Bagaimana perasaannya menempuh hari bahagia apabila hubungan ‘dihalalkan’ menerusi majlis pernikahan yang dibuat di atas katil hospital? Dalam keadaan si isteri yang sakit terbaring sambil akad nikah dilafazkan oleh si suami.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Isteri sakit terbaring di katil saat dinikahkan
- Muat naik video kenangan bersama
Itu yang dilalui kedua-dua pasangan suami isteri ini, namun lebih memilukan apabila kebahagiaan dikecapi hanyalah sementara. Wanita yang dinikahinya itu kini telah pun meninggal dunia. Perkongsian video di TikTok oleh lelaki ini dari Indonesia di akaun media sosialnya, baskoro_wicaksono meruntun sebak di hati netizen.
Isteri sakit terbaring di katil saat dinikahkan
Berdasarkan video detik pernikahan pasangan tersebut, lelaki itu memuat naik keterangan, “sampai jumpa dikeabadian, akan aku ceritakan perjalananku setelah tanpa kamu di bumi”.
Kelihatan pada video tersebut, lelaki itu selesai melafazkan akad nikah seterusnya, memegang tangan isterinya yang terbaring di atas katil. Dia turut mengucup dahi wanita itu manakala, isterinya turut bersalaman dan mengucup tangan suaminya.
Di penghujung video berdurasi 37 saat tersebut, lelaki itu turut memuat naik gambar pusara wanita yang disayanginya. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan penyakit yang menimpa wanita tersebut.
Muat naik video kenangan bersama
Berdasarkan video-video yang lain, lelaki itu turut memuat naik kenangan bersama isterinya dengan keterangan, “selamat jalan, semoga kita bertemu di tempat ternyaman”.
Netizen turut sebak tatkala membaca luahan hati lelaki itu daripada akaun Twitternya.
“Aku bilang ke dia, sekarang kamu hidup sama manusia paling bahagia di dunia. Jadi kau pasti ikut bahagia.
“Hari ini bahagia mu abadi sudah.
“Terima kasih sudah bersedia menjadi istriku Anggun Prima Persadasari. Menjadi suamimu adalah pengalaman terbaik sepanjang hidupku,” demikian perkongsian lelaki tersebut.
Apa yang dilalui lelaki ini benar-benar menyentuh sebak di hati netizen apabila mereka turut bersama-sama memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Kami mendoakan semoga diberikan lelaki tersebut dikurniakan ketabahan dan kesabaran serta didoakan semoga isterinya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan bertakwa.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kematian Paling Syahdu, Guru Meninggal Sendirian Di Rumah, Terlalu Penat Pantang Caesar
Baca juga: Gembira Bertukar Duka, Kanak-Kanak Tertelan Lollipop Hingga Terlekat Pada Peti Suara
Baca juga: ”Sampai Pagi Ibu Buat Kuih,” Anak Tersentuh Tengok Ibu Gigih Cari Duit Untuk Keluarga