Selebriti Meteor Garden ini keguguran lepas janin tidak berkembang - anda tahu tandanya?

Jika ibu rasa pelik dan ada 6 tanda ini pada kandungan, jangan berlengah! Segera berjumpa doktor demi menyelamatkan nyawa yang dikandung itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pelakon terkenal Taiwan, Barbie Hsu yang popular dengan drama bersiri, Meteor Garden, mengalami keguguran baru-baru ini selepas doktor mendapati kehamilan ketiganya mengalami masalah janin tidak berkembang. 

Anda yang mengikuti drama bersiri tersebut pasti kenal dengan wanita kecil molek dan bermata comel ini. Dikhabarkan pada pertengahan April 2018 yang lalu, Barbie Hsu hamil anak ketiga. 

Akan tetapi, selepas membuat pemeriksaan ke atas janin, doktor tidak mengesan degupan jantung bayi tersebut. Ini menandakan janin tidak berkembang. 

Disebabkan janin tidak berkembang, doktor meminta Barbie Hsu membuat proses mencuci rahim. Ini kerana tiada harapan untuk menyelamatkan bayinya itu, selain ia berbahaya pada tubuhnya.

Aktres berusia 41 tahun itu kini sedang menjalani tempoh berpantang selepas keguguran. 

Menurut pelakon ini, dia bimbang untuk mengandung lagi kerana umurnya sudah lewat. Meskipun begitu, isteri Wang Xiaofei ini sudah mempunyai sepasang cahaya mata yang berumur 4 dan 2 tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Daripada penjelasannya itu, adakah betul faktor umur mempengaruhi janin tidak berkembang? Atau ada faktor lain yang jadi penyebabnya? 

Hari ini kami kongsikan 6 tanda janin tidak berkembang yang harus ibu-ibu ketahui:

6 tanda janin tidak berkembang

1. Darah tinggi dan diabetes 

Ibu pernah tak alami kencing manis atau darah tinggi semasa mengandung? Perasan tak doktor dan jururawat akan lebih teliti melihat tahap kesihatan ibu dan bayi. Anda tahu kenapa? Ia disebabkan tanda ini mampu mempengaruhi janin tidak berkembang. 

Sebab itu, bila pergi checkup kandungan, jururawat akan melihat terlebih dulu tekanan darah kita dan ibu perlu minum air gula untuk tahu tahap gula dalam darah.

2. Kedudukan uri 

Plasenta atau uri merupakan sumber makanan dan oksigen bagi janin dalam kandungan. Sebab itu, kedudukan uri ini perlu dalam posisi yang betul supaya bayi dapat nutrisi dan oksigen yang mencukupi sehingga dilahirkan. 

Sekiranya ibu alami masalah uri, ia akan menyebabkan janin tidak berkembang kerana janin tidak dapat nutrisi yang sepatutnya. Kemudian ia boleh menyebabkan bayi lahir pramatang atau ibu keguguran. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi mengelak kejadian ini berlaku, ibu perlu sentiasa sihat, tidak stres dan jaga pemakanan sebaiknya. 

3. Hormon ibu hamil 

Menjaga kestabilan hormon juga penting. Tahap estrogen dan progesteron yang sihat boleh membantu janin sihat dan berkembang dengan baik.

Biasanya, hormon progesteron akan meningkat sebanyak 20 kali ganda ketika hamil.

Hormon tersebut membantu menjaga dinding rahim agar ia tidak jatuh seperti dalam proses kedatangan haid. Selain itu, untuk hormon estrogen pula, ia membantu perkembangan janin dan nutrisi yang diperlukan bayi sejak dalam kandungan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, adalah penting untuk ibu berhati-hati terhadap hormon estrogen yang boleh membuatkan janin tidak berkembang. Bahkan ia boleh dilihat pada perut ibu yang tidak membesar dengan sempurna. 

4. Gerakan janin 

Gerakan janin dalam kandungan menandakan si kecil menerima oksigen yang cukup dan berkembang dengan baik. Biasanya ibu mulai rasa pergerakan janin sejak 18 ke 20 minggu.

Jika merasakan bayi tidak bergerak aktif, segera jumpa doktor, bimbang jika ada perkara yang tak diingini berlaku. 

5. Penurunan dan penambahan berat badan ibu 

Penting untuk ibu menjaga berat badan semasa hamil. Adalah normal jika ibu mengalami kenaikan badan 10 ke 15 kg. Tapi kalau berat badan tiba-tiba turun, anda bakal mendengar leteran doktor atau jururawat.

6. Perkembangan bayi dilihat pada USG 

Sepanjang kehamilan, kandungan anda akan di scan mengikut masa dan tarikh yang ditetapkan oleh doktor. Ketika scan, doktor akan mengukur kepala bayi, badannya, memeriksa anggota tubuh dan alat kelamin.

Sekiranya semua normal dan berkembang dengan baik, ibu tak perlu gusar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi jika sebaliknya doktor akan memberitahu terlebih awal dan langkah seterusnya. Contoh janin tidak berkembang seperti saiz kepala yang tak normal, sumbing, kecacatan anggota badan dan lain-lain. 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia