Elak Dari Muat Naik 6 Perkara Ini Di Mana-Mana Media Sosial Anda

Jjika anda memuat naik gambar atau maklumat yang ke media sosial, padah jawabnya! Mari ingatkan diri untuk jangan muat naik 6 perkara ini di media sosial.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jangan muat naik 6 benda ini di media sosial!

Media sosial merupakan satu landasan yang sungguh luas dan amat berkuasa.

Ia membenarkan kita berkongsi buah fikiran dengan semua orang di seluruh dunia. Tapi, kuasa dari media sosial ini juga sering disalah guna oleh penjenayah untuk aktiviti jenayah mereka.

Dengan bantuan media sosial, semua jenayah terancang boleh dilakukan.

Jadi untuk lebih berhati-hati, jangan sesekali muatnaik 6 perkara ini di mana-mana media sosial anda. Sentiasa lebih peka, ya!

1. Alamat rumah dan tempat kerja

Ada perkara yang tidak perlu dikongsi di media sosial. Kredit foto: Wikimedia commons

Anda hanya akan memudahkan pemangsa untuk menemui anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan adanya maklumat ini di media sosial, mereka tanpa teragak-agak boleh pergi kepada anda atau mengintip anda dalam diam sebelum melakukan sesuatu.

Jadi, adalah terbaik untuk menyorokkan maklumat ini dari mana-mana media sosial.

2. Gambar anak-anak

Pastikan anda lebih berhati-hati dalam memuat naik gambar anak. Jangan muatnaik gambar anak terlalu kerap di media sosial Kredit foto: Wikimedia commons

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gambar anak-anak tidak sepatutnya terlalu banyak dan dibiarkan terdedah dalam media sosial.

Bukanlah langsung tidak boleh memuat naik gambar anak anda di media sosial.

Tetapi, hati-hati dalam memilih gambar yang anda ingin muat naik di media sosial itu. Elakkan gambar yang ada lokasi mereka seperti sekolah di mana kerana pemangsa boleh menjejak anak anda.

3. Maklumat percutian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: touristmeetstraveler.com

Percutian memang sangat seronok untuk dikongsi bersama dengan teman-teman di media sosial.

Tetapi hati-hati semasa berkongsi maklumat percutian anda di atas talian ini. Perompak boleh menggunakan maklumat tersebut untuk mengambil kesempatan dan merompak rumah anda!

4. Jawapan soalan sekuriti

Mustahil anda tidak tahu yang ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda tidak patut mengongsikan apa-apa yang berkaitan maklumatan sekuriti seperti kata laluan, jawapan soalan sekuriti atau sebagainya. Semua soalan dan jawapan ini haruskan disimpan secara privasi.

5. Gambar peribadi

Gambar peribadi bukanlah di media sosial tempatnya. Kredit foto : pexels

Sudah tentulah gambar-gambar privasi tidak wajar dimuat naik di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.

Tetapi, menghantar gambar-gambar seumpamanya di dalam aplikasi mesej juga adalah tidak wajar. Gambar-gambar ini harus disimpan bersebab, jangan kongsikan di atas talian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Maklumat kad kredit atau kewangan yang lain

Media sosial ialah medan bagi penjenayah atas talian. Kredit foto : the blue media gallery

Jika anda memuat naik gambar kad kredit contohnya, maklumat pada kad kredit itu (nombor) boleh digunakan oleh orang lain dan membuat pembelian.

Juga, hati-hati semasa membuat pembelian di atas talian, pastikan laman sesawang jualan itu bukanlah tiruan.

Terdapat ramai orang jahat yang mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan maklumat kredit kad di ats talian.

Sumber: theAsianParent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Kongsi Gambar Anak Di Media Sosial – Selamat Ke? Ada Bahaya Anda Tak Sedar!

6 gambar anak yang tidak harus anda letak dalam media sosial

6 Cara Media Sosial Boleh Merosakkan Perkahwinan Anda

 

Penulis

Aqma