Gagal Jawab Soalan Matematik, Guru Naik Angin Denda Pelajar Perempuan Sampai Mati

Siapa sangka hanya kerana gagal jawab soalan dalam bilik darjah menyebabkan guru naik angin dan bertindak luar kawalan sehingga meragut nyawa pelajar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak-anak yang dihantar ke sekolah adalah untuk menimba ilmu pengetahuan dan menjadi insan berjaya apabila dewasa kelak. Justeru menjadi suatu kebiasaan apabila perlu menyiapkan tugasan sekolah atau menjalani sesi jawab soalan bersama guru.

Tidak dinafikan, tanpa seorang cikgu di sekolah pastinya para pelajar tidak dapat mencapai kejayaan pelbagai bidang. Namun lain pula kes ini apabila tenaga pengajar bertindak di luar kawalan hingga meragut nyawa anak muridnya.

Pelajar maut selepas gagal jawab soalan

credit to sources

Kejadian sedih dilaporkan telah berlaku di wilayah Sichuan, China apabila guru yang mengajar mata pelajaran Matematik telah mendenda pelajarnya secara berlebihan akibat tersalah jawab dua soalan.

Difahamkan sebelum kejadian berlaku, mangsa yang baru berusia 10 tahun berkenaan, Ning Ning, sempat membeli bunga untuk gurunya iaitu Wang sempena sambutan Hari Guru.

Di negara China, mereka menyambut Hari Guru ini pada 10 September pada setiap tahun. Namun malangnya ketika sedang mengikuti proses pembelajaran subjek Matematik, mangsa dikatakan telah membuat dua kesilapan semasa menyelesaikan soalan berkenaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lalu guru tersebut, Wang telah bertindak di luar kawalan dengan mengarahkan mangsa berdiri di atas podium, menarik bahagian telinga, menampar tangan dan memukul kepalanya.

Menurut saudara kembar mangsa, Qian Qian, dia berada di dalam kelas yang sama ketika kejadian itu berlaku. Selepas diperlakukan sedemikian, adiknya tidak mampu mengangkat kepala.

Kemudian lebih kurang jam 11 pagi, cikgu tersebut telah menghubungi nenek Ning Ning dan memintanya supaya menjemput mangsa pulang ke rumah untuk berehat. Namun setelah berjumpa dengan cucunya, Ning Ning sudah tidak mampu bercakap dan membuka mata.

Kemudian dia telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Walau bagaimanapun, dia tidak dapat diselamatkan meskipun pasukan perubatan cuba berusaha pelbagai cara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Sebelum ini kakak kembarnya menjelaskan bahawa mangsa selalu mengadu berasa takut bagi mengikuti kelas mata pelajaran terbabit kerana cikgu yang mengajar begitu panas baran.

Dia juga suka naik tangan dan mendenda para pelajar yang gagal menjawab setiap soalan.

Senarai had hukuman ke atas murid mengikut garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah disiplin dalam kalangan pelajar sama ada sekolah rendah atau menengah boleh dikatakan berada di tahap membimbangkan dengan pelbagai pendedahan teknologi dan pergaulan tidak sihat.

Jika dibandingkan, peraturan sekolah zaman dahulu dan sekarang sememangnya sudah berubah. Jika dulu ibu ayah yang menghantar anak mereka ke sekolah tidak kisah akan denda dan hukuman guru, namun kini kuasa mereka sudah terhad.

Tidak dinafikan adalah pihak sekolah dan guru memainkan peranan dalam memupuk disiplin anak-anak pelajar agar menjadi insan bersahsiah dan berakhlak.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan beberapa bentuk hukuman yang dilarang oleh guru terhadap murid di sekolah, iaitu:

#1. Hukuman terhadap fizikal

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

  • Berdiri lama di tengah panas
  • Lari keliling padang
  • Berdiri lama dalam/luar bilik darjah
  • Memukul diri sendiri/sesama sendiri
  • Berdiri di atas kerusi atau meja
  • Menarik rambut/tarik telinga
  • Belasah dengan alat seperti tali pinggang atau pembaris
  • Junjung kerusi/buku
  • Cubit
  •  Enjut / ketuk ketampi / mendada
  • Ketuk / sekel kepala

#2. Hukuman melibatkan emosi dan mental

  • Gunting Rambut
  • Berdiri membuat latihan
  • Berleter
  • Gantung tulisan di badan
  • Memalukan di khalayak ramai
  • Kelas tahanan pada waktu rehat
  • Memaki hamun
  • Conteng muka dengan kapur
  • Mengoyak buku latihan
  • Mengugut atau menggertak murid
  • Tidak menghiraukan murid
  • Tidak menanda buku latihan

Dengan pengeluaran prosedur ketika mendidik pelajar ini, peranan guru di sekolah hanyalah untuk mengajar dan menyalurkan ilmu pengetahuan semata-mata. Jika tersalah cara, mereka mungkin akan berdepan kes jenayah melibatkan pihak polis dan ibu bapa.

Justeru, setiap guru tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum pelajar tanpa sebarang sebab munasabah dan ibu ayah hendaklah meletakkan kepercayaan melalui kerjasama yang baik dalam memastikan anak berjaya dalam akademik dan sahsiah diri.

Sumber: Oriental daily, My newshub

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comhati-seorang-ibu