Dalam kelahiran normal, jika bayi terlalu besar untuk keluar, kebiasaannya ibu akan diberi proses membuka ruang iaitu episiotomi.
Setelah episiotomi berlaku dan bayi berjaya dikeluarkan, doktor akan menjahit bahagian yang digunting untuk menyatukannya kembali. Namun, kebelakangan ini, ramai ibu yang protes di media sosial kerana tindakan doktor yang memberikan jahitan bersalin normal tambahan tanpa pengetahuan si ibu!
Jahitan bersalin normal tambahan buat ibu sakit ketika hubungan seksual
Jahitan bersalin normal tambahan ini dinamakan husband stitch atau jahitan suami. Tujuan doktor memberi jahitan ini adalah untuk mengetatkan vagina supaya suami merasa lebih nikmat ketika hubungan seksual.
Sayangnya, jahitan bersalin normal tambahan ini membuat para ibu kesakitan ketika bersetubuh!
Amalan doktor yang memberi jahitan lebih ketat dari yang diperlukan ini membuatkan para ibu merasa sakit untuk seks selepas bersalin sehingga ramai di antara mereka trauma untuk bersalin lagi.
Bahkan ada yang tidak boleh lagi menikmati hubungan seksual!
Apatah lagi prosedur ini dilakukan tanpa pengetahuan si ibu. Amalan ini dianggap sangat seksa, kerana membuatkan wanita berasa kesakitan hanya demi kesenangan lelaki.
Namun masih saja ada doktor yang melakukannya.
Apa kata pakar tentang jahitan bersalin normal tambahan ini?
Jesanna Cooper, MD seorang OB/GYN mengatakan, jahitan bersalin normal tambahan setelah episiotomi tidak akan membuat vagina lebih ketat ketika berhubungan seksual.
Jahitan tidak akan mampu mempengaruhi otot vagina yang berfungsi mencengkam saat penetrasi dilakukan.
Justeru yang berperanan penting adalah kekuatan otot pinggul, dan bukannya ukuran diameter vagina perempuan. Jahitan boleh menyebabkan kawasan perineum dan vulva menjadi ketat.
Vagina digunting untuk mengeluarkan bayi. Jahitan yang dilakukan bertujuan untuk menyatukan kembali bahagian yang digunting supaya proses penyembuhan boleh berjalan lebih cepat.
Ia sama sekali bukan untuk merapatkan vagina hanya demi kesenangan suami!
Dr Sheila F Newman, seorang pakar ginekologi pula mengatakan jahitan bersalin normal tambahan dengan tujuan mengetatkan atau merapatkan vagina adalah kebodohan dalam dunia medikal.
Jika jahitan terlalu banyak atau terlalu ketat, akibatnya ibu akan merasa sakit saat berhubungan seks setelah bersalin.
Jahitan bersalin normal tambahan adalah satu pencerobohan pada wanita
Husband stitch mendapat protes besar-besaran kerana sering dilakukan tanpa izin, atau perbincangan terlebih dulu dengan ibu yang bersalin atau pasangannya.
Ramai suami yang takut untuk menyentuh isterinya akibat daripada jahitan tambahan ini kerana takut menyakiti si isteri.
Prosedur apapun yang dilakukan pada tubuh ibu sebelum, selama dan setelah proses bersalin harus dimaklumkan terlebih dahulu dengan ibu yang akan menjalaninya.
Apabila si ibu di dalam keadaan tidak sedar, pihak medikal boleh meminta izin suami.
Sebelum melahirkan, pastikan doktor yang mendampingi anda tahu bahawa dia harus mendapat persetujuan ibu atau suami sebelum melakukan sesuatu seperti ini.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Indonesia, theAsianparent Filipina, Okezone
Kredit gambar: HealthyWomen
Baca juga: