Jiran sebelah adalah insan yang paling dekat dengan kita. Namun, tidak semua memiliki sikap baik serta menghormati antara satu sama lain. Memandangkan pandemik Covid-19 belum berakhir, semua individu berada dalam berjaga-jaga akan risiko penularannya.
Tidak dinafikan pihak petugas barisan hadapan adalah yang paling berjasa kepada negara dalam membanteras penyebaran virus misteri ini. Akan tetapi, segelintir masyarakat tidak menghargai malah sanggup memandang hina kepada golongan ini.
Jiran sebelah hina frontliners pembawa virus
Tidak hanya mempertaruhkan nyawa di tempat kerja dan pulang bersama keluarga tersayang, terdapat pula jiran sebelah dan sekeliling rumah mencaci kumpulan barisan hadapan sebagai pembawa virus sehingga memberikan kesan terhadap mereka sekeluarga.
Inilah realiti yang dihadapi oleh pasangan petugas hospital ini. Menurut laporan media Indonesia, jiran sebelah rumahnya sering bersikap biadap yang kononnya petugas hospital pembawa virus kerana sering menghabiskan masa merawat dan terdedah dengan pesakit Covid-19.
Petugas medik dari Singapura ini bersama isterinya bekerja dalam bidang yang sama. Namun, amat mengecewakan apabila mereka sudah berjiran bertahun-tahun menerima layanan sedemikian rupa.
Mangsa sempat merakamkan sebuah video pendek untuk dikongsikan di Facebook miliknya.
Menerusi rakaman dalam video berkenaan, amat jelas terlihat jirannya menghina, mengejek dan lebih biadap menyembur cecair disinfeksi dari dalam rumah ketika keluarga ini ingin memasuki rumah mereka sendiri.
Selepas pulang dari kerja, jirannya sudah siap sedia menunggu di hadapan rumah kerana ingin sembur cecair berkenaan sambil menjerit, menghina ”virus” kepada mereka berulang kali.
Kata mangsa lagi, ekoran sikap biadap tersebut, anak mereka masih kecil takut untuk masuk ke dalam rumah kerana pernah terjadi cecair yang disembur masuk ke dalam mata.
Bagaimanapun, mereka telah membuat laporan kepada pihak polis kerana tindakan sebegini sangat keterlaluan. Rata-rata netizen memberikan sokongan moral kepada si mangsa untuk sentiasa menguatkan semangat mengharungi dugaan ini.
Perangai ‘pelik’ jiran yang mengundang pergaduhan
Zaman sekarang sekiranya anda mengenali jiran sebelah-sebelah sudah kira cukup bertuah.
Namun, kalau nak cerita masalah jiran memang tak akan pernah habis. Pastinya akan ada pelbagai perangai pelik yang mungkin mengundang perasaan panas hati!
#1. Tiada sikap bertimbang rasa
Masalah yang sering berlaku adalah kurang sikap bertimbang rasa. Misalnya sering membuat bising, karaoke di rumah sehingga menyebabkan pencemaran bunyi.
Kadang kena hormatlah situasi orang lain kerana jiran sebelah mungkin ada anak-anak kecil dan tidak boleh tidur akibat bunyi bising berkenaan.
Bukan itu sahaja, terdapat juga jenis jiran yang terlebih caring tentang hal orang lain. Kebiasannya bagi mereka tidak bekerja dan suri rumah, waktu terluang pada petang hari akan dipenuhi dengan berkongsi kisah hangat serta sensasi!
#2. Jenis pengotor dan melepaskan binatang peliharaan
Yang kedua ini mungkin anda selalu kena, tambah lagi bila berkaitan dengan bab sampah. Sesetengah jiran suka buang sampah di tepi tong sampah, kesudahannya akan menjemput haiwan liar untuk membukanya.
Kesudahannya, akan menyebabkan bau yang kurang senang dan sampah berterabur menjadi makanan lalat.
Bukan itu sahaja, ada juga jenis suka bela kucing atau ayam. Bagi mereka yang pencinta haiwan, mungkin tidak berapa kisah. Namun, tahukah anda bahawa haiwan ini akan membuang najis ke merata tempat, mencakar kereta dan kencing di rak kasut? Kalau jiran berdepan masalah ini, anda juga yang dapat dosa tau!
#3. Penuh kain di pagar rumah
Ada jenis manusia yang suka menggunakan hak orang lain tanpa meminta izin terlebih dahulu. Bayangkan anda baru balik dari bercuti, tengok tempat sidai kain sudah dipenuhi dengan pakaian, memang berderaulah darah!
Lebih sakit hati jika anda ditakdirkan dengan jiran yang jenis tidak bercakap sepatah kata pun, tapi hampir setiap hari pakaian dia dan anak-anak memenuhi pagar rumah.
Pastinya penglihatan menjadi serabut dengan suasana pakaian berwarna-warni tersidai di halaman rumah anda.
Kesimpulannya, hidup berjiran memerlukan setiap individu menjalankan tanggungjawab masing-masing demi keharmonian bersama. Buang segala perlakuan negatif supaya anak-anak tidak mewarisinya!
Sumber: Tribunnews, Mingguan Wanita
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comsikap-negatif