Kanak-kanak parah, jatuh ketika naik eskalator: Bagaimana anda boleh mengelakkannya

Dengan kadar jenayah terutamanya kes penculikkan yang semakin meningkat, kita harus mementingkan keselamatan anak kita. Malang juga tidak berbau jika kita membenarkan anak kita lari dan bermain di pusat membeli belah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Video dipetik dari Astro Awani

Malang memang tidak berbau apabila seorang kanak perempuan parah bila terjatuh dari eskalator di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang. Bapanya telah menundukkan kepalanya hingga menyebabkan anaknya yang berada di atas bahu beliau terjatuh pada ketinggian 3 meter.

Mangsa kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Ibu bapa hendaklah sentiasa berada di sisi anak mereka terutamanya di pusat beli belah. Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh ambil untuk mengutamakan keselamatan anak anda ketika membeli belah.

Pastikan anak anda sentiasa berada dekat dengan anda.

Ini adalah penting terutama sekali jika anak anda seorang yang hyperaktif. Penggunaan stroller ataupun penggendong merupakan langkah terbaik untuk menghadkan pergerakan mereka.

Sediakan mainan untuk melekakan mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika anak sedang berada di dalam stroller, sediakan apa sahaja yang boleh melekakan mereka seperti botol susu, puting susu, gadget, ataupun buku. Jika mampu, pendekkan tempoh membeli belah. Jika anak tertidur di dalam stroller, ibu bapa harus berasa bahagia kerana semakin senang untuk mengawal mereka.

Latih anak untuk menghafal.

Latih anak kecil untuk menghafal nombor telefon. Jika anak terlalu kecil untuk menghafal, simpan nota kecil bertulis nombor telefon yang penting dan diletakkan di poket baju anak. Jika anak anda boleh bertutur, ajar anak anda untuk menghafal no telefon, nama anda dan pasangan anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pakaikan anak kasut yang sesuai semasa menaiki eskalator.

Pilih kasut yang sesuai untuk si kecil semasa menaiki eskalator. Elakkan kasut yang bertali ataupun terlalu besar. Ada kes kaki anak kecil tersepit di celah tangga eskalator kerana kasut yang tidak sesuai. Pastikan anak anda berdiri di hadapan anda sewaktu menaiki eskalator.

Elakkan mengendong anak dan meletakkannya di duduk di bahu anda semasa menaiki escalator kerana dikhuatiri anak akan terjatuh, kerana posisi anak pada ketika itu terlalu tinggi dan tidak stabil untuk menuruni eskalator.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gendong anak semasa masuk dalam lif.

Jika boleh, gendong anak anda semasa masuk di dalam lif, dengan memastikan anak anda dalam dakapan anda, ini adalah langkah yang selamat. Kadangkala sensor lif rosak dan dikhuatiri anak anda akan tersepit di dalam lif atau ditinggalkan di luar lif.

Dengan kadar jenayah terutamanya kes penculikkan yang semakin meningkat, kita harus mementingkan keselamatan anak kita. Malang juga tidak berbau jika kita membenarkan anak kita lari dan bermain di pusat membeli belah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rencana dipetik dari Siakap Keli

Penulis

Michelle Goh