X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Gaya Ketika Seks Menentukan Berapa Banyak Kalori Hilang, Ajak Pasangan Cuba Malam Ini!

4 min bacaan
Gaya Ketika Seks Menentukan Berapa Banyak Kalori Hilang, Ajak Pasangan Cuba Malam Ini!

Untuk bakar kalori dalam tubuh tidak semestinya dengan melakukan senaman di luar rumah sahaja. Kajian mengatakan bahawa hubungan seks mampu membantu anda!

Sekali memulakan aksi di ranjang, habis berpeluh-peluh satu badan! Ini kebiasaan yang terjadi bagi setiap pasangan suami isteri dalam memenuhi nafkah batin antara satu sama lain. Namun, tahukah anda bahawa aktiviti persetubuhan ini sekiranya dilakukan dengan lebih kerap dapat bakar kalori dengan mudah?

Hubungan seks dengan pasangan ini dikatakan mampu membantu anda kekal sihat dan memperoleh berat badan ideal tanpa perlu keluar ke gym.

Posisi seks berkesan untuk bakar kalori dalam tubuh

Hubungan intim bersama pasangan tidak hanya dapat memberikan rasa nikmat, tetapi mampu membakar kalori dengan berkesan.

Jika anda melakukannya untuk tempoh 3o minit, sebanyak 144 kalori dapat dikurangkan. Bagi memaksimumkan proses ini, ia perlu disokong dengan beberapa posisi seks yang bersesuaian.

Hal yang perlu anda ingat adalah memastikan kedudukan seks selesa untuk diri sendiri dan pasangan.

#1. Cowgirl

cara bakar kalori

Kedudukan seks ini membolehkan wanita berada di atas dan pasangan hanya berbaring. Ia berkesan untuk para isteri dalam membakar kalori dan tidak pada suami.

Hanya untuk tempoh 30 minit, sebanyak 122 kalori boleh dikurangkan. Bukan itu sahaja, posisi ini dapat menguatkan bahagian punggung, perut dan pusat.

Sekiranya anda ingin lebih banyak peluh keluar, pelatih terkenal, Charlene Ciardiello menyarankan anda mengamalkan posisi squat. Caranya dengan menambahkan gerakan pinggang ke atas dan ke bawah untuk menghilangkan sebanyak 172 kalori.

#2. Standing

seks bakar kalori

Posisi ini membolehkan suami untuk menahan berat badan anda. Namun personal trainer, Cassie White menjelaskan bahawa sebenarnya tidak perlu berdiri sepenuhnya bagi menggendong pasangan.

Ia boleh dilakukan dengan membiarkan kaki anda bersandar pada bahunya.

Dalam pada itu, sebanyak 165 kalori dapat dikurangkan sekiranya anda kekal meneruskan aksi selama 30 minit. Manakal sang suami dapat membakar 220 kalori.

#3. Reverse cowgirl

bagaimana seks bakar kalori

Sama seperti cowgirl, posisi reverse cowgirl ini mampu membuatkan anda berada di atas, tetapi dengan cara membelakangi pasangan.

Menurut Betches, jika gerakan dilakukan dengan gaya maksimum, ia boleh membakar kalori sehingga 210.

#4. Doggy style

posisi seks bakar kalori

Kedudukan seks ini kelihatan agak ”liar”, namun ia sebenarnya mampu membakar kalori secara seimbang bagi kedua belah pihak.

Justeru bagi lelaki, sehingga 151 kalori dapat dihilangkan, manakala untuk gerakan lebih kuat mampu mengaktifkan pembakaran kalori mencapai 211. Wanita yang hanya menonggeng akan membakar 98 kalori.

#5. Missionary 

kebaikan seks boleh bakar kalori

Dikelaskan sebagai ‘seks vanila’, iaitu seks lembut dan selamat, kedudukan missionary ini juga menawarkan proses pembakaran kalori dengan ketara.

Ciardiello memberikan anggaran bahawa sebanyak 143 kalori akan dibakar oleh seorang lelaki dalam kedudukan ini. Manakala wanita hanya kehilangan 44 kalori.

Stories Rakan Kongsi
Mums: We Want Resilient Children
Mums: We Want Resilient Children
Why we should be concerned about parabens in baby products
Why we should be concerned about parabens in baby products
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Does Cattle Treatment & Breed Really Matter for Quality Formula Milk?
Does Cattle Treatment & Breed Really Matter for Quality Formula Milk?

” Gaya missionary memerlukan banyak pergerakan pinggang, kestabilan tubuh dan pergerakan badan atas,” katanya.

Sekiranya ingin meningkatkan kalori yang dibakar, anda disarankan untuk membantu menggerakkan pinggang bagi ‘melawan’ pergerakan suami. Bukan itu sahaja, keluarkan desahan dan erangan bagi membolehkannya menambahkan lagi tenaga untuk beraksi.

#6. Spooning

spooning

Anda menginginkan gaya seks yang santai dan tidak begitu ganas? Cubalah posisi spooning ini kerana ia berpotensi  bakar kalori dengan baik.

Wanita berupaya hilang sebanyak 103 kalori, manakala pasangan anda dapat membakar lebih kurang 113 kalori. Spooning adalah sejenis posisi seks yang dilakukan dengan isteri berbaring membelakangi suami ketika penetrasi zakar ke dalam faraj dilakukan.

Ciardiello menyarankan untuk anda mempercepatkan gerakan pinggang bagi menambahkan lagi ketahanan otot yang membuatkan kalori lebih banyak terbakar.

Sekiranya anda inginkan nilai kalori yang hilang dengan tepat, boleh sahaja gunakan alat teknologi berfungsi seperti Fitbit. Ia adalah peranti digunakan untuk mengawasi data seperti berapa kalori yang dibakar, kiraan langkah kaki, denyutan jantung, kualiti tidur dan beberapa metrik peribadi lain.

Bukan itu sahaja, anda sebenarnya boleh juga mengira sendiri berapa kalori yang hilang ketika melakukan hubungan seks secara manual menggunakan formula ini.

Pastikan anda catat tempoh masa yang telah dihabiskan untuk menyempurnakan ‘aksi’ bersama pasangan bermula dari foreplay sehinggalah klimaks.

Untuk suami, darab masa aktiviti seks anda dengan 4.2 dan anda pula darab dengan 3.1. Mudah bukan?

Sumber: Cnn Indonesia, Info Seks Melayu

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkenikmatan-seks

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Gaya Ketika Seks Menentukan Berapa Banyak Kalori Hilang, Ajak Pasangan Cuba Malam Ini!
Kongsikan:
  • 9 Aksi Senggama Yang Membakar Kalori - Tak Payah Bersenam Dah Lepas Ini!

    9 Aksi Senggama Yang Membakar Kalori - Tak Payah Bersenam Dah Lepas Ini!

  • Ibu Yang Kerap Menyusu Badan Lebih Mudah Kurus & Kelihatan Awet Muda- Kajian

    Ibu Yang Kerap Menyusu Badan Lebih Mudah Kurus & Kelihatan Awet Muda- Kajian

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • 9 Aksi Senggama Yang Membakar Kalori - Tak Payah Bersenam Dah Lepas Ini!

    9 Aksi Senggama Yang Membakar Kalori - Tak Payah Bersenam Dah Lepas Ini!

  • Ibu Yang Kerap Menyusu Badan Lebih Mudah Kurus & Kelihatan Awet Muda- Kajian

    Ibu Yang Kerap Menyusu Badan Lebih Mudah Kurus & Kelihatan Awet Muda- Kajian

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.