Junior Entrepreneurs Bazaar dari Caring Moms

Caring Moms akan mengadakan Junior Entrepreneurs Bazaar di The School, Jaya One pada 10 dan 11 Disember 2016.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Junior Entrepreneurs Bazaar

Acara ini merupakan acara sulung seumpamanya diadakan oleh pihak Caring Moms. Usahawan cilik yang akan mengetuai penjualan dan promosi serta di sokong dan bimbing oleh ibu bapa atau penjaga. Agenda utama bazaar ini diadakan ialah supaya anak-anak ini dapat merasa bagaimana menguruskan sendiri kehidupan sendiri.

Potensi ibu-ibu dalam keusahawanan telah dapat dilihat semasa bazaar Caring Moms dan kini masanya untuk melihat pengaruh mereka kepada anak-anak mereka.

Pihak Caring Moms percaya ini dapat menjadi landasan untuk anak-anak ini berfikiran lebih terbuka dengan minat mereka. Mungkin dengan pendedahan awal ini, mereka dapat menjadi usahawan yang berjaya nanti. Mereka percaya, hasil dari acara ini nanti, anak-anak ini akan:

  • lebih berwaspada dengan dunia sebenar
  • belajar menangani tolakan
  • mencari peluang untuk belajar dari kegagalan dan terus maju
  • lebih tahu tentang kesukaran yang ibu bapa mereka lalui serta akan lebih bekerjasama
  • menjadi usahawan lebih berjaya dan boleh menerima cabaran yang lebih besar
  • menyumbang kepada generasi akan datang yang lebih berdaya tahan dengan minda keusahawanan

Bazaar ini membawa moto  “CARING MOMS, LET’S RAISE OUR CHILDREN TO BE ENTREPRENEURS” yang bermaksud Caring Moms, mari membesarkan anak kita menjadi usahawan.

Caring Moms

Kredit: Caring Moms

Caring Moms ialah kumpulan di facebook yang menggalakan suri rumah berfikir di luar kotak dan menjana duit untuk diri mereka sendiri. Kumpulan ini di pantau oleh dua ibu yang hebat iaitu Shera Ann Bosco dan Umesh Narasimhaiah serta di bantu oleh dua lagi ibu iaitu Alicia dan Felicia Tai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Caring Moms tertubuh berdasarkan idea ramai suri rumah yang sangat bijak dan berkebolehan dalam apa yang mereka lakukan, menguruskan anak, kerja sambilan dan menguruskan rumah. Serta ramai juga mencari peluang menjaga duit sampingan.

Manakala ibu yang bekerja pula memerlukan ketenangan untuk fokus bekerja. Jika anak mereka dijaga dengan baik, mereka akan lebih tenang. Matlamat utama kumpulan ini ialah menghubungkan para suri rumah dan ibu bekerja dengan harapan mereka dapat bekerja sama membesarkan anak-anak, dengan lebih mudah dan suasana lebih baik.

Sehubungan dengan acara Junior Entrepreneurs Bazaar yang bakal berlangsung pada 10 dan 11 Disember 2016 di The School, Jaya One, pihak Caring Moms berharap dapat mencapai matlamat utama mereka untuk acara ini sokongan orang ramai. 

Tentatif bazaar:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari pertama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari kedua

 

Tarikh: 10 & 11 Disember 2016

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari: Sabtu & Ahad

Tempat: The School, Jaya One, Petaling Jaya.

  • Antaran barang jualan di bazaar ini ialah:
    kuih tradisional pelbagai bangsa (baba nyonya, punjabi, cina)
  • Barangan kecantikan buatan sendiri (seperti homemade wax, skrub)
  • Makanan kesihatan (buah-buahan kering, herba)
  • Hasil jahitan sendiri (baju, bantal, perhiasan)

Untuk tahu lebih lanjut bagaimana bazaar ini nanti, hadiri bazaar ini. Jumpa di sana!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Aqma