Isterinya diejek gemuk, Ini Jawapan Bijak Iko Uwais

Dalam salahsatu pos instagram Iko Uwais, seorang netizen memberikan komen ejekan terhadap Audy, isterinya. Lantas bagaimana jawapan Iko?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Iko Uwais dan Audy Item telah berkahwin sejak 25 Jun 2015, dan telah dikurniakan seorang anak. Seperti kebanyakan wanita yang telah melahirkan anak, badan Audy kini tidak langsing seperti dahulu.

Iko tidak pernah teragak-agak mahupun segan untuk berkongsi gambar bersama isterinya di akaun Instagramnya. Namun ada juga yang tidak sensitif dan memberi komen mengejek.

Jawapan bijak Iko membalas kepada komen ini mengundang simpati dari netizen.

“Memang isteri saya gemuk sekarang, tapi ini kerana pengorbanan beliau sebagai seorang ibu yang telah melahirkan seorang anak untuk saya. Saya sangat bersyukur mempunyai isteri sepertinya, walaupun dia ‘gemuk’ tetapi dia sihat dan cergas”, tulis Iko.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain memuji isterinya, Iko juga telah menyindir empunya komen tersebut. “Dan dia mempunyai hati yang istimewa, sayang keluarga dan suaminya. Tidak pernah komen hal yang negatif terhadap orang lain seperti anda.. Terima Kasih,” sambung Iko.

Jawapan Iko membuatkan Audy bangga dan main sayang terhadap suaminya. Untuk menunjukan rasa kagumnya, Audy  telah memuat naik tangkapan skrin komen Iko di Instagram miliknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Terima kasih sayang @iko.uwais ini sangat bermakna. saya cintakan awak. Ini bukan mengenai badan saya..gemuk atau kurus…saya pos ini kerana sangat bangga dengan suami saya dan bertapa dia cinta dan sayang saya serta boleh menerima saya seadanya,” tulis Audy.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Putri Fitria