Bayi Sentiasa Menarik Telinga Sendiri, Awas! Anak Mungkin Terkena Jangkitan Telinga!

Anak kerap menarik-narik telinga, ia mungkin antara salah satu tanda anak terkena jangkitan telinga, jadi ibu ayah ketahui cara merawatnya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Si manja mungkin tidak boleh berkomunikasi dengan baik, tetapi gerak-geri mereka pasti dapat memberitahu si ibu bahawa mereka sedang mengalami ketidakselesaan. Jadi jika si manja anda sentiasa menarik telinga mereka, itu mungkin petanda mereka mempunyai jangkitan pada telinga.

Pernahkah anda melihat si manja menunjukkan gerak-geri yang belum pernah anda lihat? Pasti anda akan merasakan ia comel. Tetapi, tahukah anda, kadang-kala gerak geri si manja mungkin menandakan perkara-perkara lain seperti ketidakselesaan dan kesakitan.

Anda mungkin perasan bahawa si manja anda sentiasa menarik atau menggosok telinga mereka sendiri dengan agresif. Nak bertanya, mereka tidak tahu bercakap pula dan tentulah kita sebagai ibu, akan terus memikirkan worst case scenario tetapi jangan terlalu risau ya!

Si manja yang sentiasa menarik atau menggosok telinga mungkin mempunyai satu antara permasalahan yang akan disenaraikan di bawah ini.

Punca anak menarik telinga

Foto: Media Xtra

  • Tabiat

Si manja anda mungkin tidak mengalami ketidakselesaan atau jangkitan pada telinga, cuma mereka sentiasa menarik telinga sendiri atas sebab sudah terbiasa dengan tabiat tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sabun di dalam telinga

Tanpa kita sedari, ketika memandikan si manja, mungkin sedikit sabun telah termasuk ke dalam telinga mereka lalu menyebabkan ketidakselesaan. Sedangkan kita yang termasuk air ketika mandi pun sudah berasa tidak selesa, apatah lagi si manja.

  • Jangkitan di dalam telinga

Jika si manja anda mengalami jangkitan pada telinga, pasti mudah untuk anda mengecam simptom-simptomnya. Ini kerana, bayi yang mengalami jangkitan pasti akan sentiasa menangis kerana kesakitan jangkitan tersebut.

Tanda-tanda lain anak terkena jangkitan telinga

  • Kesukaran untuk tidur

Dengan tidak selesa dan sakitnya jangkitan dalam telinga, siapa sahaja yang boleh tidur dengan mudah? Pasti si manja akan meluangkan sepanjang malam menarik atau menggosok telinga mereka untuk menghilangkan sedikit rasa tidak selesa tersebut.

  • Demam

Dalam kes-kes jangkitan yang serius, si manja mungkin boleh mengalami demam. Ini kerana sel-sel imunisasi si manja sedang bekerja keras untuk berlawan dengan virus yang berada di dalam telinga si manja, dan menyebabkan si manja demam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Anak kelihatan tidak stabil

Apabila saraf vestibular di dalam telinga mula membengkak, isyarat-isyarat yang sepatutnya dihantar ke otak mula terganggu dan akan menyebabkan si manja mula kelihatan tidak stabil dan sering jatuh apabila berjalan atau kelihatan kekok.

Jika anak anda mengalami tanda-tanda ini, mereka pasti mempunyai jangkitan telinga. Tahukah anda, terdapat dua jenis jangkitan telinga yang kanak-kanak boleh hidapi iaitu otitis media (jangkitan pada bahagian tengah telinga) dan otitis externa (jangkitan pada bahagian luar telinga). Jadi, mari belajar membezakan kedua-dua jenis jangkitan ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Foto: Healthline

  • Otitis media

Ini disebabkan oleh telinga yang terlalu berair, dan semakin banyak air yang terkumpul di belakang gegendang telinga ia akan menyebabkan gegendang tersebut untuk membesar dan membengkak, seraya menyebabkan kesakitan. Jika tidak dirawat segera, gegendang mungkin akan pecah dan cecair kuning pekat akan mula mengalir keluar dari telinga. Walaupun begitu, gegendang telinga yang pecah akan baik dengan sendiri tanpa rawatan.

  • Otitis externa

Jangkitan pada bahagian luar telinga mungkin menyebabkan perasaan seakan-akan telinga tersumbat pada anak anda. Telinga si manja juga mungkin kelihatan merah dan bengkak, serta kemerahan tersebut boleh merebak berdekatan telinga juga seraya berasa sakit apbila disentuh. Si manja juga mungkin akan mengalami demam disebabkan otitis externa ini.

Apa ibu dan bapa boleh lakukan untuk melegakan ketidakselesaan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda berjumpa dengan doktor, rawatan yang seringkali diberikan tentulah antibiotik untuk merawat jangkitan tersebut. Tetapi, ketika berada di rumah, ada beberapa rawatan secara di rumah yang anda boleh lakukan:

  • Menggunakan ubat titis yang disyorkan oleh doktor
  • Kanak-kanak yang sedang mengalami jangkitan pada telinga, terutamanya otitis externa, tidak digalakkan untuk berenang
  • Jika si manja sudah boleh tidur di atas bantal, pastikan si manja tidur di atas bantal yang tinggi
  • Jauhkan perokok dari anak anda! Asap rokok boleh menghalang cecair untuk mengalir keluar dari gegendang telinga si manja

Walaupun jangkitan pada telinga berbunyi agak serius, ibu bapa juga perlu ingat bahawa jangkitan ini akan mula hilang secara beransur-ansur apabila usia si manja menginjak dewasa dan ia memang biasa bagi kanak-kanak untuk terkena jangkitan telinga tetapi ibu bapa masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga ya.

Semoga ia membantu!

Sumber: The Royal Children’s Hospital Melbourne

Baca juga: Anak Sakit Telinga, Ini Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan