Jika isteri dingin seks, mungkin ada sebab lain yang lebih mendalam berbanding mereka tak ada nafsu dengan anda.
Adakah anda masih ingat malam yang memuaskan sebelum ini? Tapi, anda masih boleh dapatkan balik asmara dengan mengetahui sebab isteri dingin seks.
Ini adalah beberapa perkara yang mungkin isteri anda rahsiakan dari anda.
4 sebab isteri dingin seks dengan anda
1) Suami tak berkomunikasi pada waktu siang
Hubungan seks pada wanita adalah lebih dari hanya berhubungan seks. Ia adalah tanda hubungan cinta antara anda dan isteri.
Anda tak boleh dapatkan seks tanpa intimasi di luar bilik tidur seperti ciuman sayang di pipi, ambil berat dan bertanyakan tentang hari mereka, mengurut kaki atau mendengar permasalahan mereka.
2) Isteri penat
Ia bukan alasan. Kerja rumah yang tak berkesudahan, kerja sendiri lagi, mana nak hantar anak pergi sekolah, mereka tak ada masa untuk fikirkan tentang seks.
Jika isteri anda kata dia penat atau pening kepala, ini tanda untuk anda dengar dan bantu mereka. Adakah anda tolong kongsi bebanan isteri buat kerja rumah?
Adakah anda tolong jaga anak dan bukan hanya tolong tengok kadang-kadang saja?
Lelaki yang boleh diharap untuk membantu buat kerja rumah itu sexy! Beri isteri anda masa untuk berehat supaya mereka boleh kembali segar dan bersedia untuk melepaskan tenaga mereka kepada sesuatu.
3) Anda buat isteri rasa tak menarik
Bila kali terakhir anda beritahu isteri yang dia cantik? Jika alasan anda adalah “dia tahu saya rasa dia cantik”, fikir semula.
Mereka mungkin pernah yakin yang anda rasa mereka cantik, tapi sekarang tak lagi. Sebab itu banyak produk anti kedut di pasaran, kerana wanita mahu dan perlu tampak muda di mata orang untuk dilihat sebagai “cantik”.
Kerana isteri melahirkan anak, meeka mungkin ada strecth mark, kulit kendur dan macam-macam lagi yang buat mereka rasa tak cantik.
Perasaan ini buat mereka tak nak mendedahkan diri terlalu dekat, lebih-lebih lagi pada suami yang dah tak pandang mereka seperti dulu.
Buat usaha lebih untuk puji isteri setiap hari tanpa perlu mereka umpan pujian dari anda. Sebelum anda mengharapkan seks, terpulang bagi anda untuk buat isteri rasa seksi semula.
4) Isteri tak puas
Adakah anda mendapat kepuasan lebih dari yang anda berikan? Seks perlu jadi benda yang menyeronokkan untuk anda dan suami.
Ini tak bermakna anda perlu salahkan diri sendiri. Anda dan isteri mempunyai masalah komunikasi untuk memberitahu apa yang anda perlukan.
Disfungsi orgasmik adalah apabila seseorang mempunyai masalah untuk mencapai orgasma. Ia sering terjadi pada wanita berbanding lelaki.
Sekarang anda dah tahu masalah isteri dingin seks, inilah masanya untuk anda bertindak dan dapatkan semula malam-malam yang menyeronokkan seperti awal perkahwinan dulu!
Sumber: Artikel asal ditulis oleh Jolene Hee, diterjemah dengan keizinan dari theAsianparent Singapore
Baca juga:
4 sebab tersembunyi kenapa suami TAK MAHU buat seks dengan anda