Isteri Datuk Didakwa Cuba Membunuh Selepas Melakukan Penderaan Pembantu Rumah!

"Saya telah ditampar dan ditumbuk setiap hari dan juga dipanggil haiwan. Saya takut memikirkan hidup saya,"

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
 
 PETALING JAYA: Seorang Wanita yang berasal dari Malaysia didakwa semalam atas cubaan membunuh pembantu rumahnya yang berasal dari Indonesia. Penderaan pembantu rumah ini menyebabkan wanita tersebut dalam keadaan cedera parah.
 
 
Rozita Mohamad Ali dituduh mencuba untuk membunuh Suyanti Sutrinso menggunakan pisau dapur, penyangkut baju, mop keluli dan payung, memberikan wanita itu satu pengalaman yang pahit selama lima jam pada 21 Disember yang lalu di rumahnya di pinggir bandar Mutiara Damansara, laporan dari laman berita The Star Online.
 
Rozita, 43, yang tidak bekerja dan dikatakan mengalami asma, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan ikes penderaan itu. Jika didapati bersalah, dia menghadapi hukuman penjara seumur hidup atau penjara 20 tahun.
 
Dia dibebaskan selepas membayar ikat jamin sebanyak RM20,000  dan menyerahkan paspotnya. Dia telah diarahkan untuk melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan dihalang daripada menghampiri Cik Suyanti semasa perbicaraan. Mahkamah telah menetapkan 7 Feb untuk menetapkan tarikh perbicaraan.
 
Siasatan bermula setelah seorang pengawal keselamatan menemui Cik Suyanti terbaring tidak sedarkan diri di tepi longkang di kawasan itu serta mengalami kecederaan serius di seluruh badannya.
 
Menurut laporan sebelum ini dalam The Star, Cik Suyanti berkata bahawa dia telah memanjat tangga berhampiran pagar rumah majikannya pada 21 Dis, melompat ke atas dan berlari secepat yang boleh untuk melepaskan diri dari seksaan fizikal dan mental yang dikenakan oleh Rozita.
 
“Saya telah ditampar dan ditumbuk setiap hari dan juga dipanggil haiwan. Saya takut memikirkan hidup saya,” katanya. Pada masa itu, dia telah bekerja untuk Rozita hanya dua minggu.
 
Suyanti, yang berasal dari Medan, berkata, dia tidak dibenarkan untuk mandi dan telah dibenarkan untuk makan hanya sekali sehari. “Saya berharap bahawa majikan saya akan mengubah cara dia suatu hari nanti. Namun, saya mencapai tahap kesabaran saya.”
 
Rozita, isteri datuk ini, menyerah diri kepada polis pada hari Cik Suyanti melepaskan diri, selepas berita mengenai keadaan beliau tersebar di laman media sosial akibat penderaan pembantu rumah.
 
Cik Suyanti dilaporkan sedang menetap di Kedutaan Indonesia , Kuala Lumpur sejak dia dibenarkan keluar dari hospital. Ini adalah kes deraan pembantu rumah yang paling baru di negara ini.
 
Pada bulan Oktober tahun lepas, satu pasangan dari Pulau Pinang telah dihukum mati selepas didapati bersalah kerana mendera dan membiarkan pembantu rumah mereka, Mey Sichan, 24, kelaparan selama tujuh bulan pada tahun 2012. Berat Cik Mey hanya 26kg apabila dia diselamatkan; dia kemudian meninggal dunia akibat kecederaan beliau.
 
 Pada tahun 2009, Indonesia menghentikan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia selepas kejadian deraan dan layanan buruk yang mereka terima. Namun begitu, 2 tahun kemudian penghantaran pembantu rumah dari Indonesia ke Malaysia dimulakan semula selepas kedua-dua negara bersetuju mengenai langkah-langkah perlindungan yang lebih baik.
 
Rencana dan gambar dipetik daripada Straits Times
 
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh