Suami Pimpinlah Tangan Isteri, Anda Yang Menentukan Dia Masuk Syurga @ Neraka

Bukan mudah menggapai kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga. Hanya pasangan suami isteri yang baik sahaja dapat meneruskan jalan sehingga ke syurga.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam sesebuah pernikahan, fitrah setiap manusia pastinya menginginkan rasa untuk dicintai dan saling berkasih sayang. Pasangan yang baik mampu membimbing jalan ke syurga bersama-sama.

Sejak dari bujang, tentu sekali anda berangan alangkah gembiranya hidup jika segera berkahwin dengan lelaki yang amat dicintai. Namun ia sebenarnya bukanlah sesuatu seperti diimpikan sekiranya tersilap memilih suami.

Jalan ke syurga atau neraka isteri ditentukan oleh suami

Untuk membina sebuah keluarga bahagia, kunci utamanya bergantung kepada kemampuan suami untuk menjadi ketua keluarga yang baik dan bertanggungjawab.

Meskipun memiliki rumah serta kenderaan yang besar, adakah pasangan anda mengerjakan solat lima waktu dengan cukup? Sekiranya perkara wajib sudah ditinggalkan, sila semak semula dimanakah keberadaan anda dan anak-anak sekarang ini.

Tuntutan harian sehingga mencipta perasaan mencintai dunia semata-mata sebenarnya meletakkan isteri dan anak-anak cenderung untuk melupakan sang pencipta. 

Dalam hal ini, seorang suami dikatakan menjadi asbab kepada isteri untuk masuk syurga ataupun neraka. Jika anda mendidik isteri untuk menjaga aurat, mendirikan solat 5 waktu dan menegur akan kesilapannya, nescaya dia sudah selangkah mendekati syurga.

Namun, jika wanita yang dikahwini oleh anda ini derhaka kepada suami, maka nerakalah akan menantinya kelak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meletakkan pasangan dalam situasi dia terpaksa 'derhaka'

Sekiranya suami tidak sanggup menjadi penyebab isteri masuk neraka, fikir semula kenapa anda meletakkannya dalam keadaan dan situasi yang cenderung untuk dia menderhakai pasangannya sendiri?

Sebenarnya, agak susah untuk menyuruh isteri terus taat kepada suami yang sendiri tidak 'berkemampuan' menunaikan kewajipan dan tanggungjawab dengan baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin bagi suami yang memiliki pasangan tidak bekerja, anda anggap dirinya hanya goyang kaki dan tolong tengok-tengokkan anak sahaja. Namun hakikatnya mereka mengerahkan segala kudrat setiap masa untuk menguruskan kediaman dan anak yang masih kecil.

Hal ini boleh menjadi lebih teruk jika suami pulang kerja lewat malam, tidak mandi dan terus melelapkan mata tanpa meluangkan sedikit masa untuk berbicara dengan seluruh keluarga.

Susah bagi seorang wanita untuk terus berlapang dada dan bersikap terbuka dengan suami yang meletakkan beban di bahunya sahaja.

Susah juga isteri untuk terus bersabar dengan sikap suami yang suka berfoya-foya dan enjoy di luar, tidak langsung membantu di rumah, tidak solat dan sering melakukan maksiat.

Lambat laun jika terpaksa berdepan keadaan ini setiap hari, ia akan membawa kepada penderhakaan seorang isteri ke atas sesuatu yang tidak patut diterimanya dari lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suami suka buat perkara yang dilarang agama

credit to sources

Bagi lelaki yang tidak puas menikmati zaman remajanya dengan baik, dia mungkin akan cenderung untuk bawa sikap tidak baik meskipun sudah memiliki isteri dan anak-anak.

Apabila mula hilang kesabaran di dada dan tidak tahan dengan pelbagai perkara tidak baik dilakukan oleh suami, maka keluarlah ''penderhakaan'' seorang isteri.

Ia adalah definisi yang sering suami katakan walhal ia adalah lebih kepada satu bentuk pemberontakan kerana diperlakukan seolah-olah manusia tidak memiliki perasaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal yang perlu anda ingat adalah walaupun ramai wanita dimasukkan dalam neraka, ia tidak menandakan sikap dan perbuatan suami telah melayakkan anda melangkah jalan ke dalam syurga dengan cara amat mudah.

Sebagai kesimpulannya, suami tidak boleh meletakkan isteri dalam situasi dan keadaan di mana dia boleh hilang kawalan, bertindak secara emosi serta mengeluarkan pelbagai perkataan kesat.

Sebaiknya tunaikanlah hak isteri tanpa dia perlu memintanya seperti seorang pengemis. Jangan biarkan dia menjadi derhaka jika anda tidak mahu wanita yang dicintai ini diheret masuk ke dalam neraka.

''Pada suami yang tidak solat atau melakukan maksiat, segeralah bertaubat kerana anda sepatutnya membawa anak isteri ke syurga.''

''Suami yang tiada niat membawa anak isteri ke syurga maka sia-sia sahaja hidup berumah tangga. Cuba perbaiki diri dan berhentilah berkawan dengan manusia tidak baik. Hargai setiap manusia yang menyayangi anda sepenuh hati mereka,'' kata Prof. Muhaya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Baituljannah,Pengantin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: