Suami Juga Perlu Minta Izin Isteri Jika Mahu Keluar Rumah, Sebagai Tanda Hormat Padanya

Izin keluar rumah tidak hanya perlu dibuat oleh isteri, tetapi suami juga perlu memaklumkan dan minta izin isteri kerana dia bukanlah tunggul

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selalu dengar isteri kena minta izin daripada suami sebelum nak buat apa-apa. Keluar rumah pun harus minta izin suami. Sebaliknya, jika suami minta izin daripada isteri, pastinya akan dilabel takut bini.

Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?

  • Isteri bukan tunggul, suami kena minta izin keluar
  • Minta izin keluar sebagai tanda hormat isteri
  • Rendahkan ego sebagai suami

Tidak hanya itu, kalau suami minta izin keluar daripada isteri dikatakan ego atau maruah si suami tercalar. Jadi, suami kalau nak buat apa sahaja tidak perlu nak minta izin daripada si isteri.

Tetapi sebenarnya, dalam perkahwinan, tidak ada salahnya suami untuk minta izin keluar daripada isteri. Ini sebagai tanda suami hargai dan hormat isteri sebagai teman hidup.

Isteri bukan tunggul, suami kena minta izin keluar

Isteri dinikahi bukan untuk dijadikan tunggul, patung atau orang gaji di rumah.

Bila sudah buat keputusan untuk berkahwin, anda dan pasangan sudah bersetuju untuk hidup semati bersama, tempuh cabaran dan dugaan bersama serta ingin lakukan semua benda bersama.

Jadi, semua keputusan perlu dibincang bersama. Suami tidak boleh membelakangkan isteri. Tempat isteri bukanlah di belakang suami, sebaliknya di sisi suami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkahwinan perlu persefahaman dan tanggungjawab bersama. Peranan suami dan isteri adalah sama penting dan bukan seperti majikan dan kuli.

Bukan seorang di depan dan seorang di belakang atau seseorang memerintah dan lagi seorang diperintah.

Minta izin keluar sebagai tanda hormat isteri

Suami jangan anggap minta izin daripada isteri ini sebagai satu kelemahan. Sebaliknya, ia sebagai satu tanda hormat pada mereka.

Tidak salah kalau suami meminta izin keluar daripada isteri kerana dengan meminta izin daripada mereka, isteri akan sedia maklum dengan jadual suami.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan itu, tidak adalah isteri tertunggu-tunggu kepulangan suami dengan makan malam yang akhirnya menjadi basi kerana tidak dijamah.

Rendahkan ego sebagai suami

Sebagaimana suami nak dihargai dan dihormati, begitu juga dengan si isteri. Rendahkan ego sebagai suami.  Jangan hanya beritahu sahaja ke mana anda ingin pergi. Cuba minta izin isteri sebelum ingin pergi ke mana sahaja.

Apabila suami berbuat demikian, pasti isteri akan rasa dihargai dan dihormati. Minta izin isteri bukan sebab suami perlukan keizinan tetapi ia sebagai tanda suami hargai dan hormati isteri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika suami pentingkan, utamakan dan hormati isteri maka isteri akan buat perkara yang sama. Nescaya, rumah tangga akan bahagia.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ingin Ruma Tangga Bahagia, Suami Isteri Perlu Sentiasa Lakukan Perkara Ini.

Baca juga: 10 Perkara Suami Isteri WAJIB Buat Setiap Pagi Agar Perkahwinan Lebih Intim & Berkekalan

Baca juga: Suami Isteri Yang Tidur Berpelukan, Hidup Lebih Lama Berbanding Pasangan Lain

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nur Sofea