TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Tidak Lama Lagi Sesi Persekolahan Jadi Lebih Terbuka, Tiada Sistem Penggiliran & PdPR

7 Mar, 2022
Tidak Lama Lagi Sesi Persekolahan Jadi Lebih Terbuka, Tiada Sistem Penggiliran & PdPR

Sesi persekolahan menengah kembali PdPR selama 2 minggu bermula 21 Mac. Namun tidak lama lagi semua pelajar boleh ke sekolah tanpa penggiliran

Sesi persekolahan secara bersemuka untuk pelajar sekolah menengah ditangguhkan selama dua minggu. Bermula 21 Mac, para pelajar perlu mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bagi Penggal 1 Sesi Persekolahan 2022/2023.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Sesi persekolah PdPR bagi sekolah menengah bermula 21 Mac
  • Pelajar boleh mengenakan pakaian biasa untuk ke sekolah
  • Cabaran sesi persekolahan secara atas talian (PdPR)

Walau bagaimanapun menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin menjelaskan pelajar terbabit dibenarkan menghadiri sesi pembelajaran secara bersemuka tanpa penggiliran di sekolah mulai 4 April depan.

Sesi persekolahan PdPR bagi sekolah menengah selama dua minggu

belajar pdpr

Menerusi rakaman video yang dimuat naik dalam Facebook beliau, pelajar berkenaan merupakan murid berkeperluan khas (MBK), peralihan, tingkatan satu hingga tingkatan enam, prauniversiti, International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP) dan peperiksaan antarabangsa setara.

Bagi sekolah rendah yang memiliki enrolmen melebihi 600 orang pelajar, Radzi berkata murid tahun tiga hingga tahun lima perlu hadir ke sekolah secara penggiliran.

Manakala penerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT), prasekolah, tahun satu, tahun dua dan enam, pelajar perlu menghadirkan diri ke sekolah tanpa penggiliran.

”Semua ketetapan ini terpakai kepada murid sekolah swasta, termasuk sekolah ekspatriat dan sekolah antarabangsa yang setara dengan sekolah rendah Kementerian Pendidikan (KPM).” jelasnya.

Bagaimanapun bagi sekolah rendah swasta yang memiliki enrolmen melebihi 600 pelajar, boleh membuat permohonan kepada pihak KPM untuk beroperasi sepenuhnya tanpa penggiliran.

KPM akan membuat pertimbangan sebelum kelulusan diberikan.

Pelajar boleh mengenakan pakaian biasa untuk ke sekolah

”Bagi sekolah rendah yang mempunyai kurang daripada 600 murid, semua pelajar sama ada di sekolah harian atau swasta akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.” kata Radzi.

Pihak KPM sedar ada pelajar yang pakaiannya (seragam sekolah) sudah tidak sesuai. Untuk pelajar ini, kita membenarkan mereka hadir ke sekolah dengan pakaian biasa yang sopan dan sesuai.

Selain itu, jika ibu ayah memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah, ketidakhadiran itu tidak dianggap sebagai satu kesalahan disiplin. Walau bagaimanapun anda perlulah memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod.

Sebanyak 10 peratus daripada murid sekolah rendah akan menjalani ujian kendiri Covid-19 di rumah.

”Pihak KPM membekalkan kit ujian berkenaan dan murid hendaklah melakukannya di rumah serta melaporkan keputusan ujian berkenaan kepada pihak sekolah.”

pdpr sekolah menengah

”Kita sudah melaksanakan pendekatan sama pada penggal yang sebelum ini. Jadi kita akan menggunakan pendekatan yang sama apabila penggal persekolahan baharu bermula nanti,” katanya.

Radzi turut menjelaskan pengoperasian sekolah kali ini lebih terbuka dan dapat dilihat hampir keseluruhan pelajar akan hadir ke sekolah tanpa adanya sistem penggiliran.

Apa yang penting sewaktu sesi persekolahan bermula nanti, pihak KPM berharap ibu ayah, pelajar, guru dan seluruh warga pendidikan dapat sama-sama mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

”Sama-samalah kita memastikan sesi persekolahan dapat berlangsung dengan selamat serta teratur. Anak-anak kita dapat datang ke sekolah secara bersemuka seperti sebelum ini.” kata Radzi.

Cabaran sesi persekolahan secara atas talian (PdPR)

#1. Masalah teknikal

Pembelajaran secara atas talian menggunakan teknologi persidangan video memerlukan internet berkelajuan tinggi dan mengunakan banyak data.

cabaran pdpr

Namun kebanyakan pelajar datang dari keluarga B40, mereka tidak mempunyai kemudahan internet tanpa had dan capaian internet tidak meluas di kawasan-kawasan pedalaman Malaysia.

#2. Gangguan di rumah

Semasa berada di sekolah, mereka tidak diganggu oleh persekitaran lain dan tersedia dengan persekitaran belajar. Namun ketika belajar dari rumah, biasanya akan ada banyak gangguan lain yang boleh membuatkan pelajar hilang tumpuan.

Bukan itu sahaja mereka juga mengalami kemerosotan motivasi diri apabila sukar menyertai pembelajaran secara atas talian.

Bagi keluarga yang kurang berkemampuan pula, ramai ibu ayah mengeluh apabila tidak mampu menyediakan kemudahan telefon pintar atau komputer riba bagi setiap anak. Mereka perlu berkongsi sebuah telefon dengan adik beradik yang lain.

Stories Rakan Kongsi
6 Reasons Mums Are Switching to Applecrumby® for a Safer Nappy Choice
6 Reasons Mums Are Switching to Applecrumby® for a Safer Nappy Choice
Do You Really Understand All The Vaccines Listed In Your Child's Health Booklet?
Do You Really Understand All The Vaccines Listed In Your Child's Health Booklet?
Family Fun Guaranteed: Experience the Best with Club Med Premium All-Inclusive
Family Fun Guaranteed: Experience the Best with Club Med Premium All-Inclusive
Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child
Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child

Berita Harian, the Patriots

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ”Kelas Online Memang Struggle, Lagi-Lagi Anak Ramai,” Ozzlyn Kongsi Rutin Urus Anak PdPR

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Idea Partition Seperti Pejabat Untuk Bantu Anak Fokus Ketika PdPR

Baca juga: Kelas PdPR Sudah Bermula, Ini Cara Tetapkan Dalam Telegram Dengan Teratur

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Tidak Lama Lagi Sesi Persekolahan Jadi Lebih Terbuka, Tiada Sistem Penggiliran & PdPR
Kongsikan:
  • Menyambut Hari Kanak-Kanak Malaysia: theAsianparent dan Youvit Melancarkan ‘Kids Board of Directors’ Pertama untuk Memperkasakan Suara Muda, Memperjuangkan Kesihatan, Kegembiraan, dan Pemerkasaan

    Menyambut Hari Kanak-Kanak Malaysia: theAsianparent dan Youvit Melancarkan ‘Kids Board of Directors’ Pertama untuk Memperkasakan Suara Muda, Memperjuangkan Kesihatan, Kegembiraan, dan Pemerkasaan

  • 6 Reasons Mums Are Switching to Applecrumby® for a Safer Nappy Choice
    Stories Rakan Kongsi

    6 Reasons Mums Are Switching to Applecrumby® for a Safer Nappy Choice

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Menyambut Hari Kanak-Kanak Malaysia: theAsianparent dan Youvit Melancarkan ‘Kids Board of Directors’ Pertama untuk Memperkasakan Suara Muda, Memperjuangkan Kesihatan, Kegembiraan, dan Pemerkasaan

    Menyambut Hari Kanak-Kanak Malaysia: theAsianparent dan Youvit Melancarkan ‘Kids Board of Directors’ Pertama untuk Memperkasakan Suara Muda, Memperjuangkan Kesihatan, Kegembiraan, dan Pemerkasaan

  • 6 Reasons Mums Are Switching to Applecrumby® for a Safer Nappy Choice
    Stories Rakan Kongsi

    6 Reasons Mums Are Switching to Applecrumby® for a Safer Nappy Choice

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham