Jenis Susu Apa Sesuai Untuk Anak Saya? Panduan Pilih Susu Untuk Pelbagai Umur

Ada pelbagai jenis susu untuk bayi dan kanak-kanak di luar sana yang ibu ayah boleh pilih. Tapi, mana satu yang paling sesuai untuk anak anda? Artikel ini ada perkongsiannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pilih jenis susu untuk bayi yang sesuai buat si kecil anda!

Beberapa bulan lepas, saya berada di sebuah supermarket. Saya cuba untuk memilih susu buat si kecil saya.

Dan, saya perlu mengaku: saya agak pening kepala dan tidak tahu nak pilih susu yang mana satu!

Ada banyak jenis jenama susu. Bagaimana saya nak buat pilihan?

Jadi, saya ambil saja setin susu penuh krim yang biasa. Saya rasa ia sesuai untuk anak saya.

Bila saya pulang ke rumah, saya mula buat kajian tentang jenis susu untuk bayi yang ada di luar sana.

Jenis susu yang ada di rak supermarket

Kredit: Babycenter.com.au

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda abaikan pelbagai istilah pemasaran dalam penjualanan susu, anda akan perasan yang terdapat 5 jenis susu untuk bayi dan kanak-kanak yang boleh anda pilih di kedai runcit atau pasaraya.

Tapi, anda perlu tahu yang tidak kesemuanya sesuai untuk anak anda. Jika anda lihat jenis susu di rak jualan, ia pasti akan jatuh dalam salah satu kategori berikut:

  • Susu segar
  • Susu penuh
  • Susu formula
  • Susu khas
  • Susu bukan dairi

Saya akan terangkan setiap satu jenis susu ini, supaya anda dapat memahaminya dengan lebih baik.

1. Susu segar

Susu segar meliputi susu pasteur, UHT, dan susu serbuk. Ketiga-tiga jenis ini lebih kurang sama dari segi kandungan nutrisi, terutamanya kalsium.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi, anda tidak perlu risau tentang perlu memilih salah satu daripadanya. Kesemuanya lebih kurang sama saja.

Bergantung kepada tahap lemak, susu pasteur boleh dibahagikan kepada susu penuh lemak, susu separuh lemak, dan susu tanpa lemak.

2. Susu Penuh

Kredit: Biggerbolderbaker.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susu penuh adalah susu yang mengandungi lemak dari bahan berasaskan sayuran atau tumbuhan.

Selalunya, susu pekat yang kita guna dalam minuman adalah dari jenis susu penuh. Sama juga seperti susu sejat.

Tapi, anda perlu tahu yang susu pekat adalah sangat manis dan penuh dengan kandungan gula.

Gula sejat pula tidak sesuai untuk diambil begitu sahaja. Ia diperbuat daripada minyak kelapa sawit dan selalunya penuh dengan lemak tepu.

3. Susu formula

Susu formula pula selalunya diperbuat daripada susu lembu dan diformulasi untuk pelbagai umur kanak-kanak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Formula Peringkat 1 adalah khas untuk bayi yang baru lahir antara usia 0 hingga 6 bulan.

Peringkat 2 pula untuk bayi antara 6 ke 12 bulan. Formula Peringkat 3 dan ke atas dipanggil sebagai susu tumbesaran.

Walaupun susu ini diperkayakan dengan kalsium dan pelbagai nutrien lain lagi, ada banyak badan kesihatan yang merasakan susu tumbesaran tidak penting untuk kanak-kanak.

Ini kerana ia mempunyai kandungan gula yang tidak diperlukan.

4. Susu khas

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Mom365.com

Ini pula susu khas yang dibuat untuk kanak-kanak yang mengalami masalah kesihatan.

Ada kanak-kanak yang tidak sesuai untuk menggunakan susu badan atau susu formula, maka mereka disarankan untuk mengambil susu khas.

Antara jenis susu khas adalah:

  • Susu berasaskan soya – Ia membantu bayi yang alah pada protein bovin.
  • Susu bebas laktosa – Ia direka khas untuk bayi yang alah pada laktos.
  • Susu hidrolisis penuh atau susu separuh hidrolisis – Direka khas untuk kanak-kanak yang alah pada protein dalam susu. Ia telah dipecahkan kepada unit protein yang mudah untuk dihadam.
  • Susu hipoalergik – Ia membantu kanak-kanak yang mempunyai alahan atau sejarah keluarga yang alah pada protein susu.
  • Susu anti-regurgitasi – Ia direka untuk anak kecil yang mengalami masalah GERD dan sering muntah. Susu jenis ini lebih pekat dari biasa dan elok untuk usus.

Jenis susu bayi di atas bukanlah susu biasa. Anda tidak perlu menggunakannya kecuali jika disarankan oleh doktor.

5. Susu bukan dairi

Ini termasuklah susu berasaskan tumbuhan yang anda boleh jumpa di kedai. Ia selalunya diperbuat daripada soya, quinoa, kacang badam, beras, kelapa, dan pelbagai jenis tumbuhan lain.

Selalunya, ia adalah untuk orang dewasa, jadi jangan berikannya kepada bayi anda.

Jenis susu apa yang patut saya beli untuk anak saya?

Untuk kanak-kanak sehingga usia 12 tahun, anda perlu memasukkan susu ke dalam diet hariannya.

Selepas usia itu pun, susu masih lagi jadi sumber kalsium yang penting. Jadi, jangan lupa untuk memberikannya 2 gelas susu setiap hari.

Di bawah ini adalah jadual pemberian susu untuk pelbagai usia kanak-kanak. Ia disarankan oleh Organisasi Kesihatan Dunia, NHS UK, HPB Singapore, dan European Food Safety Authority.

Kredit: The Asian Parent Singapore

Rumusan tentang jenis susu untuk bayi

  • Sebelum anak anda berusia 1 tahun, jangan berikannya sebarang jenis susu lembu segar.
  • Selepas usia 1 tahun, berikannya susu lembu penuh krim.
  • Selepas usia 2 atau 3 tahun, anda boleh mula memberikan si kecil anda susu lembu separa krim.

Dan juga, selepas umur 1 tahun, anak anda hanya memerlukan 3 bahagian dairi.

Jadi, jangan hanya memberikannya susu sahaja. Dia juga memerlukan nutrisi lain daripada makanan pejal.

Dengan panduan pemberian susu ini, saya harap anda dapat memilih susu yang terbaik untuk si kecil anda!

Sumber: Ditulis oleh Dr. Anay Bhalerao untuk The Asian Parent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Salah Menyimpan Susu Badan Boleh Jadi Berbahaya Untuk Bayi, Jauhi 9 Kesalahan Ini!

Penulis

Noor