kami kongsikan apakah yang si suami, atau bapa baharu boleh lakukan untuk menjaga isteri.

  • Dengar keluhan isteri

Sekiranya isteri anda enggan dihantar bawah jagaan ibu mertuanya ketika sedang berpantang, dengarlah keluhan si isteri. Mereka lebih tahu, dan lebih sedar bagaimana layanan ibu anda terhadap mereka.

Pada mata anda, mungkin semuanya baik-baik sahaja tetapi apa yang dalam hati isteri, hanya dia yang tahu. Jadi, apabila dia meluah, janganlah terlalu cepat menyangkal luahannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Menggalas tanggungjawab kerja rumah

Seorang isteri yang sedang berpantang tidak sepatutnya melakukan apa jenis kerja rumah. Malah, sebagai seorang ibu baharu, mereka perlu mendapatkan rehat yang secukupnya. Oleh itu, galaslah tugas yang sebelum ini dilakukan oleh isteri anda.

Tidak tahu memasak, membasuh dan sebagainya? Belajarlah. Ini juga peluang untuk anda mengasah kemahiran anda.

  • Manjakan si isteri

Bukan bayi anda sahaja yang perlukan perhatian dan dimanjakan, isteri anda juga perlu mendapat perhatian anda dan sepatutnya dimanjakan oleh anda. Anggap sahajalah apabila si isteri sedang berpantang, anda secara tidak langsung mempunyai dua orang bayi sekaligus.

Bagaimana hendak manjakan cinta hati anda? Banyak yang anda boleh lakukan. Basuhkan rambutnya, mandikannya, urutkan isteri anda. Tetapi, jika anda tidak berani untuk menyentuhnya, khuatir dia kesakitkan, upahlah pusat penjagaan yang boleh berkunjung ke rumah demi menjaga ibu yang sedang berpantang.

  • Ambil alih tugas menjaga anak

Selain dari menyusukan anak, bapa boleh mengambil peluang ketika ibu berpantang untuk merapatkan hubungan bersama anak. Keraplah mendukung, mandikan, tukarkan lampin dan secara keseluruhannya, menjaga si manja anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bukan sahaja anda dapat mengasah kemahiran keibu bapaan, anda pasti akan lebih menghargai isteri anda setelah anda tahu betapa sukarnya menjaga seorang bayi. Apatah lagi menjaga bayi dalam keadaan sedang menyembuhkan diri sendiri.

Happy wife, happy life

Kredit: Pexels

Sekiranya anda melakukan perkara-perkara seperti di atas ketika isteri sedang berpantang, pasti hidup anda bersama isteri akan lebih bahagia sesudah isteri sembuh. Isteri anda akan berterima kasih kepada anda dengan layanan umpama ratu, dan anda juga pasti akan dilayan umpama raja.

Jadi, jika isteri anda sedang berpantang, pastikan anda menjaganya sepertimana anda hendak dijaga ketika anda sedang sakit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  10 tugas suami ketika isteri dalam pantang, suami wajib tahu semua ini!

Baca juga: 4 Resepi Masakan Berpantang Yang Baik Untuk Rangsang Imuniti Ibu Lepas Bersalin

Baca juga: Elak Terlalu Aktif Selepas Bersalin, Bentan Ketika Berpantang Boleh Mengundang Maut