Kad Daftar Ibu-Anak Susuan Diperkenalkan, Jangan Pandang Ringan Hukum Anak Susuan Dalam Islam!

lead image

Kad daftar ibu dan anak susuan telah diperkenalkan untuk mengelak kekeliruan nasab dan hukum-hukum anak susuan dalam Islam. Ibu tahu apa hukum anak susuan dalam Islam ini?

Baru-baru ini, kad daftar ibu susuan dan anak susuan, Kad MyRadha’ah telah diperkenalkan buat pertama kalinya oleh JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor).

Kad daftar ibu susuan dan anak susuan tersebut dicipta khas untuk mengelak masalah kekeliruan nasab kelak.

Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim berkata Kad MyRadha’ah boleh digunakan dalam borang perkahwinan untuk semakan. Malah, JAIS juga akan membuka pendaftaran di setiap Pejabat Agama Islam Daerah bagi menggalakkan pendaftaran.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Al-Bakri, belum ada mana-mana agensi kerajaan di Malaysia (atau negara lain) yang pernah melaksanakan perkhidmatan pendaftaran ibu atau anak susuan ini.

Kad daftar anak dan ibu susuan diperkenalkan

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/12/IMG 20181119 135104.jpg Kad Daftar Ibu Anak Susuan Diperkenalkan, Jangan Pandang Ringan Hukum Anak Susuan Dalam Islam!

Foto kredit: Selangor Kini

Umum tahu, apa itu tanggungjawab ibu yang memberi susuan. Apabila seseorang wanita tidak dapat menyusukan bayinya, pasti mereka akan kecewa dan cuba untuk mencari ibu susuan agar anak mendapat khasiat susu ibu.

Malah, ada juga sesetengah wanita menyusu yang sudah berhenti memberi susu badan pada anak, namun susunya masih belum berhenti. Daripada membazir, baik diderma susu badan tersebut pada bayi yang memerlukan.

Nabi Muhammad S.A.W sendiri mendapatkan 2 ibu susuan. Hal ini membuktikan amalan ibu susuan telah wujud sejak dahulu lagi. Akan tetapi, terdapat beberapa hukum tertentu tentang anak dan ibu susuan dalam Islam. Oleh sebab itu, kad daftar ibu-anak susuan ini diperkenalkan.

Malah, JAIS sendiri telah mengadakan Diskusi Meja Bulat untuk membincangkan isu penjualan susu ibu, hukum mahram sebab penyusuan, bank susu dan lain-lain. 

Kad daftar anak & ibu susuan adalah mengikut 7 hukum anak susuan dalam Islam

src=https://media.siraplimau.com/wp content/uploads/2016/06/cara buat jus kurma susu 5.jpg Kad Daftar Ibu Anak Susuan Diperkenalkan, Jangan Pandang Ringan Hukum Anak Susuan Dalam Islam!

Foto Kredit: babycenter.com.my

Berikut antara hukum anak susuan yang dikupas oleh Puan Masturah Abu Bakar, berdasarkan penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan melalui Bayan Linnas Siri 70: Isu Berkenaan Ibu, Anak Susuan & Pelbagai Hukum.

Dalam Islam, pemberian susu kepada anak susuan akan memberi kesan kepada hubungan kekeluargaan.

Maksudnya di sini, ada hukum nasab dan golongan yang haram dikahwini selepas menjadi anak susuan wanita lain (selain ibu kandungnya). Antara golongan yang haram dikahwini anak susuan adalah:

  • Ibu susuan ke atas (nenek)
  • Anak perempuan ibu susuan dan ke bawah
  • Saudara perempuan seibu sebapa, seibu atau sebapa
  • Ibu saudara sebelah bapa dan ibu saudara sebelah ibu, sekalipun jauh hubungan persaudaraannya.
  • Anak perempuan kepada saudara lelaki seibu sebapa, seibu atau sebapa.
  • Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu sebapa, seibu atau sebapa.

Sebab itu, ibu bapa anak susuan harus mengenali ibu susuan dengan rapat agar mereka mengenali antara satu sama lain. Semua perkara yang halal di kalangan keluarga kandung adalah halal kepada keluarga kerana susuan tersebut. 

Syarat-syarat menjadi anak susuan 

src=https://media.siraplimau.com/wp content/uploads/2015/04/petua nipple crack puting pecah.jpg Kad Daftar Ibu Anak Susuan Diperkenalkan, Jangan Pandang Ringan Hukum Anak Susuan Dalam Islam!

Terdapat 2 syarat untuk membolehkan seseorang itu menjadi anak susuan yang sah mengikut syarak. Syarat-syarat tersebut adalah:

  1. Umur bayi belum mencapai usia 2 tahun. Sekiranya sudah 2 tahun, anak itu tidak dikira sebagai anak susuan
  2. Kanak-kanak itu disusu dengan kenyang sebanyak 5 kali secara berasangan. 

Di mana ingin mendapatkan ibu susuan di Malaysia

Bank susu adalah tempat pengumpulan dan penyaringan susu badan yang diderma oleh ibu-ibu lain untuk kegunaan bayi yang terdesak. Bayi pramatang, bayi kematian ibu, atau ibu dengan penyakit kronik/berjangkit adalah antara pengguna bank susu.

Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah memutuskan penubuhan bank susu tidak diharuskan. Maka, salah satu cara untuk anda mendapatkan ibu susuan adalah melalui Human Milk For Human Baby Malaysia.

Human Milk For Human Baby Malaysia merupakan komuniti di mana ibu-bapa boleh mencari ibu penyusuan untuk anak-anak, ibu-ibu Muslim yang berlebihan susu badan boleh cari anak susuan untuk diberi susu, dan untuk yang bukan Islam, mereka boleh mendermakan lebihan susu ibu kepada mana-mana bayi-bayi yang memerlukan.

Apa yang pasti, jangan lupa mendaftarkan kad daftar anak dan ibu susuan ini untuk mengelak kekeliruan nasab kelak. 

Semoga perkongsian ini berguna.

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber rujukan: Harian Metro, Cili Sos, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Baca juga:

Ibu, sebelum beri anak minum susu badan yang diderma, ketahui risiko INI dulu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!