Kejam! Wanita Hamil Dipukul Hingga Keguguran, Dipaksa Bersihkan Sendiri Darah Di Lantai

Setiap negara yang memiliki kepelbagaian agama pastinya berhadapan dengan isu perkauman. Difahamkan akibat Covid-19, masyarakat muslim India telah ditindas

Pada bulan Februari yang lalu, New Delhi berhadapan konflik yang ditimbulkan akibat isu perkauman akibat bantahan terhadap undang-undang kerakyatan penuh kontroversi.

Ia kemudian merebak menjadi pertelingkahan agama dan menjadikan masyarakat muslim sebagai sasaran. Ketegangan ini cukup mengerikan dan seramai 27 individu telah disahkan maut.

Isu perkauman ketika Covid-19

credit to sources

Penularan wabak Covid-19 turut menyerang negara India. Walau bagaimanapun, ia tidak menghapuskan isu perkauman yang berlaku kerana majoriti penduduk negara ini bersikap rasis.

Dilaporkan, seorang wanita muslim yang sarat mengandung telah mengalami keguguran setelah dia dilarang menerima rawatan di Hospital MGM, Jamshedpur.

Menurut laporan oleh Telegraph, mangsa dikenali sebagai Rizwana Khatun, 30 telah dikejarkan ke hospital setelah mengalami pendarahan. Namun, kejadian cukup menyedihkan apabila dia bukannya menerima rawatan, malahan kakitangan hospital berkenaan bersikap kasar dan menuduhnya menyebarkan Coronavirus.

Wanita hamil dipukul sehingga keguguran

Tidak cukup dengan itu, wanita hamil berkenaan juga telah dipukul menggunakan selipar dan memaksa untuk membersihkan darahnya sendiri.

Kejadian serupa juga berlaku kepada seorang wanita bernama Rajasthan apabila di kehilangan bayi dalam kandungan akibat hospital kerajaan enggan menerima pesakit beragama Islam.

Mereka telah menulis surat kepada Jharkhand CM Hemant Soren dan mengatakan bahawa dirinya telah dituduh menyebarkan Covid-19 oleh kakitangan hospital dan terpaksa membersihkan sendiri darah yang keluar.

''Saya menerima layanan buruk kerana saya beragama Islam. Mereka telah memukul dengan selipar ketika ke sana untuk mendapatkan rawatan. Bayi dalam kandungan telah mati dan mereka memaksa membersihkan darah di lantai sendiri,'' 

''Pihak hospital juga menolak memberikan bantuan perubatan dengan segera. Saya mendesak pihak CM mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka,'' luahnya.

Membakar mayat pesakit Covid-19 beragama Islam

Tindakan kerajaan Sri Lanka yang keterlaluan telah membangkitkan kemarahan masyarakat minoriti beragama Islam.

Secara umumnya, membakar mayat adalah tradisi yang diterapkan oleh penganut Buddha Sinhala. Namun, pada 11 April lalu pihak kerajaan telah mengeluarkan kaedah wajib bagi kesemua Covid-19 adalah melalui tradisi pembakaran mayat.

Sri Lanka adalah satu-satunya negara di dunia yang melaksanakan keseragaman berkenaan.

Setakat ini, sebanyak tiga jenazah Muslim telah dibakar. Hal ini telah mendatangkan rasa tidak puas hati keluarga mangsa.

Bishrul yang merupakan anak kepada salah seorang pesakit lelaki iaitu Fayaz Yoonus berusia 73 tahun berkongsi kematian bapanya dan kaedah pembakaran mayat yang dilakukan oleh kerajaan India.

Dia berkata bapanya yang menghidap penyakit buah pinggang telah disahkan positif Covid-19 beberapa minggu lalu. Namun, pada 1 April dia meninggal dunia dan dikebumikan pada hari berikutnya.

''Kami tidak dapat melakukan solat jenazah kerana bimbang akan risiko jangkitan. Jenazah telah dibawa oleh pihak polis dan dibakar. Dalam hal ini, kerajaan tidak boleh sewenang-wenangnya membuat keputusan dan perlulah bertimbang rasa untuk melakukan pengebumian cara Islam bagi pesakit Muslim,'' katanya kepada Al Jazeera.

Memerlukan nilai kerjasama

Dalam situasi penularan Covid-19, Kementerian Kesihatan Sri Lanka telah mengeluarkan garis panduan prosedur standard pelupusan mayat pesakit perlu dibakar. Ia secara jelasnya amat bertentangan dengan garis panduan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Berikutan itu, pihak Amnesty International telah menyeru pihak berkuasa untuk menghentikan segera pembakaran mayat orang Muslim. Para pemimpin dan aktivis muslim menyatakan bahawa WHO membenarkan mayat pesakit Covid-19 ditanam.

Peguam terkemuka, Ali Sabry telah memuat naik status pada Facebook meluahkan rasa kecewa beliau dengan keputusan pihak berkuasa yang membakar jenazah orang Islam. Mereka telah mengabaikan garis panduan WHO dan mengatakan bahawa tubuh boleh dimakamkan atau dikebumikan.

Amnesty International turut menyeru pihak kerajaan untuk menghormati hak minoriti dalam melaksanakan upacara terakhir mengikut tradisi mereka sendiri.

''Pada waktu sukar ini, pihak berkuasa perlu membawa komuniti bersama dan mengelakkan isu perkauman yang boleh membawa kepada perpecahan masyarakat. Menghapuskan penularan Covid-19 memerlukan kerjasama menyeluruh dari setiap individu dalam negara ini,'' ujarnya.

Sumber: Siasat, Ismaweb

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga: