X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Sentiasa Waspada, Gambar Ibu Mengandung Sering Menjadi Bahan Lucah Para Lelaki!

4 min bacaan
Sentiasa Waspada, Gambar Ibu Mengandung Sering Menjadi Bahan Lucah Para Lelaki!

Gambar ibu mengandung yang dimuat naik dalam media sosial sering menjadi bahan pemuas nafsu oleh para lelaki gila seks walaupun anda sudah menutup aurat

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang gambar ibu mengandung dijadikan bahan rangsangan seksual lelaki gila seks di Tumblr.

Ibu mengandung dinasihatkan untuk berfikir dua kali sebelum memuatnaik gambar perut atau baby bump mereka di media sosial.

Baca juga: 7 Tips Memilih Baju Untuk Ibu Mengandung, Yang Penting Selesa & Nampak Cantik!

Gambar ibu mengandung jadi rangsangan lucah lelaki online

gambar ibu hamil

credit to sources

Athirah Arshad, seorang pengguna Facebook telah memberikan amaran kepada wanita-wanita mengandung apabila dia terjumpa gambar wanita mengandung dengan kapsyen yang lucah semasa melayari laman Tumblr.

“Saya sedang mencari infomarsi tentang kehamilan dan saya membuat keputusan untuk log masuk Tumblr. Saya terkejut apabila membaca kapsyen yang diletakkan pada gambar-gambar tersebut.

Kapsyen pada gambar-gambar wanita bertudung ini mengandungi kandungan yang lucah dalam Bahasa Melayu.

“Saya tak pernah melihat perkara seperti ini sebelum ini dan ini adalah kali pertama saya melihatnya di Tumblr. Saya percaya yang ada banyak lagi perkara macam ini di laman tersebut,” Athirah menambah, dia juga mengambil beberapa screenshot sebelum menutup komputernya.

Peniaga makanan yang berusia 21 tahun dari Seri Manjung ini telah mengaburkan muka gambar gambar perut hamil ini sebelum memuatnaik pos di Facebook sebagai peringatan kepada ibu-ibu mengandung untuk berfikir dua kali sebelum memuatnaik gambar perut mereka di media sosial.

“Kakcik (merujuk pada dirinya) ada juga manusia yang terlampau gila seks sampaikan gambar ibu mengandung pun mereka nak buat modal. Bodoh betul! Manusia jenis apa mereka ni?” katanya di Facebook.

Athirah juga berharap yang pihak berkuasa, termasuk polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan atas individu yang memuatnaik bahan seperti ini di atas talian.

Pos Athirah telah dikongsi sebanyak 5,600 kali dengan ramai pengguna Facebook merasa jijik dan marah tentang perkara ini.

Gambar wanita hamil: Cara memastikan agar gambar tidak disalahguna

gambar wanita mengandung

credit to sources

Gambar ibu mengandung sering kali dijadikan sebagai bahan seks untuk segelintir orang bukanlah satu perkara yang baru, malah mereka diberi gelaran preggofilia atau maiesiophilia.

Terdapat juga beberapa laman pornografi yang dikhaskan untuk preggofilia ini.

Jadi, bakal ibu semua perlu mengambil langkah-langkah ini sebelum anda kongsikan gambar anda dengan orang lain untuk memastikan keselamatan anda terjamin.

#1. Berhati-hati ketika berkawan

Pertamanya, jangan mudah tertipu dengan akaun ‘mummy’ melainkan anda benar-benar mengenali orang itu secara peribadi.

Ingat, pemangsa ini sering menyamar sebagai ‘ibu’ supaya mereka mendapat akses kepada kumpulan di mana ibu-ibu berkongsi gambar perut hamil mereka.

#2. Hanya berkongsi gambar kepada orang yang dipercayai

Pastikan senarai rakan anda telah disemak dan terbukti boleh dipercayai sebelum berkongsi detik-detik intim kehidupan anda, termasuk menyekat gambar-gambar perut hamil.

Ia mungkin kelihatan membosankan untuk menapis akaun media sosial anda, tetapi ia adalah demi keselamatan kita juga.

#3. Set akaun media sosial anda ke “private”

gambar wanita hamil

credit to sources

Jika anda takut yang gambar anda dicuri, setkan akaun anda ke “private”. Ia sangat perlu dilakukan jka anda gemar berkongsi gambar perut mengandung anda.

#4. Mengesan pemangsa anda sendiri

Cuba anda google perkataan yang ada kaitan dengan ibu hamil (contohnya: perut ibu hamil)? Lihat pada bahagian Google Image.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Lihat sama ada foto anda keluar pada carian berkenaan. Jika ya, laporkan semua yang anda dapati kepada pentadbir rangkaian sosial.

#5. Letak tanda atau watermark pada foto anda

Ia mungkin kelihatan seperti rumit untuk letak watermark pada gambar sendiri, tetapi ia pasti berbaloi, terutamanya apabila gambar wanita hamil itu adalah kepunyaan anda.

Watermarking akan menghalang pemangsa dari mengambil atau mengubah suai imej.

#6. Tukar kata laluan yang selamat

Kadangkala, pemangsa juga mungkin akan teknik hacking ke akaun anda untuk mengakses kandungan peribadi. Pastikan anda menukar password atau kata laluan anda setiap bulan agar lebih selamat.

#7. Tapis kumpulan yang telah anda sertai

Demi keselamatan online, cuba untuk tapis kumpulan yang anda sertai dalam talian. Kerana sibuk, amat mudah untuk kita abaikan tentang kumpulan-kumpulan yang kita sertai.

Oleh itu, jadikan tabiat untuk memeriksa dan menapis kumpulan dalam talian supaya media sosial anda menjadi persekitaran yang lebih selamat buat anda!

Anda perlu tahu yang gambar profil anda sentiasa boleh diakses oleh orang ramai dan turut boleh diakses menerusi enjin carian.

Semoga dengan langkah keselamatan ini, bakal-bakal ibu semua terus selamat dari buruan lelaki-lelaki tak bermoral ini.

Sumber: TheStar

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bukan Saja-Saja, Ada Sebab Orang Tua Melarang Ibu Berkongsi Gambar Bayi Di Media Sosial

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Sentiasa Waspada, Gambar Ibu Mengandung Sering Menjadi Bahan Lucah Para Lelaki!
Kongsikan:
  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

    Biji Teratai (Lotus Seeds) Untuk Ibu Hamil: Kandungan Nutrisi, Manfaat & Cara Pengambilan

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham