Jenama Baju Sekolah Yang Bagus, Mudah Gosok & Mesra Poket Pilihan theAsianparent Malaysia

undefined

Jenama baju sekolah yang bagus termasuklah Canggih, Blackt Cat, Power Cat, Jony & Jeny, MHS dan Dexwin yang selesa untuk anak!

Tidak lama lagi sesi persekolahan akan bermula, jadi pasti ramai ibu ayah terutama yang pertama kali anak masuk sekolah rendah mencari jenama baju sekolah yang bagus, selesa dipakai dan tahan lama. 

Jenama Baju Sekolah Yang Bagus

Berikut ada beberapa jenama baju sekolah yang bagus di pasaran! Ibu ayah mungkin boleh buat pilihan dari jenama ini yang mana kena selera dan poket anda. 

1. Canggih

Jenama baju sekolah yang bagus seperti Canggih ni memang tak asing lagi, terutamanya bagi ibu bapa yang dah berumur nak masuk 40-an. Canggih memang terkenal dengan kualiti kain yang premium.

Walaupun harga dia lebih tinggi sedikit berbanding jenama lain, tetapi kalau nak tahan lama dan berkualiti, memang berbaloi. “Alah membeli menang memakai”.

Kualitinya akan tahan lama, tak mudah lusuh walaupun banyak kali basuh. Anak-anak pun selesa sepanjang hari, dan baju ni sangat sesuai untuk mereka yang aktif!

Harga: RM35 – RM55 

2. Black Cat

Jenama baju sekolah terbaik seperti Black Cat ni popular kerana harganya memang sangat berpatutan dan kualiti dia pun tak mengecewakan.

Kainnya sangat selesa dan tak panas, sesuai dengan cuaca Malaysia. Jahitannya kemas dan cutting baju terletak elok di badan. Kalau cari baju yang murah tapi masih berkualiti, Black Cat memang pilihan yang tepat.

Sesuai sangat untuk ibu bapa yang nak beli banyak set tanpa perlu risau bajet!

Harga: RM20 – RM40 

3. Power Cat

Walaupun namanya macam jenama makanan kucing, jangan risau, Power Cat ni bukan untuk kucing! Kualitinya memang setanding dengan Black Cat.

Kain koshibo yang digunakan memang sejuk, selesa, dan ringan, jadi anak-anak boleh bergerak bebas tanpa rasa rimas.

Harganya pun agak berpatutan, jadi memang ramai ibu bapa puas hati dengan kualiti dan harga yang ditawarkan. Review pun kebanyakannya positif, memang sesuai untuk mereka yang nak jimat tapi tetap nak dapatkan kualiti yang baik.

Harga: RM25 – RM40 

4. Jony & Jeny

Kalau nak baju yang tahan lama dan warna tak mudah kuning, jenama baju sekolah yang bagus iaitu Jony & Jeny memang antara salah satu jenama baju sekolah yang bagus.

Jenama baju sekolah dari Jony & Jeny ni boleh tahan lama, warna tetap cantik walaupun dah banyak kali basuh.

Jadi kalau nak beli sekali dan pakai lama, ini adalah pilihan yang sangat berbaloi boleh dapatkannya di pusat pakaian Hari-Hari. 

Harga: RM30-RM50 

5. MSH

MSH ni memang pilihan yang paling mesra bajet! Walaupun harga dia sangat rendah, kualitinya masih sangat memuaskan.

Kainnya ok, selesa dipakai dan sesuai untuk anak-anak yang aktif. Ramai ibu bapa pilih MSH sebab harganya yang berpatutan dan kualitinya setanding dengan jenama lain yang lebih mahal.

Kalau anak-anak banyak baju sekolah, MSH ni memang pilihan bijak!

Harga: RM12 – RM25 

6. Dexwin

Jenama baju sekolah yang bagus iaitu Dexwin pula menawarkan baju yang tidak kurang hebatnya, kainnya cantik dan tak terlalu nipis atau tebal, sesuai untuk cuaca Malaysia yang panas.

Harganya standard dan tak mahal sangat, jadi tak perlu risau poket bocor. Apa yang bestnya, Dexwin ni juga terkenal dengan penghantaran yang cepat, jadi ibu bapa yang beli dalam talian pun puas hati.

Kualiti dan servis memang tak mengecewakan!

Harga: RM20 – RM35 

Kesimpulannya pemilihan jenama baju sekolah yang bagus bergantung pada bajet dan keperluan anak-anak. Yang penting, pastikan baju sekolah yang dipilih selesa dan sesuai untuk mereka sepanjang sesi persekolahan nanti! 

Semoga artikel ini bermanfaat!

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Hari Raya 2025, Tarikh Cuti Umum & Sekolah KPM Sempena Aidilfitri

Baca juga:  Kalendar 2025: Ini Senarai Cuti Umum Dan Cuti Sekolah Malaysia Yang Lengkap

Baca juga: Doa Untuk Anak Tidak Mahu Ke Sekolah Beserta Tips Kepada Ibu Bapa Untuk Latih Si Kecil Berjauhan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!