Pujian terlalu tinggi boleh dorong anak untuk menipu, ini cara memuji yang betul!

Pujian yang salah dari ibu bapa boleh memberi kesan yang akan menyusahkan diri sendiri nanti...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila memuji anak, ibu bapa patut menggunakan cara yang betul dan jangan memuji anak pintar dengan terlalu kerap. Tapi kita tidak pernah mengambil kira perkara ini kerana terlalu bangga dan sibuk dengan pencapaian mereka

Namun, kajian baru-baru ini mendedahkan pujian seperti itu mungkin boleh mendorong anak untuk menipu.

Jangan memuji anak pintar: Pujian yang terlalu tinggi boleh mendorong anak untuk menipu!

Menurut 2 kajian yang diterbitkan oleh Professor Kang Lee dan sekumpulan penyelidik antarabangsa, pujian yang salah boleh menyebabkan kesan yang teruk. 

Dalam kajian pertama yang diterbitkan dalam jurnal Psikologi Sains, mereka mendapati apabila ibu bapa memuji anak mereka bijak, ini boleh menjejaskan motivasi dan usaha anak untuk mencapai prestasi yang tinggi.

Kajian itu turut mendedahkan kanak-kanak prasekolah di China yang menerima pujian “wah anda sangat pintar!” lebih cenderung untuk menipu dalam ujian dan permainan. Tapi kemungkinan untuk menipu berkurang apabila kanak-kanak menerima pujian kerana usaha dan kerja baik yang mereka lakukan. 

Jangan memuji anak pintar: Mengapa ini boleh terjadi?

Selama 20 tahun, Profesor Lee telah mengkaji sebab-sebab mengapa kanak-kanak suka menipu. Professor Lee menjelaskan sebaik sahaja anak mendapat pujian, mereka boleh mula berkelakuan tidak jujur.

Oleh itu jangan memuji anak pintar walaupun memberi pujian banyak juga manfaatnya. Apabila ibu bapa memberi pujian dengan cara yang betul ini boleh mengurangkan kesan negatif terhadap anak.

Menurut beliau, sebab-sebab anak menipu boleh disebabkan oleh:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Apabila ibu bapa memuji anak sangat pandai, ini boleh menyebabkan mereka rasa tertekan untuk menjadi no. 1 setiap masa.
  • Akibatnya, anak takut untuk gagal atau menjadi punca kekecewaan ibu bapa ataupun guru mereka. 
  • Perasaan takut ini akan mendorong mereka untuk menipu, supaya mereka dapat memenuhi harapan ibu bapa yang tinggi. 

“Kami terkejut apabila dapat tahu kanak-kanak berusia 3 tahun pun sudah pandai menipu!” kongsi Professor Lee.

Jangan memuji anak pintar: Petua untuk ibu bapa

Hakikatnya, ibu bapa akan sering memuji anak sendiri pandai. Tetapi untuk mengurangkan kesan negatif pujian ini, Professor Lee berkongsi petua ini untuk semua ibu bapa.

  • Elak dari melabelkan anak  sebagai “pintar” apabila memberi pujian
  • Ia adalah lebih baik untuk memuji usaha anak ataupun apabila mereka melakukan sesuatu dengan baik. Jangan memuji anak pintar.
  • Guna kata-kata puji seperti, “Anda telah melakukan kerja yang baik,” ataupun “Saya sangat banga dengan usahamu,” dan bukannya, “Pintar anak mak!”

Selain itu, Profesor Lee juga menegaskan kepentingan menghargai usaha anak untuk memperbaiki diri. Jangan putus harapan jika mendapati anak telah menipu. Ibu bapa masih boleh menangani masalah ketidakjujuran anak sebelum ia menjadi tabiat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: CTV NewsAssociation for Psychological Science, theAsianparent Singapura

Baca juga:

Tips ibu bapa boleh kendali anak yang suka menipu berdasarkan umur

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio