Isteri Cemburu Ini Bunuh Dan Ratah Makan Wanita Yang Goda Suaminya

Seram! Seorang isteri sanggup bunuh dan ratah makan wanita yang menggoda suaminya. Malah mereka suami isteri juga sebenarnya suka makan daging manusia.

Pasangan yang makan orang atau kanibal

Cemburu membawa padah. Seorang isteri dengan agresif membunuh dan meratah makan daging wanita yang cuba menggoda suaminya!

Semuanya bermula begini.

Awal bulan lalu, satu dunia digemparkan dengan berita sepasang suami isteri Rusia mengamalkan aktiviti memakan manusia lain, atau kanibalisme.

Suami isteri itu, Natalia dan Dmitry Baksheeva telah makan daging manusia lain sejak tahun 1999 dan memakan hampir 30 mangsa!

Amalan kejam lagi pelik yang diamalkan mereka itu terbongkar apabila polis menemui sebuah telefon bimbit dengan gambar yang mengerikan.

Gambar itu menunjukkan kepala seorang lelaki dan pelbagai anggota badan lain dalam mulutnya.

Kredit: EAST2WEST NEWS

Mangsa terakhir yang berjaya dikenalpasti selepas polis menyerbu rumah pasangan suami isteri itu adalah seorang pelayan wanita, Elena Vashrusheva.

Wanita inilah yang dimakan oleh isteri cemburu tersebut!

Ngeri, kan?

Pasangan suami isteri yang amat mencintai satu sama lain

Menurut The Sun, pihak polis telah menemui pelbagai anggota badan manusia yang disimpan dalam jar jeruk, peti ais dan freezer

Jar jeruk terakhir dalam peti ais memiliki jari-jemari Elena, pelayan malang itu.

Elena dikatakan sedang beramah mesra dan minum alkohol bersama Natalia dan Dmitry.

Tiba-tiba, Natalia menyerang dan membunuh Elena. Dia dan suami kemudiannya makan dan menyimpan Elena.

Inilah Elena, mangsa terakhir pasangan yang makan orang

Yang lebih menggemparkan, pasangan ini sebenarnya duduk di sebuah kuaters ketenteraan.

Namun, tiada sesiapa sedar akan perbuatan yang pasangan kanibal ini buat. Tiada siapa pernah masuk ke dalam rumah mereka. 

Setiap kali ada cubaan untuk masuk, Natalia akan berlakon seperti “terganggu” hingga menangis dan menjerit.

Inilah Natalia Baksheeva Kredit: EAST2WEST NEWS

Ramai tentera di kuaters itu takut dengan Natalia.

IBT juga melaporkan Natalia yang bekerja sebagai seorang jururawat itu turut menjual daging manusia yang dibunuh.

Daging itu dijual di restauran temparan atau dimasukkan ke dalam pie yang dimasak Natalia.

Dmitry bekerja sebagai penyapu sampah di kuaters terbabit.

Dmitri bergaya dengan tukul dan sabit
Kredit: EAST2WEST NEWS

Pihak Kementerian Rusia amat malu dan kesal dengan kes ini, kerana tidak menyedari “perbuatan” yang diamalkan pekerja dalam kuaters bawah jagaannya.

Selepas ditahan, Natalia dan Dmitry tidak dibenarkan duduk sekali. Namun, Dmitry merayu-rayu meminta agar dia dibenarkan jumpa Natalia.

Dia dikatakan “tidak dapat hidup” tanpa Natalia, kerana isterinya itu adalah pasangan dominan.

Atas nama cinta

Nampaknya definisi cinta benar-benar boleh membutakan mata.

Akhbar dan media menggelar pasangan ini sebagai “pasangan kanibal”. 

Penyiasat percaya mereka memengsankan mangsa dengan sedatif. Kemudian, pasangan kanibal ini menyiat kulit mangsa hidup-hidup.

Mereka akan makan, membekukan daging atau menyimpan ia dalam jar bersama-sama saline solution

Aneh lagi menyeramkan. Janganlah cemburu dan cinta kita dibawa hingga segila ini ya…

Sumber rujukan: The Sun dan IBT 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsuami-sembelih-isteri-pos-gambar-kahwin-di-facebook/

 

 

 

 

Penulis

Ayu Idris