Ngeri! Jari Kelingking Budak Lelaki Putus, Tersangkut Di Pintu Jeriji Rumah!

Jari kelingking kanak-kanak ini putus selepas tersangkut di pintu jeriji rumah! Semoga adik ini diberikan kesembuhan segera.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malang tidak berbau, mungkin itulah perumpamaan yang boleh dikaitan dengan kejadian menimpa kanak-kanak lelaki ini. Sekelip mata, jari kelingking putus selepas dia memanjat dan melompat dari pintu jeriji.

Perkongsian ibu kanak-kanak ini di laman Facebook mendapat lebih 116000 perkongsian, yang mana rata-rata pembaca ngeri dengan kejadian yang menimpa anak kepada wanita berkenaan.

Apa yang dikongsikan oleh ibu ini mungkin untuk ingatan kepada ibu bapa di luar sana yang memiliki pintu jeriji seperti itu supaya lebih berhati-hati. Malah, menerusi komen pada perkongsian ibunya, ada pengguna facebook lain yang turut perna mengalami kejadian sama menimpa anak mereka. Jari putus tersangkut di pintu jeriji jenis dan corak sama!

Jari kelingking putus dijumpai tersangkut di pintu jeriji

Kredit: Frozen Rose

Siapa saja yang tidak cemas bila dengar jari anak putus! Menceritkan detik cemas yang dialaminya wanita ini, rasa seperti hampir putus nyawa bila dihubungi bapanya memaklumkan jari anak sulungnya, Ariq putus!

Menceritakan detik cemas itu, wanita ini berkata dia dimaklumkan anaknya langsung tidak menangis ketika kejadian, malah hanya menunjukkan jarinya yang sudah berdarah tanpa mengetahui bahawa jari itu sebenarnya sudah putus!

Katanya, ketika kejadian, Ariq memanjat pintu jeriji berkenaan sebelum terjun sendiri tanpa menyedari jarinya tersangkut dan menariknya hingga putus! 

Jari tidak dapat diselamatkan

Walaupun jari dijumpai dan ari kanak-kanak ini cuba disambungkan dengan urat di bahagian pergelangan tangannya diambil dan jari disambung tetapi tidak menunjukkan perkembangan positif untuk kembali berfungsi kerana jari kanak-kanak itu mengecut dan salur darahnya sudah rosak. 

Malangnya jari kanak-kanak ini tidak dapat diselamatkan walaupun doktor cuba sedaya upaya menyelamatkan anggota itu termasuk dengan menggunakan leech theraphy.

Bagaimanapun, walaupun jarinya tidak lagi sempurna, kanak-kanak ini tetap positif. Ibu kepada kanak-kanak ini juga tetap positif. Didoakan semoga Ariq cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusannya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana pastikan keselamatan anak ketika mereka bermain?

Kredit: parentmap

Bagi bayi yang belum pandai merangkak, kawasan tikar kanak-kanak yang kecil sudah cukup untuk mereka bermain. Ibu bapa boleh meniarapkan anak dan meletakkan beberapa mainan berdekatan dengannya.

Untuk bayi atau kanak-kanak kecil yang sudah pandai merangkak atau baru mula berjalan, ibu bapa boleh menentukan kawasan bermain seperti sudut di ruang tamu atau di dalam bilik kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa boleh meletakkan safety gate atas tikar kanak-kanak atau permaidani sebagai alas untuk anak kecil yang sedang belajar berjalan.

Elakkan kawasan yang mempunyai sudut-sudut perabot yang tajam, ataupun alaskan untuk mengurangkan risiko anak tercedera. Ibu bapa boleh galakkan kanak-kanak bermain secara bebas dengan menyediakan mainan sensori yang baik untuk pembelajaran.

Tidak perlu beli mainan yang mahal. Bahan-bahan kitar semula seperti botol kosong, barangan rumah seperti bakul, dan sudu sudah memadai.

Taman permainan dalaman atau play gym juga pilihan yang baik kerana ia direka khas supaya kanak-kanak bebas untuk meneroka persekitaran mereka dan menguji kebolehan fizikal sendiri. Sesetengah gym ini juga lengkap dengan mainan kognitif serta alat pengajaran guru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kanak yang lebih kecil mungkin masih akan memerlukan bimbingan dari ibu bapa. Tetapi dalam musim pandemik ini banyak kekangan dan tempat seperti ini banyak ditutup bagi mengelak penularan virus.

Penting untuk ajar anak keselamatan diri

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: happykidskitchen

Tetapi ia juga sangat penting untuk ibu bapa membiarkan anak belajar cara mengatasi halangan-halangan dan membezakan antara apa yang selamat dan apa yang berbahaya.

Apabila ibu bapa selalu terlampau cemas tentang keselamatan anak, anak juga akan ikut takut. Sebaiknya, bermainlah dengan mereka.

Penting untuk kanak-kanak diajar mengenai erti bahaya supaya mereka lebih peka terhadap keselamatan diri. Tunjukkan kepada mereka  cara untuk bermain dengan selamat. 

Interaksi ini akan membuatkan anak lebih peka akan keselamatan diri mereka ketika bermain seorang diri atau orang lain. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Frozen Rose

Kredit foto: frozenrose

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: 5 Peraturan Keselamatan Penting Yang Anak Anda Perlu Tahu – WAJIB Ajar Mereka Dari Usia Muda

Penulis

Lala Annuar