Setiap manusia memerlukan oksigen. Jadi, bayi dalam kandungan juga tidak terkecuali. Sebab itu, ibu hamil harus tahu cara menjaga kehamilan agar janin dalam kandungan tidak kurang oksigen.
Tapi sebelum kita membincangkan lebih lanjut tentang cara menjaga kehamilan agar bayi tidak kurang oksigen, penting juga untuk ibu hamil tahu bagaimana janin menerima oksigen.
Janin kurang oksigen: Tapi bagaimana janin menerima oksigen sebenarnya?
Sebenarnya, ketika dalam kandungan ibu, paru-paru janin masih dipenuhi cecair. Jadi, bagaimana mereka menerima oksigen dan bernafas?
Buat pengetahuan anda, janin belum menggunakan paru-parunya untuk membawa oksigen ke tubuh, hinggalah mereka selamat dilahirkan.
Ketika dalam kandungan, janin menerima oksigen melalui plasenta dan tali pusat. Semuanya dibawa oleh ibu mengandung itu sendiri.
Darah yang teroksigenasi (penuh oksigen) dari ibu akan mengalir masuk dan keluar melalui pembuluh darah di tali pusat untuk ke bayi.
Apa yang boleh menyebabkan janin kurang oksigen?
Salah satu sebab utama kenapa janin boleh menerima kurang oksigen ketika dalam kandungan adalah kerana placental abruption, atau satu keadaan di mana plasenta terlepas (sama ada sebahagian atau keseluruhan).
Akibatnya, janin tidak akan dapat menerima oksigen dari si ibu. Satu lagi sebab mengapa janin boleh menerima kurang oksigen adalah kerana pengedaran darah teroksigenasi dari ibu terganggu.
Gaya hidup ibu hamil juga boleh menyebabkan janin dalam kandungan kekurangan oksigen. Antara gaya hidup yang berbahaya seperti terdedah pada asap rokok, merokok, atau menggunakan sebarang dadah.
3 BAHAYA jika janin dalam kandungan kurang oksigen
Janin dalam kandungan yang kekurangan oksigen akan berisiko untuk menghadapi beberapa komplikasi kesihatan dan perkembangan. Antaranya seperti:
1. Celebral Palsy
Cerebral palsy antara akibat yang paling biasa terjadi jika janin kurang oksigen ketika dalam rahim. Cerebral palsy disebabkan oleh kerosakan otak, lalu mempengaruhi penggerakan dan koordinasi tubuh.
Jika anak menderita penyakit cerebral palsy, mereka akan mengalami masalah dengan perkembangan motor badan, keseimbangan, dan perkembangan yang lambat.
2. Penyakit jantung
Sebuah kajian dari University of Cambridge mendapati, kekurangan oksigen ketika dalam kandungan juga boleh menyebabkan penyakit jantung pada anak kelak.
Dino Giussan, pakar yang memimpin kajian ini meyakinkan yang kadar oksigen mampu mempengaruhi perkembangan jantung dan sistem kardiovaskular bayi.
3. Melahirkan bayi yang sudah maut (stillbirth)
Stillbirth bermaksud kematian janin ketika usia kandungan mencecah 20 minggu ke atas. Menurut March of Dimes, melahirkan bayi yang sudah maut berlaku pada hampir 1 dari 160 kehamilan.
Sekitar satu per empat kelahiran stillbirth terjadi kerana masalah plasenta tidak membekalkan oksigen yang mencukupi untuk janin.
Cara-cara agar janin tidak kurang oksigen ketika dalam kandungan
Terdedah kepada asap rokok, sama ada secara langsung atau tidak, mampu mempengaruhi pengaliran darah anda ke janin.
Oleh sebab itu, ibu hamil harus berusaha untuk tidak merokok, malah menjauhi asap-asap rokok ketika hamil. Akibat yang boleh terjadi pada bayi anda akibat kekurangan oksigen boleh jadi kekal seumur hidupnya!
Jadi, ibu hamil diwajibkan untuk menghidari asap rokok, stress, dan mengamalkan pemakanan yang sihat ketika hamil.
Semoga perkongsian ini berguna untuk anda!
Artikel ini asalnya ditulis oleh Nia Lara Sari dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah
Baca juga:
Ibu Hamil WAJIB Tahu 5 Ciri Kandungan Sihat Ini, Jangan Leka