24 Tahun Terpisah, Isteri Hebat Setia Menunggu Suami Selepas Diculik & Dikurung Israel

lead image

Isteri setia menunggu 24 tahun selepas suaminya telah diculik dan dikurung oleh rejim Israel. Begitu hebat cinta dan ujian buat pasangan ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

PETALING JAYA – Penyatuan semula tebusan Palestin, Ashraf Nofal yang telah diculik dan dikurung selama 24 tahun oleh regim Israel dengan isterinya meruntun hati orang ramai.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di media sosial, Ashraf dilihat terus memeluk isterinya yang masih setia menanti kepulangannya itu.

Isteri Setia 24 Tahun Menunggu Suami

Ashraf merupakan tebusan yang dibebaskan pada hari ini dalam kumpulan ketiga perjanjian pertukaran tebusan.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna melahirkan rasa terharu melihat pertemuan semula pasangan tersebut.

“24 tahun? Allahuakhbar bukan waktu yang singkat, isteri yang sangat hebat setia menanti sang suami,” kata Bungas.

“Di Palestin banyak kisah-kisah keajaiban, pengorbanan, kesabaran, ketauhidan, kesedihan, penderitaan dan kegembiraan yang buat kita insaf dan beriman akan kebesaran Allah,” kata Ada.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

@kekasihrasulullah_
  ♬ Khadijah – Veve Zulfikar

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kekuatan Cinta Sejati

“Di sebalik penderitaan yang terlihat ke atas rakyat Palestin, tersembunyi kekuatan cinta sejati yang tidak terbilang. Cinta kepada tanah air, cinta sesama keluarga dan cinta pada pemilik sekalian alam,” kata Waris.

Terdahulu, media melaporkan pihak berkuasa Israel akan membebaskan 110 tahanan termasuk 30 kanak-kanak sebagai sebahagian daripada pertukaran dalam perjanjian gencatan senjata Gaza yang dipersetujui dengan Hamas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan