Pujuk Isteri Untuk 'Bersama' Pada 4 Waktu Ini, Barulah Nikmat Bila Bersama

Ini beberapa keadaan yang suami boleh tahu sama ada isteri tengah gersang atau tidak. Ketahui juga cara menambah keasyikannya itu!

Para suami sekalian, pernah tak anda terfikir bila masa isteri gersang yang betul? Ini kerana, ramai suami yang  fail dan tak tahu bila masa yang sesuai untuk mengajak isteri melakukan hubungan intim.

Tapi, kalau anda tahu bila masa isteri gersang ini, percayalah kemahuan seks anda akan dituruti dengan sepenuh kasih sayang.

Bunyi memang macam pelik kan isteri lebih gersang daripada suami? Sebabnya, wanita lebih pandai menyorokkan perasaannya itu di hadapan lelaki kerana merasakan ia sesuatu yang sangat memalukan pada dirinya.

Hal ini berbeza dengan kaum lelaki yang kalau boleh 24 jam nak muncul rasa gersang!

Sebabnya, lelaki memiliki tahap hormon testosteron yang sangat tinggi manakala hubungan hormon ini pada orang perempuan pula adalah rendah.

Jadi hormon inilah yang membuatkan isteri gersang dan terangsang.

Keadaan yang membuatkan isteri gersang

Bila dah tahu keadaan ini gunakan ia sebaik mungkin untuk menggoda isteri anda.

#1. Semasa waktu subur

Waktu subur atau kita panggil ovulasi adalah satu keadaan di mana hormon isteri naik mendadak.

Malah semasa ini juga tubuh mereka akan menghantar pheromones kepada pasangan.

Bukan itu sahaja, tahap estrogen dan progesterone juga meningkat naik dengan mendadak semasa di permulaan haid.

Kedua-dua hormon ini adalah faktor yang menyebabkan wanita menjadi sangat gersang dan mudah berasa ghairah.

Walaupun dengan rangsangan kecil tapi mereka nampak sangat terangsang.

#2. Ketika datang bulan

Menurut kajian saintifik, isteri akan rasa gersang semasa mula-mula datang haid.

Ini kerana, pada permulaan kitaran haid itu, hormon tubuh orang perempuan adalah tidak stabil.

Jadi tidak hairanlah, mood wanita akan berubah semasa haid kerana ia dipengaruhi oleh hormon pada tubuh mereka.

Meskipun tengah datang bulan, namun ada cara yang boleh anda buat untuk ghairahkan isteri sewaktu ini.

#3. Trimester kedua kehamilan

Kebanyakan wanita akan mulai sedar bahawa ghairah mereka mula mencanak naik semasa mengandung.

Walaubagaimanapun disebabkan berlaku morning sickness maka nafsu seks itu terpaksa diabaikan.

Namun, masalah ini akan berkurangan setelah masuknya trimester kedua dan pada masa inilah mereka akan memberi lebih perhatian pada nafsu seks itu.

#4. Sebagai permulaan menopause

Semasa mengalami menopause, isteri akan lebih mudah ghairah kerana perubahan hormon yang dialami.

Namun semasa menopause, terdapat hormon yang berhenti dihasilkan dari tubuh mereka.

Sebab itu, ghairah isteri akan naik dan ia berlangsung hampir beberapa hari atau bulan.

Meskipun tiada bukti dari saintifik namun ramai wanita yang mengakuinya bahawa mereka lebih bernafsu sewaktu ini.

Tanda-tanda UTAMA isteri gersang

1) Mudah saja nak tengok tanda isteri gersang misalnya cepat rasa sensitif semasa bersentuhan dengannya lantas menjadi geli. Terutama di bahagian telinga, peha dan leher.

2) Kalau nak tahu, wanita kelihatan lebih ghairah apabila payudara membesar. Jadi perhatikan perubahan payudara mereka tiap kali anda ingin bersamanya.

3) Kalau tiba-tiba isteri minta nak makan makanan manis seperti kek, coklat dan  dessert, boleh jadi dia sedang dalam keadaan gersang.

Cara goda isteri semasa gersang dan terangsang

Inilah masa untuk anda menyentuh isteri sama ada di bahagian tangan, pipi, bahu, mulut dan sebagainya.

Kalau boleh lakukan sentuhan yang lembut supaya mereka lebih cepat terangsang dan aksi seterusnya dapat dimulakan.

Apapun, jangan terus sentuh di bahagian alat sulit mereka kerana isteri tidak suka aksi seks ini dilakukan dengan cara gelojoh.

Jadi perlahan-lahan ajak dan goda isteri untuk melakukan hubungan intim ini.

Selain daripada itu, cuba ubah mood dalam rumah dengan memasang lagu yang berentak romantis atau menukar suasana bilik kepada yang lebih sensual dan erotik.

Ini merupakan isyarat bagi merangsang emosi isteri agar lebih bersedia untuk bersama suaminya nanti.

Kalau boleh biarkan isteri yang mendahului dalam setiap perkara bukan aktiviti harian sahaja tapi tatkala bersama atas katil pun biar dia yang mulakan dulu.

Kebanyakan wanita lebih suka menjadi bos semasa di atas ranjang, jadi tak salahkan biarkan peluang ini diberikan kepadanya supaya nafsu mereka dapat dilayan dengan sewajarnya.

Semoga bermanfaat!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Info Seks Melayu 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Wanita Ini Jemur Kemaluan Untuk Tingkatkan Ghairah Seks