Selamat Ke Kalau Ibu Menyusu Makan Jamu? Ikuti Penjelasannya Di Sini

Hakikatnya, belum terbukti makan jamu semasa menyusu mempunyai kebaikan. Baca untuk keterangan lanjut.

Menyusukan anak merupakan waktu penting bagi ibu dan anak. Malah ia mempunyai banyak manfaat sehingga sayang sekali jika ibu terlepas saat ini. Namun, pengambilan jamu selepas bersalin membuatkan ibu pasti tertanya, bolehkah saya teruskan pengambilan jamu untuk ibu menyusu?

Ibu yang sedang menyusu haruslah berwaspada dalam pemilihan makanan dan minuman kerana khuatir boleh mempengaruhi susu ibu dan kesihatan bayi.

Sebaiknya ibu menyusu makan makanan yang sihat dan kaya dengan nutrien bagi perkembangan bayi yang baik.

Jamu Untuk Ibu Menyusu: Jamu dan Penyusuan Ibu

Oleh itu, bagaimana pula dengan persoalan jamu untuk ibu menyusu? Menurut Dr. Devika Yuldharia dari Alodokter, belum banyak kajian yang menyebutkan mengenai keselamatan dan manfaat jamu untuk ibu yang menyusukan anak.

Selamatkan Pengambilan Jamu Untuk Ibu Menyusu?

Devika menyarankan ada baiknya ibu yang menyusukan anak berhati-hati dalam pengambilan jamu ataupun sebarang ubat herba yang lain.

Ini kerana setiap pengambilan makanan dan minuman oleh ibu boleh memberi kesan kepada susu yang diminum oleh bayi. 

“Sebahagian masyarakat berpendapat minum jamu tertentu dapat memperbanyakkan susu ibu. Namun, sebenarnya ada cara yang lebih selamat untuk ibu menyusu dalam memperbanyakkan produksi susu,” katanya.

Di sisi lain, dr. Fita Fitria Ayu mengatakan ibu yang menyusu badan sebaiknya menghindari pengambilan sebarang ubat-ubatan dan produk bersifat herba. Ia bukan sahaja boleh menurunkan pretsasi pengeluaran susu ibu, malah kandungan ubat juga boleh masuk ke dalam susu ibu.

Terdapat pelbagai jenis jamu yang ditemui di pasaran, dan yang paling terkenal adalah jamu yang berasaskan kunyit.

“Sebuah kajian menyatakan makan kunyit yang asal tanpa diproses adalah selamat sekiranya diambil dalam dos atau jumlah yang normal dan tidak terlalu banyak.  Makan kunyit melebihi 1500 gram selama 2 kali sehari boleh menimbulkan gangguan detak jantung, tapi kesan ini belum sepenuhnya dapat dijelaskan dalam perubatan,” jelas Fita.

Bagi ibu yang menyusukan anak, belum dapat dibuktikan secara pasti kesan sampingan yang akan terjadi sekiranya ibu mengamalkan pengambilan jamu kunyit ini.

Namun, apabila diminum tidak berlebihan dan tanpa campuran bahan atau ubat kimia lainnya, jamu kunyit masih selamat diminum.

Jamu Untuk Ibu Menyusu Belum Diketahui Manfaatnya

Ibu yang menyusu badan memang harus berhati-hati dalam sebarang pengambilan ubat-ubatan, malah sepanjang tempoh menyusu anda disarankan untuk rujuk doktor bagi sebarang pengambilan ubat.

Ini mungkin salah satu sebab ibu memilih untuk mengambil jamu sahaja yang dianggap lebih semula jadi dan selamat.

Menurut laman ITM Online,para ibu yang memilih untuk minum jamu daripada ubat merasakan jamu lebih aman dan memiliki risiko yang kemungkinannya lebih kecil malah mempunyai manfaat yang banyak.

Padahal hal tersebut belum diketahui kebenarannya secara pasti, dan masih memerlukan pengesahan dari pakar!

Sayangnya, kajian yang melibatkan hal sedemikian masih sukar untuk dilakukan. Maka dari itu, adalah lebih baik ibu yang menyusu lebih berhati-hati dalam pengambilan jamu. Ini kerana kebaikan jamu yang dicanang selama ini hanyalah pendapat dan belum diketahui secara pasti.k

Jika anda masih keliru dan memerlukan maklumat berkaitan jamu, rujuk doktor sebelum mengamalkan jamu semasa menyusukan anak ya ibu. Semoga bermanfaat.

Apa khasiat jamu?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Finna Prima Handayani dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Penulis

Beto Rahman