Jururawat kemalangan di Kuala Lipis - suami, ibu dan anak semuanya terkorban!

Seorang jururawat kemalangan di jalan raya, suami dan ibu kandungnya terkorban semasa kejadian manakala anaknya meninggal beberapa hari selepas itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang jururawat kemalangan jalanraya di Kuala Lipis. Kemalangan tersebut telah meragut nyawa suami, ibu dan anaknya.

Jururawat kemalangan jalan raya

Kisah yang menyayat hati ini tular di media sosial selepas seorang pengguna Twitter @shilaafendi memuatnaik status tentang kisah kemalangan tersebut pada 19 April yang lepas. Ramai netizen yang mahu terus mengikuti kisah ini dan bertanyakan tentang perkembangan Byna dan anaknya.

Jururawat kemalangan semasa menaiki kereta bersama suami, ibu kandung dan anaknya. Punca kemalangan masih tidak diketahui.

Suami dan ibu kandungnya telah terkorban di tempat kejadian manakala jururawat tersebut, Byna Hussein dan anaknya dikerjarkan ke hospital yang berhampiran.

Byna Hussein telah sedarkan diri dan boleh bercakap pada 21 April manakala anaknya, Adzkiya masih kritikal dan hanya bergantung pada alat pernafasan. Ketika mengetahui yang Adkiya masih tidak sedarkan diri, netizen berdoa agar anaknya cepat sedar dan sembuh.

Tapi, beberapa jam selepas itu, lebih kurang jam 10 malam, Adzkiya telah meninggal dunia. Berita ini diberitahu oleh seorang pengguna Twitter @aliaaaaa_zaid yang dipercayai merupakan salah seorang ahli keluarga mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut pengguna Twitter @znaysoff, Adzkiya dipangku oleh neneknya semasa kemalangan dan tercampak dari seat belakang ke dashboard di hadapan dan menyebabkan kerosakan otak dan patah tulang kaki.

Di Facebook pula, adik kepada suami Byna Hussein, Roslily Fikri telah memuatnaik status dan gambar bahawa Adzkiya telah selamat dikebumikan bersebelahan kubur arwah bapa dan neneknya.

Byna juga dikhabarkan sedang hamil 3 bulan dan anaknya dalam perut selamat. Alhamdulillah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kepentingan car seat

Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa. Kami harap ibu bapa dapat mengambil pengajaran dari kisah ini dan mengetahui betapa pentingnya penggunaan car seat untuk anak-anak.

Ibu bapa perlu membeli car seat yang bersesuian dengan umur anak dan mereka perlu menggunakan car seat dengan tali pinggang keledar lima titik sehingga anak mecapai had berat dan had tinggi maksimum. 

Selagi anak belum mencapai had berat dan tinggi car seat, anak anda belum boleh memaki tali pinggang keledar yang biasa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Car seat juga perlu dipasang dengan betul dan mengikut segala arahan yang diberi dari manual. 

Malang tidak berbau, jadi ibu bapa perlu buat segala yang mungkin untuk memastikan anak-anak anda sentiasa berada dalam persekitaran yang selamat.

Kami di theAsianparent turut bersedih atas kejadian yang menimpa Byna Hussein ini. Kami berharap Byna akan terus kuat dalam menghadapi dugaan ini demi anak dalam kandungannya.

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comcar-seat-untuk-bayi/

 

 

 

Penulis

Nadia Ghafar