Isteri tidak puas hingga kena “berlakon” depan suami
Isu isteri tidak puas di ranjang adalah salah satu isu yang sering didiamkan. Ini mungkin disebabkan si isteri tak tahu nak cakap bagaimana tentang rasa kepuasan itu pada suaminya.
Ataupun si isteri tidak mahu mencabar keegoan suami, maka dia lebih sanggup mengunci mulut.
Apabila isteri tidak puas, maka terjadilah lakonan “seakan-akan puas” ataupun lebih dikenali sebagai fake orgasm. Hal ini mencetuskan persoalan adakah fake orgasm satu langkah yang tepat?
Menurut kajian yang dilakukan di Indiana, hampir 53% hingga 67% mengatakan mereka terpaksa berlakon “seakan-akan puas” di ranjang kerana mereka tiada pilihan.
Dalam memahami tentang isu isteri tidak puas di ranjang hingga terpaksa “berlakon puas” ini, kami membongkarkan 5 rahsia mengapa sesetengah isteri bertindak demikian.
Antara sebabnya ialah:
1. Tak mahu buka aib dan memalukan suami
Menurut kajian yang diterbit di Journal of Sex & Marital Therapy, ramai isteri terpaksa “berlakon puas” kerana mereka inginkan sesuatu di ranjang.
Namun, untuk tidak mahu mencalar keegoan suami dan tidak mahu memalukannya, si isteri akan berlakon seolah-olah puas.
Niat isteri hanya satu – dia tak mahu melukakan hati si suami.
2. Diri sendiri penat
Ibu-ibu pasti boleh faham tentang situasi terpaksa “berlakon puas” ketika penat. Kadang-kadang, jika penat, wanita hanya fikir untuk menyelesaikan aksi di ranjang itu.
Dia tak fikir dah tentang rangsangan yang diberi atau sebagainya. Jadi jalan paling mudah: berlakon puas agar aksi cepat habis dan anda boleh tidur!
3. Anggap klimaks perkara paling penting
Memang klimaks atau kepuasan dalam hubungan intim salah satu faktor penting, namun adakalanya, wanita mungkin takkan mencapai klimaks dalam semua pusingan aksi.
Jadi, apabila wanita menganggap klimaks itu perlu ada dalam setiap hubungan, mereka akan mula berlakon untuk mencapai tanggapan mereka itu.
4. Wanita tak pernah capai klimaks
11% isteri yang berlakon puas di ranjang sebenarnya tidak tahu langsung tentang bagaimana rasa mencapai klimaks.
Jadi dengan berlakon seolah-olah puas, mereka boleh mengelak rasa ragu-ragu sama ada mereka puas atau tidak.
5. Sebab sudah terbiasa dengan lakonan
Apabila isteri tersebut sudah berkali-kali berlakon puas, maka dia akan cenderung untuk melakukan perbuatan sama berulang kali.
Akibat terbiasa, dia cuba melarikan diri dan tidak mahu menghadapi realiti yang sebenar.
Penting ke isteri capai klimaks setiap kali berhubungan?
Klimaks mungkin bukan benda paling penting, namun jika isteri terpaksa “berlakon” dan tidak mencapai klimaks, ia akan mendatangkan masalah dalam rumah tangga.
Maka, apa jalan penyelesaian dan cara mengatasinya? Cuba bersikap jujur dengan suami. Katakan padanya yang aksi di ranjang sentiasa boleh diuji.
Jangan berbincang dengannya seolah-olah dia sudah gagal menjadi seorang suami. Sebaliknya, pastikan dia tahu anda menyayanginya lebih daripada itu.
Anda juga boleh buat tips ini untuk mengatasi isu “terpaksa berlakon puas” di ranjang:
- Foreplay biar lama! Sebelum memulakan aksi, biar foreplay lebih lama supaya isteri boleh rasa puas. Benda ini penting jika suami senditi tidak boleh tahan lama.
- Bertenang. Cakap dengan suami jangan tertekan sangat. Apa yang paling penting adalah rasa dicintai.
- Ikut klu. Cuba lihat bagaimana nafas, adakah otot isteri tertekan atau sebagainya untuk memastikan isteri benar-benar puas.
- Jangan banyak tanya. Sebaliknya, ikut saja flow dalam aksi itu
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk perkahwinan anda dan pasangan. Ingat, jangan terlaku tertekan, sebaliknya cuba jalani proses ini bersama-sama.
Mana tahu, mungkin anda akan mencapai klimaks yang sungguh luar biasa hingga anda takkan melupakannya! 😉
Sumber rujukan: Psychology Today, Cosmopolitan, Men’s Health
Kredit gambar: Cleveland Clinic Health Essentials
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: