X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Apa Bintik-Bintik Di Badan Itu? Ini Simptom Cacar Air Yang Sering Disalah Baca Oleh Ibu Bapa

5 min bacaan
Apa Bintik-Bintik Di Badan Itu? Ini Simptom Cacar Air Yang Sering Disalah Baca Oleh Ibu Bapa

Bintik-bintik di badan anak disebabkan cacar air sering kali disalah baca oleh ibu ayah. Ini perkara tentang cacar air perlu tahu.

Apabila kulit anak timbul ruam secara rawak, ibu bapa rasa amat kecewa kerana tidak tahu puncanya.

Memandangkan kulit anak agak sensitif, mereka mungkin mendapat ruam akibat menukar sabun pencuci baju, ataupun bahan daripada pakaian baru mereka.

Kami ingin menyiasat lebih lanjut dan menyingkirkan sebab-sebab ini daripada senarai mengapa ruam timbul.

Namun jika anda telah melakukan segalanya yang anda boleh untuk mengenal pasti punca ruam mereka dan masih tidak dapat menentukan sebabnya, salah satu puncanya mungkin cacar air1.

Bagaimana untuk ketahui jika ruam anak sebenarnya cacar air

bintik-bintik di badan

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Cacar air adalah penyakit biasa yang menyerang kanak-kanak. Virus yang menyebabkan cacar air juga dikenali sebagai virus varicella, virus sama yang menyebabkan kayap (shingles). Ia merupakan penyakit yang senang dijangkiti dan boleh merebak daripada seorang ke seorang1.

Seseorang yang dijangkiti virus ini akan demam dan timbul ruam dengan lepuh. Ianya boleh merebak melalui1:

  • Udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu batuk atau bersin.
  • Dengan menyentuh cecair yang keluar daripada lepuh.

Jadi, jika anak anda baru-baru ini pergi ke taman permainan dan bermain dengan kanak-kanak lain yang membawa virus itu, mereka mungkin telah dijangkiti virus varicella. Untuk menentukan sama ada ia adalah cacar air, ibu dan ayah perlu meninjau simptom-simptom berikut1:

  • Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
  • Bintik merah kecil yang gatal di seluruh badan. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua belah lengan dan kaki.
  • Dalam masa 24 jam, ruam tersebut akan kelihatan seperti lepuh air (lepuh), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari).
  • Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.

Biasanya,  jangkitan cacar air ini menghasilkan imuniti seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) pada orang dewasa dan kadang-kala pada kanak-kanak1.

Apa yang perlu ibu ayah lakukan jika anak dijangkiti cacar air?

bintik-bintik di badan

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Jika anak anda menunjukkan simptom, anda harus membawa anak berjumpa dengan doktor. Ini kerana kanak-kanak lebih cenderung untuk menggaru lepuh mereka, malah mereka juga berisiko untuk mendapat komplikasi daripada cacar air seperti jangkitan kuman kulit, yang memerlukan ubat antibiotik2.

Ada beberapa cara untuk ibu bapa membantu melegakan ketidakselesaan anak-anak. Namun kami amat cadangkan untuk anda mendapat pelan rawatan betul daripada doktor dan tidak memberikan sebarang ubat kepada anak tanpa preskripsi doktor.

Selain itu, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan:

#1. Pastikan anak tidak menggaru!

Menggaru ruam boleh menyebabkan jangkitan kulit jika anak anda telah terjangkit jangkitan kuman dan ini akan meninggalkan parut2. Cuba tip berikut bagi melegakan kulit anak yang gatal:

  • Mandian mil oat sejuk (anda boleh membelinya di farmasi berdekatan). Dap atau tepuk (jangan gosok) pada kulit kering.
  • Sapu losyen kalamin (calamine lotion) pada bintik-bintik gatal.
  • Cuba antihistamin, seperti diphenhydramine, untuk mengurangkan gatal2.
  • Pakai pakaian kapas yang longgar untuk elakkan merengsakan kulit3.
  • Potong kuku anak agar dia tidak dapat menggaru dan mengumpul bakteria di bawah kuku.
  • Pakaikan sarung tangan atau miten jika boleh2.

#2. Duduk dalam ruang sejuk selama mana yang boleh

Haba dan peluh boleh menyebabkan kegatalan pada ruam badan anak. Ajak anda duduk dalam ruang yang sejuk, pasang kipas supaya peredaran udara mencukupi. Guna kain yang sejuk dan lembap untuk menyapu pada bahagian tubuh yang gatal agar kulit rasa lebih tenang dan pastikan ia kering sepenuhnya bagi mengelakkan ia menjadi tempat pembiakan bakteria3,4.

#3. Pastikan anak minum air dengan banyak

Ibu bapa harus memastikan anak-anak minum cecair dengan banyak bagi mengelak dehidrasi3.

Cuba tawarkan mereka air kosong berbanding air manis, sekiranya mereka mempunyai ruam cacar air pada bahagian mulut. Elak memberikan mereka makanan yang berasid atau masin kerana ini boleh menyebabkan mulut sakit3.

Cara untuk mencegah jangkitan dan/atau menghentikan jangkitan daripada menjadi lebih teruk

Sudah tentu kita berharap anak-anak tidak perlu menderita kerana cacar air. Ada caranya untuk kita elak anak-anak terjangkit cacar air, dan salah satu caranya adalah untuk memvaksinkan mereka4.

Vaksin varicella diberikan sebagai salah satu langkah pencegahan untuk mengurangkan risiko anak-anak dijangkiti penyakit ini, menyebarkan kepada orang lain atau mengalami komplikasi akibat cacar air1.

Aktiviti imunisasi telah diperkenalkan di Malaysia seawal tahun 1868. Pada masa itu, hanya terdapat imunisasi untuk mencegah penyakit cacar5. Namun kini, kita mempunyai jadual imunisasi komprehensif yang diberikan kepada anak-anak Malaysia di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (NIP)6.

Walaupun buat masa sekarang vaksin varicella bukan sebahagian daripada NIP, ia sebenarnya boleh didapati di kebanyakan klinik pengamal perubatan am, hospital swasta dan di klinik pakar pediatrik anda7.

Disyorkan untuk anda merujuk dengan doktor atau pakar pediatrik tentang vaksin varicella untuk anak-anak pada lawatan anda yang seterusnya.

Apa Bintik-Bintik Di Badan Itu? Ini Simptom Cacar Air Yang Sering Disalah Baca Oleh Ibu Bapa

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Selain itu, ibu bapa juga harus sentiasa memastikan mainan anak-anak disanitiasi secara kerap. Permukaan yang sering disentuh juga harus disapu dan dinyahjangkit bagi menghalang penyakit merebak8.

Jangan lupa untuk mengamalkan tabiat kebersihan yang baik selain merujuk kepada doktor keluarga anda tentang langkah pencegahan yang anda boleh ambil.

MY-VVX-00114 Aug/2022

Rujukan:

  1. PORTAL MyHEALTH. Chickenpox. Available From: https://www.myhealth.gov.my/en/chickenpox/. Last Accessed 20 August 2022.  
  2. Mayo Clinic. Chickenpox. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chickenpox/diagnosis-treatment/drc-20351287. Last Accessed 22 August 2022. 
  3. National Health Service. Chickenpox. Available From: https://www.nhs.uk/conditions/chickenpox/. Last Accessed 22 August 2022. 
  4. National Health Service Scotland. Chickenpox. Available From: https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/infections-and-poisoning/chickenpox#treating-chickenpox. Last Accessed 22 August 2022. 
  5. Sulaiman FI, Ariffin K. Penggunaan Vaksin Era Kolonial Di Selangor. Asian Journal of Environment, History and Heritage [Internet]. 2021:5(1).
  6. Immunise4Life. The Malaysian National Immunisation Programme (NIP). Available From: https://immunise4life.my/the-malaysian-national-immunisation-programme-nip/. Last Accessed 19 August 2022.  
  7. Immunise4Life. 5 Additional Recommended Vaccines for Children. Available From: https://immunise4life.my/5-additional-vaccines-for-children/. Last Accessed 13 September 2022.
  8. Centre for Health Protection. Department of Health – The Government of Hong Kong Special Administrative Region. Chickenpox. Available From: https://www.chp.gov.hk/en/healthtopics/content/24/15.html. Last Accessed 22 August  2022.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Give Health A Shot
  • /
  • Apa Bintik-Bintik Di Badan Itu? Ini Simptom Cacar Air Yang Sering Disalah Baca Oleh Ibu Bapa
Kongsikan:
  • Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini

  • Kanak-kanak Jatuh Sakit Kerana Pusat Asuhan & Ini Cara Ibu Bapa Dapat Melindungi Mereka

    Kanak-kanak Jatuh Sakit Kerana Pusat Asuhan & Ini Cara Ibu Bapa Dapat Melindungi Mereka

  • Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
    Stories Rakan Kongsi

    Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal

  • Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini

  • Kanak-kanak Jatuh Sakit Kerana Pusat Asuhan & Ini Cara Ibu Bapa Dapat Melindungi Mereka

    Kanak-kanak Jatuh Sakit Kerana Pusat Asuhan & Ini Cara Ibu Bapa Dapat Melindungi Mereka

  • Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
    Stories Rakan Kongsi

    Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.