Jadual Belajar Di Rumah Agar Anak Dapat Bezakan Antara Waktu Belajar & Waktu Bermain

Jadual belajar di rumah penting kerana ia bukan hanya melibatkan soal pelajaran tetapi pembentukan sahsiah murid secara menyeluruh.

Bagaimana anda menyusun jadual harian anak? Adakah penting menetapkan jadual belajar di rumah untuk anak-anak? Atau ia hanya akan membuatkan mereka terlalu penat hingga boleh menjejaskan kesihatan. 

Cara Untuk Membuat Jadual Belajar Di Rumah

1. Tetapkan Objektif Pembelajaran

Sebelum memulakan jadual belajar, tentukan apa yang ingin anda capai. Mungkin anda mahu anak ingin menyiapkan tugasan tertentu,  atau meningkatkan pemahaman dalam subjek tertentu. Tetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang untuk anak anda. 

2. Tentukan Masa Belajar

Tentukan berapa lama masa akan belajar setiap hari. Sesuaikan dengan keperluan dan jadual anak. Pastikan untuk memasukkan waktu istirahat yang cukup agar tidak terlalu letih.

3. Kenal Pasti Mata Pelajaran Dan Topik

Buat senarai mata pelajaran dan topik yang perlu dipelajari. Pastikan untuk memberi keutamaan kepada mata pelajaran yang memerlukan lebih banyak perhatian atau yang dianggap lebih sukar atau anak lemah.

4. Susun Jadual Harian

Berdasarkan waktu belajar yang telah ditetapkan dan topik yang perlu dipelajari, susun jadual harian.

5. Fleksibel

Pastikan jadual anda fleksibel untuk mengadaptasi sebarang perubahan atau penyesuaian yang mungkin diperlukan.

6.Konsisten

Kunci keberhasilan jadual belajar adalah konsistensi. Amalkan untuk mengikuti jadual sebaik mungkin. 

7.Tetapkan Zon Belajar Yang Sesuai

Cari tempat yang tenang dan sesuai untuk belajar, di mana anank boleh fokus tanpa banyak gangguan. 

9. Pantau Dan Nilai Prestasi

Selepas setiap sesi belajar, ambil masa untuk menilai prestasi anak dan membuat penyesuaian jika perlu.

10. Beri Ganjaran Kepada Anak

Jangan lupa untuk memberi ganjaran kepada anak setelah mencapai matlamat dalam jadual belajar dicapai. Ini boleh membantu meningkatkan motivasi dan memberi dorongan positif untuk terus berusaha.

Mengapa Anak Perlukan Jadual?

Anak memerlukan jadual kerana ia memberi manfaat seperti berikut:

1.Struktur Dan Organisasi

Jadual memberi anak struktur harian yang membantu mereka mengatur aktiviti dengan lebih teratur. Ini termasuk waktu untuk belajar, tidur, bermain, dan aktiviti lain. Dengan jadual yang jelas, anak dapat merancang dan menjalankan rutin harian dengan lebih efisien.

2.Memupuk Disiplin

Mengikut jadual membantu anak memupuk disiplin diri. Mereka belajar menghormati waktu dan menyelesaikan tugas atau aktiviti pada waktu yang ditetapkan. Kemahiran ini penting untuk membantu mereka sepanjang hayat, di sekolah, tempat kerja, atau dalam kehidupan sehari-hari.

3.Pengurusan Waktu Yang Baik

Jadual membantu anak mempelajari kemahiran pengurusan waktu yang penting. Mereka belajar menilai berapa lama untuk menyelesaikan tugas, menyusun prioriti, dan mengatur waktu untuk berbagai aktiviti dengan seimbang.

4.Mengurangkan Stres Dan Kecemasan

Dengan mengetahui apa yang perlu dilakukan anak merasa lebih bersedia secara mental dan emosi. Mereka dapat menghindari rasa stres karena tugas yang belum selesai, kerana mereka telah merancang waktu mereka dengan baik.

5.Mengajar Berdikari

Mengatur jadual mereka sendiri membantu anak mengembangkan potensi berdikari. Mereka belajar membuat keputusan tentang penggunaan waktu mereka dan bertanggungjawab atas tindakan mereka sendiri.

6.Membantu Capai Matlamat

Dengan jadual, anak dapat menetapkan dan mencapai matlamat jangka pendek dan jangka panjang mereka dengan lebih berkesan. Mereka dapat menetapkan matlamat harian atau mingguan untuk diri mereka sendiri dan melihat kemajuan dari masa ke masa.

7.Menjaga Keseimbangan Hidup

Jadual membantu anak menemukan keseimbangan antara belajar, bermain, tidur, bersosialisasi, dan melakukan aktiviti lainnya. Ini penting untuk perkembangan holistik dan kesejahteraan emosi mereka.

Contoh Jadual Belajar Di Rumah

Isnin – Jumaat

Jadual Anak Waktu Pagi (08:00 – 11:00)

  • 08:00 – 09:00: Matematik (latihan soalan)
  • 09:00 – 10:00: Bahasa Inggeris (membaca dan membuat latihan menulis)
  • 10:00 – 11:00: Sains (mengulang kaji nota dan latihan menjawab soalan)

Jadual Anak Tengah Hari (12:00 – 14:00)

  • 12:00 – 13:00: Makan tengah hari dan rehat
  • 13:00 – 14:00: Sejarah (mengulang kaji dan membuat catatan)

Petang (14:30 – 17:00)

  • 14:30 – 15:30: Bahasa Melayu (menyelesaikan tugas menulis dan membaca)
  • 15:30 – 16:30: Pendidikan Moral (mengulang kaji dan menyelesaikan latihan)
  • 16:30 – 17:00: Latihan fizikal atau sukan ringan

Jadual Anak Waktu Malam (20:00 – 21:30)

  • 20:00 – 21:30: Tugasan rumah atau persediaan untuk peperiksaan

Jadual Anak Hujung Minggu (Sabtu dan Ahad)

Jadual Anak Waktu Pagi (09:00 – 12:00)

  • 09:00 – 10:30: Ulangkaji pelajaran yang perlu diperbaiki
  • 10:30 – 12:00: Menyelesaikan tugasan tertunda atau projek

Tengah Hari (13:00 – 15:00)

  • 13:00 – 15:00: Rekreasi atau aktiviti kegemaran

Petang (15:30 – 17:30)

  • 15:30 – 17:30: Bimbingan tambahan atau kelasdalam talian (jika ada)

Malam (20:00 – 21:00)

  • 20:00 – 21:00: Mengeksplorasi topik baru atau membaca buku yang bermanfaat

Kesan Negatif Jika Jadual Harian Anak Terlampau Padat 

Terdapat beberapa kesan negatif jika jadual harian anak terlampau padat. Berikut antara tiga hasil negatif itu: 

  1. Lelah dan bosan: Pakar Pediatrik, Dr Deb Lonzer mengatakan jadual harian anak yang terlalu padat biasanya akan membuatkan kanak-kanak itu tidak dapat tahap pemakanan yang baik, cepat letih dan tiada kawan. 
  2. Kurang masa bersama keluarga: Sekolah dan kerja rumah memang penting. Selain itu, mungkin extra kurikulum di sekolah. Tapi bagaimana pula dengan masa rehat bersama keluarga? Menurut Dr Deb, kanak-kanak yang ada jadual harian terlalu padat tiada masa bersama ahli keluarga. 
  3. Ibu bapa juga turut rasa penat: Jadual kanak-kanak ini kadang-kadang sukar diuruskan. Jadi, pengorbanan keluarga harus seiring jika ingin melihat anak-anak berjaya di masa hadapan mereka. 

Sumber: Penulis asal Elaineboey. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Pentingnya Pengurusan Masa Bagi ‘Supermom’ Yang Sibuk, Barulah Anda Tidak Stres!

Baca juga:  Jadual Simpan Duit Dalam Tabung Anak, Ibu Boleh Cuba Praktikkan 3 Cara Berguna Ini!

Baca juga:  Tetapkan Jadual Tidur Bayi 90 Minit Pada Waktu Siang Agar Si Manja Tidur Lena Ketika Malam

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!