Kenali najis bayi anda! Oleh itu, setiap ibu ayah akan tahu maksud warna najis bayi kerana ia penting sebagai petunjuk mengenali jangkitan2. Menurut tinjauan yang dijalankan dalam aplikasi theAsianparent, 92% ibu ayah sedar bahawa mengambil perhatian tentang najis anak dapat membantu tahap kesihatan mereka2.
Menurut tinjauan yang dilakukan dalam aplikasi theAsianparent, hampir 98% ibu ayah bersetuju bahawa penting untuk memantau tekstur najis bayi, manakala hanya 1% tidak pasti tentang perkara ini. Bagi mengesan sebarang kelainan pada najis bayi anda, pemeriksaan haruslah dilakukan. Ibu ayah wajib tahu sekiranya najis yang dihasilkan bayi adalah normal atau sebaliknya!
Untuk pengetahuan anda, warna najis bayi tidak terhad pada satu warna sahaja, dan boleh muncul dalam pelbagai warna. Malah, ada yang normal ada yang tidak. Warna najis bayi dapat menentukan keadaan tubuh bayi. Jadi untuk mengetahui sekiranya najis bayi normal atau tidak adalah bergantung kepada4:
- Usia bayi4
- Adakah bayi hanya diberikan susu ibu atau susu formula?4
- Adakah bayi sudah makan makanan pejal?4
Warna-warna najis bayi
#1. Najis bayi berwarna merah
Warna merah pada najis bayi mungkin disebabkan darah, tetapi najis berwarna merah bukan disebabkan oleh darah. Oleh itu, sebelum anda panik, penyebab biasa najis berwarna merah adalah disebabkan oleh pewarna makanan atau aditif makanan, contohnya ubi bit merah atau jus tomato2,5,6.
Kadang kala, ubat-ubat tertentu juga boleh menyebabkan najis bayi anda menjadi merah2.
Sebab-sebab lain najis berdarah mungkin kerana alergi atau pendarahan di saluran gastrointestinal bawah2,5,6. Hubungi doktor anda jika anda melihat darah pada najis bayi anda.
#2. Najis bayi berwarna hijau terang dan berbuih
Adakah tahi bayi anda yang menyusu ibu itu kelihatan seperti susu kocak berbuih? Jika perkara ini berlaku, kemungkinan mereka mungkin telah menerima terlalu banyak susu-awal (susu rendah lemak) berbanding susu-akhir (susu tinggi lemak). Apabila bayi anda menerima lebih banyak susu rendah lemak, mereka mungkin mencernakannya dengan cepat dan menyebabkan najis berwarna hijau terang dan berbuih6,7.
Jika najis bayi anda memang berbuih dan hijau, ia mungkin bermakna dia tidak menyusu dengan cukup pada setiap payudara. Anda boleh cuba menyusu bayi anda sehingga payudara pertama kosong sepenuhnya sebelum menukar kepada payudara sebelah6.
#3. Najis bayi berair kuning/hijau/coklat
Kebiasaannya najis bayi berwarna kuning, hijau atau coklat4 dan ia selalunya bergantung kepada diet bayi anda. Najis bayi yang menyusu badan ibu selalunya berwarna kuning biji sawi, berketulan kecil dan lebih cair manakala najis bayi yang menyusu susu formula selalunya lebih pekat (mirip mentega kacang) dan berwarna kuning atau hijau5,6.
Najis bayi yang cirit-birit lebih cair dan berair6. Jika najis bayi anda tiba-tiba menjadi lebih cair and lebih kerap, itulah tanda-tanda cirit-birit. Bayi anda mengalami cirit-birit jika bayi anda membuang najis secara ini berterusan selama 2 kali atau lebih6. Kadang-kala, ianya merupakan tanda jangkitan atau alahan6. Sekiranya bayi anda cirit-birit, jangan bertangguh untuk merujuk kepada pakar kanak-kanak segera.
Cirit birit bayi perlu diambil serius kerana ia boleh membawa kepada dehidrasi jika tidak dirawat dalam beberapa masa4,6.
#4. Najis bayi berwarna-warni
Ini pelik juga ya.
Jika anda mengesan najis bayi anda dipenuhi dengan tompokan makanan berwarna terang, jangan risau kerana perkara ini sering berlaku disebabkan oleh sesetengah jenis makanan hanya sebahagian sahaja yang dicerna, atau tidak dihancurkan sama sekali kerana ia bergerak dengan pantas melalui usus bayi6.
Perkara ini juga boleh berlaku jika si manja begitu menggemari makanannya sehingga dia tidak mengunyah dengan sepenuhnya sebelum dia menelan makanan6. Tetapi, jika anda perhatikan najis bayi anda sering mengandungi makanan yang separuh hadam, maka lawatan ke doktor itu adalah digalakkan untuk memastikan sistem penghadaman bayi sihat.
#5. Najis bayi berwarna coklat kehijauan/coklat gelap
Najis coklat kehijauan atau coklat gelap bermakna bayi anda telah memasuki dunia makanan pepejal dan ini adalah normal! Anda akan mendapati terdapat perubahan pada najis bayi anda sewaktu dia mula menerima makanan pejal, sebenarnya, terutamanya jika dia sedang menyusu ibu. Najis anak anda juga boleh menjadi agak berbau2,5,6.
Warna najis bayi yang perlu anda risau
Menurut tinjauan yang dijalankan dalam aplikasi theAsianparent, hanya 32% ibu mengenal pasti tekstur najis yang menunjukkan jangkitan virus. Jika anda melihat najis bayi anda seperti ini sila bawa mereka berjumpa dengan doktor:
#1. Najis Berair
Ia adalah biasa sekiranya najis bayi anda agak cair pada awal kelahiran. Menurut tinjauan yang dijalankan dalam aplikasi theAsianparent, 89% ibu ayah menyedari bahawa memantau tekstur dan warna najis bayi penting. Ia mungkin petanda bayi anda mengalami cirit birit dan harus dirawat dengan segera. Sekiranya cirit-birit tidak dirawat, ia boleh menyebabkan bayi mengalami dehidrasi dan boleh membahayakan kesihatan bayi6.
#2. Najis Warna Merah
Jika bayi tidak makan sebarang makanan yang berwarna merah tetapi masih menghasilkan najis yang berwarna merah atau terdapat sedikit kehadiran darah dalam najis bayi, ia mungkin disebabkan oleh bayi mengalami alergi atau pendarahan di saluran gastrointestinal2,5,6.
#3. Lendir Dalam Najis
Jika najis bayi mengandungi lendir dan ada jaluran yang berwarna kehijauan, ia mungkin disebabkan oleh jangkitan atau bayi anda sensitif terhadap ubat yang anda mengambil6.
#4. Najis Warna Putih atau Najis Warna Kelabu Keputihan2,5
Ia ialah petanda bahawa saluran hati bayi anda tersumbat yang mungkin boleh mengancam nyawa bayi anda dan tidak menghasilkan hempedu yang cukup untuk proses pencernaan. Hempedu merupakan cecair berwarna hijau yang disimpan dalam pundi hempedu. Warna kuning/coklat pada najis adalah disebabkan oleh hempedu.
#5. Bau Najis Sangat Busuk
Jika bayi menghasilkan najis yang berbau sangat busuk, ia mungkin memberi petanda bahawa bayi anda sedang mengalami jangkitan10,11.
#6. Najis Yang Sangat Cair
Jika najis bayi terlalu cair dan merembes keluar dari lampin, ia mungkin disebabkan oleh bayi mengalami alergik, jangkitan ataupun cirit-birit6,10,11.
#7. Muka Bayi Meneran Dengan Sukar
Jika bayi kelihatan agak sukar semasa proses membuang air besar atau bayi menangis, bayi anda mungkin mengalami sembelit6,12.
#8. Najis Kelihatan Seperti Batu Kerikil6,12
Jika najis bayi sangat kering, kelihatan seperti batu kerikil, ia mungkin menunjukkan bahawa bayi anda mengalami masalah sembelit.
Sekiranya tidak dirawat, najis bayi juga mungkin akan mengandungi sedikit darah kerana dubur/rektum bayi yang terluka semasa proses membuang air besar.
Menyusu dengan kerap atau tingkatkan pengambilan cecair mungkin boleh membantu mengatasi masalah ini.
Apa itu rotavirus?
Rotavirus mendapat namanya dari perkataan Latin iaitu “rota” yang bermaksud roda dan virus ini dinamakan sedemikian disebabkan bentuknya seperti roda13.
Rotavirus adalah salah satu penyebab utama cirit-birit dan muntah di kalangan kanak-kanak. Ia merebak melalui pencemaran najis13.
Bukan sakit perut biasa: Simptom lain jangkitan Rotavirus adalah dehidrasi
Virus ini boleh mengakibatkan demam panas, cirit-birit dan juga kejang atau sakit perut yang berterusan. Selepas dijangkiti, jangkitan ini biasanya mengambil jangka masa dua hari sebelum timbul gejala kepada kanak-kanak berkenaan13,14.
Gejala dehidrasi adalah seperti14:
- Mulut dan tekak kering
- Tiada air mata ketika kanak-kanak menangis
- Kekurangan air kencing
- Keletihan yang luar biasa
Kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah ini boleh membawa maut jika gantian cecair tidak diberi dengan segera.
Oleh itu, jika anak anda menunjukkan tanda-tanda di atas, bawa berjumpa doktor dengan segera. Rotavirus boleh menyebabkan penyakit yang teruk pada kanak-kanak kecil tetapi ia pasti boleh dicegah dengan penjagaan kebersihan yang betul dan mengambil vaksin yang sesuai.
REFERENCES:
- theAsianparent Survey. Tahukah anda bahawa anda boleh memantau kesihatan anak anda dengan mengambil tahu tentang najis anak anda?. Retrieved on 12 Sep 2022.
- Johns Hopkins Children’s Center. What can your child’s poop color tell you?. Available From: https://www.hopkinsmedicine.org/johns-hopkins-childrens-center/what-we-treat/specialties/gastroenterology-hepatology-nutrition/stool-color-overview.html. Last Accessed: 20 Sep 2022.
- theAsianparent Survey. Anda rasa adakah penting untuk memantau keadaan najis bayi anda?. Retrieved on 12 Sep 2022.
- HealthLink BC. Bowel Movements in Babies. Available From: https://www.healthlinkbc.ca/pregnancy-parenting/parenting-babies-0-12-months/baby-health/bowel-movements-babies. Last Accessed: 20 Sep 2022.
- Johns Hopkins Children’s Center. Stool Color Guide. Available From: https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/stool-color-guide#:~:text=Normal%20stool%20color&text=Any%20shade%20of%20brown%2C%20green,first%20few%20days%20after%20birth. Last Accessed: 13 Feb 2023.
- Bhinde SM. Importance of Stool Examination in Babies. Journal of Indian System of Medicine [Internet]. 2014:2(3).
- Evans K et al. Effect of the method of breast feeding on breast engorgement, mastitis and infantile colic. Acta Paediatr [Internet]. 1995(84).
- theAsianparent Survey. Manakah antara keadaan najis yang menunjukkan jangkitan virus?. Retrieved on 12 Sep 2022.
- theAsianparent Survey. Adakah anda memantau tekstur (lebih cair, kurang cair) najis bayi anda?. Retrieved on 12 Sep 2022.
- Dunn N & Juergens AL. Giardiasis. StatPearls [Internet]. 2022(1).
- Addis M & Sisay D. A Review on Major Food Borne Bacterial Illnesses. Journal of Tropical Diseases [Internet]. 2015:3(4).
- Health and Safety Executive. Constipation in babies (0 to 6 months). Available From: https://www2.hse.ie/conditions/constipation-children/constipation-in-babies-0-to-6-months/. Last Accessed: 20 Sep 2022.
- Centers for Disease Control and Prevention. Rotavirus. Available From: https://www.cdc.gov/vaccines/pubs/pinkbook/rota.html. Last Accessed: 20 Sep 2022.
- Centers for Disease Control and Prevention. Rotavirus. Available From: https://www.cdc.gov/rotavirus/about/symptoms.html. Last Accessed: 20 Sep 2022.