X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Suami Curang Kerana Tergilakan Budak Sekolah! Ibu Ayah, Tolong Pantau Anak Yang Bersekolah Menengah

4 min bacaan
Suami Curang Kerana Tergilakan Budak Sekolah! Ibu Ayah, Tolong Pantau Anak Yang Bersekolah Menengah

Kisah rumah tangga suami curang bukanlah masalah yang baru. Lebih menyedihkan, kali ini dia sanggup melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur

Kisah rumah tangga suami curang kerap kali terjadi dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan, baru sahaja bergelar pasangan halal namun sudah berani melakukan hubungan terlarang dengan budak bawah umur.

Hendak ditangisi, ia sudahpun terjadi. Semoga perkongsian pengalaman wanita ini menjadi iktibar buat pasangan suami isteri dan ibu ayah agar anak tidak menjadi mangsa pemuas nafsu lelaki yang seterusnya.

Kisah rumah tangga suami curang ketika kurang 1 bulan berkahwin

kisah suami curang

credit to sources

Jika pasangan lain, beberapa bulan pertama dianggap fasa berbulan madu dan lebih mengenali hati budi antara satu sama lain. Namun tidak bagi wanita yang enggan dikenali namanya.

Menurut perkongsian di laman Twitter, dia telah dikhianati oleh suami sendiri ketika kurang 1 bulan mendirikan rumah tangga. Majlis resepsi belah lelaki juga masih tidak selesai, namun suaminya telah sanggup menempah bilik hotel dan melakukan hubungan seks dengan pelajarnya sendiri.

Lebih menyedihkan, ia adalah pelajar sekolah perempuan yang baru berusia 15 tahun yang dikenali sewaktu tempoh pertunangan.

Wanita ini turut memuat naik beberapa bukti screenshot perbualan suaminya dengan pelajar berkenaan yang penuh dengan kata-kata lucah dan gambar tidak senonoh.

”Saya mula berasa tidak sedap hati ketika berbulan-bulan kami berhubungan jarak jauh. Ketika itu saya berada tahun akhir pengajian di Mesir dan dia pula berada di Kuala Lumpur.”

”Mungkin dia berasa sunyi, tertekan dan minta lebih banyak masa untuk bersendiri. Kerana cinta, saya amat mempercayai serta memahami keadaannya.” kongsi wanita berkenaan.

Sangat tidak berperikemanusiaan apabila dia sanggup menabur pelbagai janji dan cinta palsu sehingga mengajak untuk mendirikan rumah tangga. Sedangkan dibelakang, dia telah curang dan menipu isterinya.

”Paling teruk dia menceraikan saya melalui teks Whatsapp. Setelah berkahwin, hanya 24 hari kami tinggal bersama sebelum saya mendapat petunjuk segala kecurangannya selama ini.”

Kisah rumah tangga suami curang ketika isteri berada di luar negara

kisah suami curang

credit to sources

”Selama 6 tahun berkenalan, dia hanya balas dengan kecurangan. Akhirnya memilih jalan hidup sendiri dan membiarkan perpisahan berlaku hanya kerana bertindak mengikut nafsu.” kongsinya.

Tambah wanita berkenaan lagi, tuhan tahu betapa susah untuk menerima hakikat ini. Bukan mudah menyembuhkan diri dan ikhlas melepaskannya pergi.

”Awalnya saya tidak mengetahui sebab dan perkara sebenar yang berlaku sehinggalah saya nekad bertemu secara peribadi budak 15 tahun tersebut dan keluarganya pada 12 September lalu. Kakaknya juga memberikan kepada saya semua bukti ini.”

Manusia apabila sudah terbiasa menipu dan berbohong, segalanya akan terlihat mudah. Jika dia berani menipu sepanjang tempoh pertunangan kami, tidak sukar baginya untuk menghubungi saya dan semua orang.

Dengan bantuan pihak NGO, satu laporan polis telah dibuat. Kenyataan telah diambil oleh IPD PJ dan seterusnya dibawa ke IPD Ampang (kerana gadis tersebut tinggal di sana). Pihak polis telah berjaya menangkap dan memasukkannya ke dalam lokap untuk beberapa hari.

Namun ia menjadi sedikit sukar apabila ayah gadis itu dari awalnya enggan melibatkan pihak polis serta meminta keadilan buat anak perempuannya yang masih bersekolah.

Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum suami kantoi curang

kes suami curang

credit to sources

Untuk memudahkan anda memahami kisah ini, berikut adalah kronologi bagaimana ia terjadi.

  • Pada 4 Januari 2020, kami berkahwin
  • Pada 18 hingga 30 Januari, saya bersama ahli keluarga terbang ke Mesir untuk menghadiri majlis graduasi saya. (Bekas suami tidak ikut kerana beri alasan bekerja)
  • Ketika dalam tempoh beberapa hari saya di sana, dia telah mengajak gadis berkenaan untuk masuk hotel.
  • Sebenarnya kami hanya tinggal bersama 24 hari sahaja dari 104 hari perkahwinan
  • Ketika 17 Februari, dia telah hantar saya pulang kerana last minute mula berubah fikiran ketika hendak pindah ke Seremban. Dia juga mengatakan perlukan masa dan ruang kerana masalah kemurungan.
  • Kemudian dia juga meminta untuk menghubunginya selama sebulan. Walaupun sedih, saya akur akan permintaannya. Menangis waktu tidur setiap malam. Saya cuba sedaya upaya hantar SMS kepadanya 2 kali.
  • Pada akhir 20 Mac, saya mendapat tahu bahawa dia telah berusaha menceraikan saya kerana sudah merujuk pejabat agama bulan ke-2 perkahwinan kami. Dia menggunakan alasan kemurungan untuk mendapatkan sokongan pegawai agama.

Katanya, ini bukanlah pertama kali dia menipu. Selama 6 tahun berkenalan, lebih 8 kali hatinya hancur kerana penipuan dan banyak perkara yang disembunyikan.

Sumber: Twitter

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pernah Diduakan & Hati Dilukai, Adakah Anda Sanggup Beri Peluang Kedua Untuk Suami? 

Stories Rakan Kongsi
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Build Your Child's Immunity To Fight Infections
Build Your Child's Immunity To Fight Infections
WIN Applecrumby And Fish products worth RM$305!
WIN Applecrumby And Fish products worth RM$305!
7 Strategi Bijak Yang Boleh Dilakukan Oleh Ibu Supaya Anak Mengambil Suplemen Kesihatan!
7 Strategi Bijak Yang Boleh Dilakukan Oleh Ibu Supaya Anak Mengambil Suplemen Kesihatan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Suami Curang Kerana Tergilakan Budak Sekolah! Ibu Ayah, Tolong Pantau Anak Yang Bersekolah Menengah
Kongsikan:
  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

  • Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

    Hukum Berkahwin Dengan Sepupu Dalam Islam Dan Kesannya, Ini Jawapan Mufti

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

    Kedudukan Solat Suami Isteri Yang Betul Ketika Berada Di Ruang Sempit, Solat Tetap Sah & Tidak Batal

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham