Jangkitan cacing dalam kalangan kanak-kanak bukan asing lagi, lebih-lebih lagi kanak-kanak yang berada dalam persekitaran kurang bersih.
Ia bukanlah jangkitan pelik yang terlalu dirisaukan, tetapi jika diambil mudah, jangkitan cacing ini boleh mendatangkan kemudaratan.
Seperti kisah yang dikongsikan di laman sosial Facebook ini, seorang kanak-kanak berusia enam tahun tiba-tiba memuntahkan cacing ketika sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital di negara ini. Bukan kecil-kecil anak ya, cacingnya sepanjang 15 cm!
Jangkitan cacing, malaria, denggi serang kanak-kanak
Setelah selesai rawatan, cacing berkenaan di hantar ke makmal untuk pengesagan oleh pihak maklamh, dan hasilnya mendapati dua spesies cacing ditemui. Yang mana, satu dikenalpasti di peringkat telur dan satu lagi adalah cacing dewasa. Jika wujud telur, ini bermakna ada juga cacing dalam tubub badan pesakit.
Selain itu, lebih mengejutkan apabila ujian blood film malaria parasite (BFMP) menunjukkan dia juga dijangkiti malaria kerana laporan itu menunjukkan pesakit positif jangkitan itu.
Kesian sungguh budak enam tahun ini, tiga jangkitan dia perlu hadap iaitu jangkitan cacing, malaria dan denggi!
Tidak cukup dengan cacing dan malaria sahaja, pihak makmal turut mengesahkan pesakit ini positif ujian denggi. Denggi adalah virus yang dibawa oleh nyamuk Aedes sp.. Hebat betul ujian pesakit ini, triple infection. Cacing, malaria dan virus denggi!
Bagaimana boleh terkena jangkitan cacing?
Jangkitan cacing cara penyebarannya hampir sama dengan jangkitan penyakit lain yang mana ia berpunca daripada tidak ketidakpatuhan kepada kebersihan atau malas basuh tangan.
Jangkitan cacing biasanya terjadi apabila kita menyentuah sayur atau tanah atau buah yang dicemari telur cacing. Jadi sekarang ini basuh tangan bukan hanya nak mencegah Covid-19 tetapi juga jangkitan cacing dan kuman!
Cacing buat apa dalam badan manusia?
Apabila sistem imun badan kita dapat kesan itu sudah terlambat kerana kuantiti cacing sudah banyak. Apabila usus dah penuh cacing akan bergerak ke paru-paru, hati, peha dan lain lain anggota badan. Pergerakan cacing ini menganggu fungsi organ badan. Boleh menyebabkan pekak, buta, rabun dan tanpa rawatan seterusnya mati!
3 tanda anak dijangkiti cacing
#1. Gatal pada dubur
Kanak-kanak yang terkena jangkitan cacing biasanya akan mengadu di mengalami kegatalan dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur. Jika anak complaint dia gatal pada bahagian itu, segeralah bawa jumpa doktor.
Selepas menggaru, mungkin akan timbul kemerahand di bahagian dubur anak kerana kerap digaru.
#2. Cirit birit atau najis tidak normal
Kecacingan juga boleh dilihat melalui najis. Bau najis memang busuk, tapi jika wujud cacing, baunya luar biasa busuk. Elok sekiranya anda bawa anak berjumpa doktor kerana kehadiran telur cacing tidak boleh dilihat dengan mata kasar.
#3. Sikit-sikit sakit
Nak mudah jatuh sakit bola dijangkiti cacing kerana cacing yang ada dalam badan menjejaskan sistem imun tubuh. Jadi elok periksa anak anda jika kekerapan sakitnya itu terlalu kerap.
Cacing ni dia merayap tau!Anak anda mungkin mengalami masalah kekurangan darah atau anemia, demam, alahan, kaki gatal dan bengkak, serta batuk berpanjangan.
Larva cacing kadangkala berhijrah ke paru-paru sehingga menyebabkan batuk atau lelah. Ia juga boleh bergerak ke bahagian badan yang lain seperti kulit, hempedu dan pankreas lalu menyebabkan komplikasi.
Bila patut ambil ubat cacing?
Pengambilan ubat cacing 6 bulan sekali untuk kanak-kanak dan setahun sekali untuk dewasa. Kenapa kanak kanak 6 bulan sekali sebab kanak-kanak risiko lebih tinggi sebab mereka kurang kesedaran untuk basuh tangan sebelum makan dan tidak memakai selipar atau kasut ketika bermain di atas tanah atau pasir.
Tapi lebih mudah dapatkan nasihat doktor anak anda sebelum memberinya ubat cacing!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: budaklab, siakapkeli
Baca juga:
Anak gatal di lubang bontot- adakah dia terkena penyakit cacing?