Nafkah & Duit Belanja Adalah Dua Perkara BERBEZA, Suami Perlu Ingat Ini Ya...

Ingat para suami, nafkah dan duit belanja itu adalah dua perkara yang berbeza. Kupasan lanjut dalam artikel ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadar nafkah isteri sering menjadi topik hangat di kalangan suami isteri terutama bila timbul situasi begini...

Nah sayang, duit belanja bulan ni. Nanti belilah sayur, topup barang dapur dan beli barang anak-anak ya. Si isteri pula tanya, nafkah saya abang? Suami jawab, samalah tu...

Hmm...senang saja kan lepas tangan namanya ini? Sebenarnya ramai yang masih keliru antara duit belanja dan duit nafkah untuk isteri. Memanglah bukan satu kewajipan suami untuk beri duit belanja tapi tak salah kalau nak bagi. 

Malah dengan pemberian duit belanja juga anda dapat menghargai pengorbanan isteri yang berpenat lelah menjaga anak dan menguruskan rumah tangga kalian. Seorang pemuda bernama Firdaus Shakirin mengajak para suami untuk memahami konsep duit belanja buat isteri ini.

"Sayang, abang ada tinggal duit bawah laci almari. Kalau nak guna untuk beli apa-apa pakai sajalah. 

Ha..ini baru betul duit belanja ya!

Kenapa perlu bagi duit belanja pada isteri?

Duit belanja ini adalah sebagai upah untuk isteri semasa dia penat melakukan kerja rumah meskipun itu bukanlah kewajipan bagi mereka. Namun disebabkan taat pada suami, maka isteri lakukan dengan rasa gembira demi kepentingan suami serta anak-anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayangkan pulang saja dari kerja, suami tak perlu lagi memasak, mengemas rumah dan sebagainya sebab isteri telah melakukannya dengan cukup sempurna.

Suami hanya perlu berehat sambil dihidangkan makanan yang lazat dari air tangan isteri tercinta. Jadi apalah salahnya jika suami tinggalkan duit belanja buat isteri setiap hari. Itu tanda anda menghargai mereka.

Perbezaan duit belanja dan kadar nafkah isteri

Duit belanja ini adalah upah yang diberikan suami kepada isteri. Antara perbelanjaan yang boleh guna duit belanja seperti tambang sekolah anak, bil utiliti rumah, perbelanjaan dapur dan sebagainya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manakala nafkah pula adalah untuk isteri guna bagi membeli apa saja kemahuan dan keinginannya terhadap sesuatu benda contohnya beli pakaian baru, kelengkapan menjahit, beli alat mekap, beli barang kemas (mungkin dia menabung hasil duit nafkah suami) dan lain-lain. Ia terpulang kepada isteri nak beli apa asalkan tidak berlebih-lebihan.

Walau bagaimanapun, duit belanja ini tidaklah menjadi satu perkara yang wajib suami buat jika segala kelengkapan telah disediakan oleh mereka tapi tak salah kalau nak bagi lebih. Apapun, semuanya bergantung pada kemampuan suami masing-masing.

Percayalah, jika suami belanjakan wang untuk isteri dan anak-anak ada ganjaran pahala di sisi Allah SWT dan ia menjadikan kita mendapat kesihatan yang baik serta dipermudahkan segala urusan.

Apa kata anda mula berikan duit belanja buat isteri bermula esok. Isteri pula remind dan tag suami masing-masing ya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

****

Ada lagi masalah lain yang mungkin membelenggu pemikiran anda? Jom kongsikannya dalam aplikasi theAsianparent. Kalau malu nak bagitahu identiti diri anda boleh klik pada anonymous di mana tidak ada seorang pun yang boleh tahu siapa pengirim post tersebut semuanya menjadi rahsia dan selamat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Mingguan Wanita 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan