6 jenis klimaks ramai isteri tak pernah rasa - jom cuba malam ini!

Ramai isteri tak tahu, malah tak pernah rasa 6 jenis klimaks yang berbeza ini. Jom malam ini kita cuba bagi isteri puas dan rasa salah satu klimaks ini ;)

Betullah orang kata wanita ini “complicated“. Sampai ke bab orgasma (atau klimaks) pun rumit habis! Tahukah anda, ada 6 jenis klimaks yang ramai wanita tak pernah rasa? 

Ha… Jadi… Kalau anda nak isteri puas, jom kita cuba cara ini untuk mencapai 6 jenis klimaks yang berbeza-beza berikut. Barulah isteri pun senyum sampai ke telinga! 😉

6 jenis klimaks: Barulah isteri puas betul!

1. Orgasma dari klitoris

Klimaks kerana geselan di klitoris (biji kelentit) adalah antara klimaks yang paling biasa kita tahu. Menurut jurnal Neuro Quantology, klitoris adalah “sumber utama” untuk merasai rangsangan.

Bagaimana nak capai klimaks dari klitoris? Caranya mudah saja. Beri rangsangan di klitoris dengan cara yang tepat.

Pro tip: Beronani salah satu cara paling mudah untuk mencapai klimaks dari klitoris. Cuba anda beronani dahulu.

Lepas itu, anda akan tahu rangsangan bagaimana yang terbaik untuk anda, dan beritahulah pasangan!

2. Isteri puas dari orgasma G-spot

Klimaks menerusi G-spot adalah perbuatan yang memerlukan rangsangan klitoris, malah rangsangan dari penetrasi. 

Tapi, tidak semua wanita pernah merasai kemuncak akibat G-spot. Hanya 20% wanita yang benar-benar klimaks. 

Yang paling best tentang orgasma G-spot, isteri boleh mengalami klimaks yang berkali-kali

Di mana titik G-spot ini? Cuba bayangkan posisi jari seakan “memanggil come here”. Lakukan posisi jari itu pada vagina isteri. Anda akan mencapai titik G-spotnya.

Titik G-spot berada di dinding vagina paling hadapan di antara serviks dan pembukaan vagina.

Pro tip: Bagaimana nak capai klimaks ini? Tahan lama ketika berasmara! Tips untuk tahan lama ialah dengan sentiasa mengubah posisi

3. Isteri puas dari orgasma “tangan yang bebas”

Tangan yang bebas memegang atau merangsang mana-mana tubuh badan pasangan pasti akan menghasilkan imaginasi yang lebih tinggi.

Dengan teknik “tangan bebas” ini, isteri boleh mencapai apa yang diingininya, beserta dengan imaginasi apa yang ingin dia bayang.

Dari situ, isteri anda boleh puas dan mencapai klimaks. Jom cuba malam ni 😉

4. Orgasma selama 15 minit

Pernah tak anda dengar tentang klimaks selama 15 minit? Wow, lamanya! Bagaimana rasanya itu? Ha… anda kena cuba malam ini!

Bagaimana nak mencapainya? Anda memerlukan rangsangan pada klitoris dan vagina dalam masa yang sama. Ikut langkah-langkah ini.

Pro tip: Posisi missionary akan memudahkan pasangan memberi rangsangan pada klitoris sambil melakukan penetrasi. 

5. Orgasma serviks

Inilah satu-satunya klimaks yang paling “power” dan jarang dialami oleh para wanita. Orgasma ini boleh dicapai dari kepala sampai ke kaki!

Menurut Kim Anami, pakar perhubungan dan seks, untuk mencapai klimaks ini, pasangan suami isteri harus melakukan:

  • Penetrasi yang dalam
  • Pasangan tahu apa yang boleh merangsang dan buat anda turn on

Bagaimana ingin mencapainya? Cuba 4 langkah mudah ini:

  1. Lakukan langkah-langkah ini beberapa hari sebelum anda datang haid
  2. Mulakan dengan posisi missionary, kemudian, ubah ke gaya yang beri lebih dalam tusukan (seperti doggy style)
  3. Suruh pasangan bergerak perlahan-lahan dengan arah memuatar. Zakarnya akan perlahan-lahan memberi rangsangan pada G-spot anda
  4. Tukar posisi ke missionary semula (atau doggy jika belum cuba)

Pro tip: Foreplay dengan lebih lama. Stimulasi ini paling susah nak dicapai kerana ia terlalu sensitif.

6. Mimpi basah

Pernah bangun dari tidur dan rasa “basah” di bawah itu? Ehem, itulah mimpi basah versi wanita. Bagaimana nak mencapainya?

Tidur meniarap. Menurut kajian dari  Shue Yan University di Hong Kong, tidur meniarap akan membuatkan anda kekurangan nafas. 

Maka, anda akan terbuka untuk bermimpi erotik. Hmm, macam mana? Nak cuba?

Tapi apa-apa pun…

Jangan tertekan untuk cuba mencapai klimaks, jika anda tidak pernah mencapainya. 

Ini hanya akan membuatkan seks itu sendiri jadi lebih tertekan dan tidak menyeronokkan. Cuba enjoy momen-momen yang ada. Semuanya di tangan anda.

Selami dan kenali badan anda sendiri. Apa rangsangan yang anda suka. Setiap badan wanita ini berbeza-beza dan sungguh power.

Mungkin sebab itu John Mayer cakap “Your Body is a Wonderland” 😛 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini ditulis oleh Jia Ling asalnya dan mendapat kebenaran theAsianparent Singapore untuk diterjemah

Baca juga:

https://my.theasianparent.comseks-oral-tips-klimaks/

 

Penulis

Ayu Idris