Jarang "bersama" pasangan boleh menjejaskan kesihatan para isteri!

Ada isteri yang menganggap jarang bersama suami itu tak mengapa. Tapi kami ada satu berita buruk: ia sebenarnya menjejaskan kesihatan anda!

Kami faham, anda dan suami sekarang sibuk sangat. Sebab itu isu jarang bersama suami tak menjadi satu isu besar. Ada banyak lagi benda kalian kena fikir.

Dengan anak-anak dan tingkahlaku mereka, ekonomi sekarang, masalah politik lagi, ehem! Tapi, kami ada berita buruk untuk pasangan suami isteri yang jarang bersenggama.

Anda sebenarnya sedang membahayakan kesihatan diri sendiri! Anda tahu kenapa? Dua perkataan: antrofi faraj.

Jarang bersama suami menjejaskan kesihatan isteri

Antrofi faraj itu apa? Peliknya nama! Ha… kalau anda nak tahu, apabila anda jarang bersama suami, dinding faraj anda akan semakin menipis. 

Kredit gambar: monalisatouch.co.nz

Betul ke? Kenapa ia terjadi?

Jangan risau. Antrofi faraj mungkin boleh terjadi dan menjejaskan kesihatan anda. Namun, ia masih boleh dirawat. Jom kita study tentang kesan jarang bersama suami ini. 

Siapa yang berisiko terkena antrofi faraj?

Antrofi faraj boleh menjejaskan semua wanita, tanpa mengira usia. Namun, wanita yang sudah menopaus lebih cenderung terkena kerana penurunan hormon estrogen dalam badan.

Wanita yang menjalani rawatan kanser (terutamanya kanser payudara!) juga boleh terjejas. 

Antara tanda-tanda masalah antrofi faraj ialah: rasa gatal-gatal, rasa seperti terbakar, susah nak kencing, keluar lendiran aneh dan sakit ketika bersama pasangan

Sebab itu pasangan suami isteri digalakkan untuk “bersama” secara aktif. Ia bagi mengelak masalah antrofi faraj ini.

Orgasme atau rasa klimaks yang dicapai isteri akan meningkatkan pengaliran darah ke vagina. Dengan itu, ia mengurangkan risiko antrofi faraj.

Jarang bersama suami – jangan selalu buat ia!

Dr. Louise Mazanti, seorang pakar terapi seks dari London mendedahkan – 

“Hubungan seksual yang sihat lagi aktif di antara pasangan suami isteri akan melindungi pasangan itu dari gejala penyakit yang berkaitan.”

Bagaimana pula dengan individu yang masih belum berkahwin dan tidak mempunyai pasangan?

Dr. Mazanti menjelaskan, hubungan seksual dengan diri sendiri juga memainkan peranan yang sama. Sesiapa yang tiada pasangan boleh mencuba teknik urutan dan menyentuh tisu.

Teknik ini untuk membenarkan tisu teraktif dan pengaliran darah berjalan dengan lancar. Apabila sel tidak mendapat oksigen yang secukupnya, inilah penyebab rasa keradangan di faraj!

3 kesan apabila anda jarang bersama suami

Jika sebelum ini kami pernah membicarakan apa khasiat dan kebaikan melakukan hubungan seks demi kesihatan dan kecantikan anda, kali ini kami bawa benda yang sebaliknya pula.

Apa kesan buruk jika anda jarang bersama pasangan? Ini 3 daripadanya:

1. Anda bukan makin “ketat”

Ramai yang percaya jika kita jarang bersama pasangan, vagina kita akan lebih “ketat”. Sebenarnya, itu hanyalah mitos semata-mata.

Sensasi “ketat” itu bukan dipengaruhi dengan berapa kerap anda bersama pasangan. Jika anda jarang bersama, vagina akan jadi lebih tertekan.

Lalu apabila kalian bersama, vagina akan mengambil masa yang lebih lama untuk relaks dan beri respon pada rangsangan dan tujahan.

2. Sistem imun badan yang lebih lemah

Seks sebenarnya ada kebaikan yang tertentu. Aktiviti sensual boleh melepaskan hormon yang membantu sistem imun badan.

Untuk wanita, hormon ini membuatkan anda lebih cepat mengandung! Tapi kalau kalian asyik sibuk dan jarang bersama, anda tak dapatlah segala kebaikan ini.

3. Suami isteri lebih cepat stres

Aktiviti senggama yang normal, lancar dan kerap mampu mengurangkan stres. Namun jika ia berkurangan, maka reaksi terhadap stres juga makin meningkat.

Sebab itu individu yang jarang melakukan hubungan intim ini akan memiliki tekanan darah tinggi berbanding individu yang kerap bersenggama.

Jadi sebelum anda mengabaikan isu jarang bersama suami ini dengan menganggap ia satu perkara remeh, cuba ingat balik tentang kesihatan anda.

Ada sebab mengapa hubungan intim ini dicipta. Daripada sibuk asyik pergi gim untuk bersenam, apa kata anda cuba bersenam atas katil dengan pasangan pula?

Kalau pasangan anda jarang ingin bersenggama, apa kata anda diam-diam beritahu dia tentang hasil kajian ini? Mungkin nanti pasangan akan lebih faham.

Hehe 😉

 

 

 

 

 

Artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Singapore

Kredit gambar: Daily Mail

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comberapa-kerap-anda-perlu-melakukan-hubungan-seks/

Penulis

Ayu Idris