Ramai ibu ayah yang tertanya-tanya, adakah jantina bayi dalam kandungan boleh berubah semasa kehamilan? Persoalan ini sering tercetus selepas imbasan ultrasound mungkin mengatakan anda akan dapat bayi lelaki/perempuan, tapi selepas bersalin sebaliknya pula!
Pasti ibu dan ayah tertanya-tanya, bolehkah jantina bayi dalam kandungan berubah? Apatah lagi, sekarang ini banyak ibu hamil percaya akan mitos seperti tanda kehamilan anak jantina tertentu.
Mungkin tanda-tanda kehamilan itu menunjukkan anda hamil anak lelaki, tapi pemeriksaan mendapati anda hamil anak perempuan.
Adakah Jantina Bayi Dalam Kandungan Boleh Berubah Semasa Hamil?
Dipetik dari Alo Dokter, Dr Nadia Nurotal Fuadah mengatakan, jantina bayi telah terbentuk secara semula jadi sejak proses pembuahan sel telur. Jantina bayi ditentukan oleh komponen genetik yang dibawa sel sperma yang membuahkan sel telur.
Embrio yang bertemu dengan kromosom Y dibawa sperma akan menjadi anak lelaki manakala pertemuan dengan kromosom X akan menjadi anak perempuan. Jadi, jantina bayi tidak akan berubah.
Malah Dr Devika Y dari Alo Dokter turut menegaskan, jenis kelamin bayi tidak akan dapat berubah meskipun ibu mengambil hanya buah-buahan dan sayur-sayuran saja (seperti dalam mitos tertentu).
Mengambil hanya sebahagian dari diet tertentu mampu menjejaskan kehamilan anda, dan perkembangan janin dalam kandungan. Oleh sebab itu, ibu hamil disarankan untuk mengambil nutrisi secara seimbang.
Apa Penyebab Jantina Bayi Dalam Kandungan Seolah-Olah Berubah?
Dr Nadia dan Dr Devika menjelaskan, jenis kelamin bayi mula kelihataan apabila usia mencecah 16 minggu. Namun, ada juga kes di mana jantina bayi hanya boleh dilihat selepas 28 minggu.
“Jantina bayi akan ditentukan melalui imbasan ultrasound. Buat bayi lelaki, skrotum atau kantung kemaluannya akan kelihatan. Manakala, bayi perempuan akan kelihatan labia dalam bentuk 3 garis,”
Akan tetapi, kedua-dua doktor ini mengaku ada beberapa punca yang boleh menyebabkan jantina bayi “seolah-olah” berubah. Awalnya scan lain, tapi bila bersalin jantina lain pula.
Antara puncanya ialah perubahan posisi janin saat imbasan ultrasound itu dijalankan.
“Kadang-kadang, boleh terjadi ia kerana proses menilai jantina bayi tersebut. Posisi bayi kadang-kalanya boleh mencetuskan kekeliruan tentang bentuk alat kelaminnya.” “Dan dalam beberapa kes, pemeriksaan untuk mengetahui jantina bayi ini tidak dapat dilakukan kerana posisi janin tidak membantu.”
Selain itu, jantina bayi “seolah-olah” berubah juga mungkin kerana perbezaan sensitiviti alat yang digunakan, doktor yang memeriksa, ataupun usia kehamilan.
Tiada yang betul-betul boleh memastikan pemeriksaan jantina bayi ini tepat, melainkan dengan pemeriksaan DNA amniocentesis atau menunggu hingga tiba saat bayi dilahirkan nanti.
Nah, sekarang ibu ayah sudah faham kan? Jantina janin dalam kandungan anda itu tidak akan berubah.
Namun, ada beberapa faktor teknikal seperti alat ultrasound yang kurang berkesan, atau posisi janin ketika pemeriksaan, yang boleh menyebabkan kesalahan “mengagak” jantina bayi ini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
Sumber rujukan: Alo Dokter
Baca juga: