Anak Sanggup Berhujan & Berpanas Teman Ayah Jual Aiskrim, Tertidur Kerana Kesejukan

Jual aiskrim bagi menyara keperluan keluarga, seorang bapa kongsikan momen terharu melihat anak kecil sanggup menemaninya berniaga dalam hujan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap lelaki yang bergelar ayah pasti akan berusaha mencari rezeki bagi menyara keluarga. Tidak kiralah apa jenis pekerjaan sekalipun, asalkan ia halal. Ada yang selesa bekerja di pejabat, ada juga memilih bekerja sendiri dengan jual aiskrim.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Anak teman ayah jual aiskrim, sanggup berhujan dan berpanas
  • Jual aiskrim sebagai punca pendapatan, anak tidak pernah dihantar kepada pengasuh
  • Ramai pelanggan datang dan support selepas video menjadi tular

Kehidupan seorang peniaga bukanlah semudah yang disangka, terutamanya bagi ibu ayah yang memiliki anak masih kecil. Ramai membawa anak-anak bersama kerana kekangan mendapatkan pengasuh.

Anak teman ayah jual aiskrim, sanggup berhujan dan berpanas

Perkongsian sebuah video di TikTok telah menjadi tular beberapa hari lalu yang mempamerkan seorang budak lelaki tidak kisah berhujan dan berpanas semata-mata ingin menemani ayahnya jual aiskrim.

Lebih tersentuh apabila si kecil itu boleh tertidur ketika hujan sambil duduk di kerusi gerai ayahnya yang mengundang rasa sayu dan hiba para netizen.

Menurut pemilik video berkenaan, Mohd Ridzuan Azmi berkata anak bongsunya, Muhammad Daffa Rafisqie baru berusia tiga tahun. Dia sememangnya gemar ‘mengikut’ ayahnya jual aiskrim walaupun sering dihalang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Bukan sahaja anak bongsu, tapi dua abangnya berusia 10 tahun dan 7 tahun juga rajin ikut saya berniaga. Ketiga-tiga anak saya lelaki, dan mereka semuanya rapat dengan saya.”

”Ketika video itu dirakam, anak sulung dan anak kedua pergi solat sebentar. Jadi mereka tiada dalam video. Masa saya sedang melayan pelanggan, matanya sudah kelihatan kuyu,” jelasnya.

Tambahnya lagi cuaca pada hari itu agak sejak kerana hujan. Anak bongsunya mula mengantuk. Sebaik sahaja melayan pelanggan dia dipangku dan diletakkan di atas kerusi.

”Kebetulan pula tiada pelanggan. Jadi saya rekod sahaja video untuk disimpan sebagai kenangan. Nanti mereka boleh tengok bila sudah besar. Tapi tak sangka pula boleh jadi viral,” ujarnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jual aiskrim sebagai punca pendapatan, anak tidak pernah dihantar kepada pengasuh

Menurut ayah kepada tiga orang anak berusia 38 tahun yang menetap di Kedah ini, anak-anaknya memang jarang berenggang dengannya. Malah mereka dijaga sendiri olehnya tanpa pernah dihantar kepada pengasuh.

”Saya buat keputusan berhenti kerja kilang. Kemudian saya berniaga jual aiskrim. Tahun ini genap 12 tahun saya berniaga macam-macam. Sejak anak sulung lahir 10 tahun yang lalu, saya yang banyak menjaganya ketika isteri bekerja,”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Begitu juga dengan dua adik-adinya. Dari pantang sampailah besar saya jaga sebab berniaga ni masanya fleksibel. Tidak pernah sekalipun dihantar kepada pengasuh.”

”Sebab itulah agaknya mereka rapat dengan saya. Sikit-sikit papa. Mengadu atau nak minta sesuatu memang mereka akan cari papa,” jelasnya sambil ketawa kecil.

Sebagai pengusaha Mr Joe Ice Cream, Mohd Ridzuan berkata dia amat terharu kerana rata-rata netizen memberikan kata-kata positif, malah mereka turut memahami perit jerih peniaga kecil seperti dirinya.

Ramai pelanggan datang dan support selepas video menjadi tular

”Sangat banyak komen positif yang membuatkan saya rasa terharu dengan keprihatinan mereka. Tidak terbalas rasanya komen-komen ini,”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

”Ada juga nasihatkan saya supaya selepas ini pakaikan si kecil baju dan seluar panjang untuk elakkan kesejukan. Tapi sebenarnya selepas rekod anak tidur, saya terus selimutkan dia guna sejadah. Tapi tak ada klip berkenaan dalam video.”

”Apapun saya nak ucap terima kasih kepada semua kerana sangat prihatin,” katanya.

Tidak menyangka video yang dimuat naik di aplikasi TikTok berjaya meraih lebih 322,000 jumlah tontonan, Mohd Ridzuan menjelaskan bahawa tujuannya membuat perkongsian berkenaan bukanlah untuk mengejar viral mahupun meraih simpati ramai.

”Sampai sekarang saya tidak percaya video itu boleh jadi viral. Pelanggan datang ke gerai pun ada tegur sebab mereka tengok video tu. Saya anggap apa yang berlaku ini mungkin rezeki untuk anak-anak,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Dalam Rezeki Kita, Ada Rezeki Orang Lain- Ini Tips Ajar Anak Bantu Orang Susah Sejak Kecil

Baca juga: Kekuatan Ibu Terletak Pada Anak-Anak, Sanggup Hidup Susah Asalkan Anak Bahagia

Baca juga: Kerana Cinta Itu Buta, Isteri Muda Sarat Hamil Sanggup Hidup Susah & Tinggal Bersama Madu