Jenis-Jenis Senyuman Bayi Yang Anda Perlu Ketahui

Berikut adalah jenis-jenis senyuman bayi mengikut penelitian pakar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi yang tersenyum sememangnya membahagiakan ibu dan bapa. Ibu dan bapa mesti tertanya-tanya apakah yang menggembirakan si kecil ini?

Berikut adalah jenis-jenis senyuman bayi mengikut penelitian pakar.

Senyuman spontan

Kita pasti merasakan yang bayi baru berusia sebulan tersenyum semasa tidur atau selepas menyusu adalah satu perkara pelik dan ajaib.

Yelah, kerana pada tahap ini, otak bayi belum pun berkembang. Apalah yang dia faham, kan?

Lagi pun, dia tersenyum bukan disebabkan daripada rangsangan luar.

Sememangnya, bayi yang baru berusia beberapa minggu belum mendapat menghubungkan antara sistem pemikiran dan perasaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, hal ini, secara jujurnya, masih tidak dapat dijelaskan oleh pakar. Yang pasti, si kecil akan mudah tersenyum ketika tidur. Orang melayu cakap, ada malaikat lalu!

Senyuman sosial

Beberapa bulan kemudian, bayi akan mula belajar untuk tersenyum sebagai responnya terhadap rangsangan dari luar.

Rangsangan yang paling awal yang dapat membuatkan bayi tersenyum adalah biasanya hadir daripada suara orang yang paling dekat dengannya seperti ibu dan ayah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebab itulah, jika anda cuba untuk memasamkan muka dengan bayi anda berusia 3 bulan atau mengagah dengan nada garang, kemungkinan besar dia akan kecewa dan menangis!

Dan jika anda bergurau dengan bayi secara berterusan, dia akan tersenyum lantas memalingkan muka ke tempat lain, memberi isyarat kepada anda yang dia hendak berehat sebentar daripada gurauan terus menerus!

Comel, bukan?

Pada usia 2-6 bulan, senyuman jenis ini dapat menawan hati sesiapa sahaja yang melihatnya, kerana senyuman jenis ini sudah dapat mengembangkan pipi bayi serta otot matanya sudah boleh mengerut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerana pada ketika dia tersenyum, bayi ini berada di puncak kegembiraannya.

Senyuman Pengharapan

Setelah bayi berusia 6 bulan dan ke atas, bayi akan mula ada perasaan ingin tahu yang tinggi, sebagai proses pembelajaran yang menyeronokkan.

Cuba perhatikan dan duduk berdekatan si kecil semasa bermain dan perhatikan apa yang si kecil lakukan.

Jika permainan si kecil mengeluarkan bunyi apabila mainannya dipicit, atau menyala apabila disentuh, dia akan tersenyum dengan lebar dan terus memandang anda, seolah-olah cuba berkomunikasi secara lisan kepada anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketawa

Bayi berusia 7 bulan kebawah tidak akan peduli reaksi orang lain.

Bila mereka ketawa, mereka akan terus ketawa sama ada, orang lain ketawa atau tidak.

Bayi lebih dari 7 bulan pula sudah pandai menyesuaikan respon yang ada pada dirinya dan persekirannya.

Buktinya, mereka akan tertawa sendirian dan jika orang lain di sekeliling tidak ketawa, bayi juga akan berhenti ketawa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Respons ini sama seperti orang dewasa yang lainnya. Menarik, bukan?

Ini membuktikan bahawa pada tahap ini , bayi sudah boleh mengaitkan tindakan mereka dengan respon orang lain.

Mereka juga boleh memahami dan menyesuaikan respon mereka dengan respon orang lain.

Walau apa pun, senyuman dari seorang bayi sememangnya berupaya menggembirakan hati kita dan semua orang yang melihatnya. 

Sampai boleh terbayang-bayanglah senyuman comelnya itu dalam mimpi kita!

Penulis

Michelle Goh