Sakan 'Membawang' Dengan Jiran, Kepala Wanita Ini Akhirnya Tersangkut Pada Jeriji Besi!

Macam tak percaya rasanya bila kepala wanita ini tersangkut semasa bersembang dengan jiran sebelah rumahnya. Hmm..bunyi macam kelakar tapi sebenarnya pelbagai risiko boleh terjadi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Betullah orang kata, bila sibuk membawang kadang-kadang boleh tak perasan ada perkara boleh berlaku. Contohnya seperti yang terjadi pada wanita ini apabila berhadapan detik cemas setelah kepalanya tersangkut pada jeriji besi selama hampir lima jam.

Kejadian ini berlaku apabila mangsa dikatakan sedang rancak bersembang dengan jiran yang tinggal di sebelah rumahnya, sebelum secara tak sengaja memasukkan kepala di celahan jeriji besi tersebut.

Setelah itu, wanita berkenaan cemas apabila tidak dapat mengeluarkan kembali kepalanya di antara palang jeriji besi itu.

Kepala tersangkut pada jeriji besi ketika rancak ‘membawang’

Kejadian yang tidak disangka ini berlaku di bandar La Virginia, namun laporan media tempatan di sana tidak mendedahkan identiti mangsa.

Menurut saksi yang melihat kejadian itu berkata, wanita tersebut terlalu ghairah bersembang dengan jirannya hingga dia memasukkan kepalanya pada jeriji besi itu.

Namun, menurut saksi yang lain wanita itu dilihat memasukkan kepalanya kerana jeriji besi itu berkunci dan ingin melihat sama ada jirannya ada di rumah atau tidak. Setelah melihat mangsa berkeadaan sebegitu, jirannya pantas membantu namun gagal sebelum meminta bantuan pihak bomba.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila bomba tiba, jeriji besi itu dipotong dan berjaya mengeluarkan kembali kepala wanita tersebut tanpa berlakunya kecederaan.

Sekali lagi, pihak theAsianparent Malaysia ingin menegaskan agar netizen lebih menjaga keselamatan tidak kiralah di manapun anda berada. Malang itu tidak berbau!

Berikut antara info tambahan tentang penggunaan lif buat netizen yang mungkin “terlepas pandang” tentang keselamatan menggunakan lif ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Extra info: Tips penggunaan lif 

  • Tekan butang naik atau turun seperti yang dikehendaki dalam lif.
  • Berhati-hati semasa melangkah keluar atau masuk ke dalam lif.
  • Pintu lif biasanya akan tertutup sendiri apabila ada orang yang keluar atau masuk lif . Selain itu, anda juga boleh menekan butang buka dan tutup lif sekiranya ada orang yang ingin keluar atau masuk ke dalam lif tersebut.
  • Jika berlakukanya kecemasan, diharap anda bertenang dan tidak panik. Kemudian tekan butang loceng kecemasan dan guna interkom.
  • Setelah itu buat panggilan kepada nombor kecemasan yang tertera dalam lif tersebut. Kemudian tunggu sampai bantuan tiba.
  • Jangan keluar dari lif semasa terperangkap dan tidak membuka pintu lif dengan kekerasan.
  • Jika berlaku sebarang kebakaran, sila gunakan tangga.

Kesimpulannya, jika berlaku perkara sedemikian, sebaiknya anda hubungi pihak kecemasan seperti bomba untuk membantu dan tidak memandai sendiri supaya tiada kecederaan berlaku. 

[tap-poll id=] 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Oh Media

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.comragam-pengguna-aplikasi-waze

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan